Sunday, March 27, 2011

LAGU ROCK NGERI PERTAMA DI DUNIA



Melalui tajuk blog hari ini mungkin anda ingat saya akan menulis tentang Black Sabbath atau Venom. Saya sendiri pun tidak pasti apakah lagu seram pertama didunia yang di komersilkan? Apa yang pasti, lagu “Monster Mash” telah dipopularkan pada tahun 1962 penah diharamkan ke udara di radio oleh BBC kerana ia dikategorikan ‘terlalu ngeri’. Bagaimanapun ia masuk semula ke pasaran United Kingdom pada tahun 1973 dan dijulang ke no.3 dalam carta British.

“Monster Mash” ditulis oleh Bobby ‘Borris’ Pickett dan Capizzi dan direkodkan bersama Gary S. Paxton, Leon Russell, Johnny McCrae, Rickie Page, dan Terry Berg. Kumpulan muzik mereka digelar The Crypt-Kickers. Dikatakan lagu tersebut mendapat inspirasi dan kesinabungan dari lagu Gary S. Paxton sebelum itu yang berjudul “Alley Oop”. ( tiba-tiba teringat lagu M.Shariff! ). Dan lagu ini juga menjadi sensasi kerana kegilaan tarian agogo pada masa itu.


Aksi Pickett ketika menyampaikan lagu "Monster Mash"

Kembali kepada sejarah, Pickett sebenarnya adalah seorang actor yang sangat berbakat. Pada sebelah siangnya beliau menceburi bidang lakonan dan sebelah malamnya beliau adalah penyanyi bagi kumpulan The Cordials. Pada suatu malam sedang persembahan berlangsung, Pickett dengan tidak sengaja dan sekadar suka-suka telah meniru gaya pelakon seram Boris Karloff ketika menyampaikan lagu “The Diamonds” dan “Little Darlin”. Penonton menjadi kajet dan terus kagum dengan aksi tersebut membuatkan anggota The Cordials yang lain memintanya meneruskan gaya-gaya Karloff untuk persembahan lain.

“Monster Mash” asalnya diterbitkan sebagai single pada Ogos tahun 1962 menerusi syarikat rakaman milik Gary S. Paxton iaitu Garpax Records. Dan dikeluarkan semula dalam bentuk LP penuh bertajuk The Original Monster Mash yang turut mengandungi beberapa lagu bertemakan raksasa dan hantu. ( kalau anda penah dengar lagu ini, mesti anda senyum bila mendengar lagu “Pontianak” dendangan Ahmad Daud dan kumpulan beliau The Shallows). Pada Oktober tahun yang sama, lagu “Monster Mash” diangkat sebagai no. 1 di dalam Billboard Hot 100.

Penceritaan didalam lagu ini dinaratifkan oleh seorang saintis gila. Suatu petang, raksasa ciptaan nya telah bangun dan melakukan satu tarian baru. Tarian itu menjadi kegilaan setelah saintis itu mengadakan sebuah parti yang dihadiri oleh raksasa-raksasa lain.

video
Lagu asal "Monster Mash" dendangan Pickett bersama The Crypt-Kickers

Permulaan atau intro lagu ini telah digarap dengan kesan bunyi murahan oleh pihak penerbit. Namun berjaya menghidupkan aura lagu tersebut. Di dalamnya Pickett turut meniru gaya Bela Lugosi sebagai Dracula dengan bait lirik “Whatever happened to my Transylvania Twist?"
Trivia:
- Kumpulan Beach Boys merakamkan semula lagu ini pada tahun 1964 di dalam album mereka bertajuk “ Beach Boys Concert”

- Aktor Boris Karloff sendiri turut menggilai lagu ini sehinggakan beliau menyanyikan semula lagu ini dalam episod Shindig! pada tahun 1965.

- Aktor seram Mike Raven telah menyanyikan semula lagu ini di dalam sebuah rancangan muzik bertajuk 2 G's and the Pop People pada tahun 1975.

- Kumpulan ska dari Britain yang bernama Bad Manners telah merekodkan semula lagu ini didalam album pertama mereka berjudul Ska ‘n’ B pada tahun 1980.

- Kumpulan Hardcore Ill Repute turut merakamkan semula lagu ini didalam album 1985 mereka berjudul Omelette.

- Kumpulan The Big O merakamkan semula lagu ini untuk runut bunyi filem Return Of The Living Dead part II dalam tahun 1988.

- Alvin & The Chipmunks turut merakamkan semula lagu ini untuk siri Halloween special pada tahun 1994.

- Kumpulan progresif rock dari Kanada iaitu Rush turut mengambil sample dari lagu ini untuk diadunkan didalam lagu mereka berjudul Limbo yang diterbitkan di dalam album Test For Echo pada tahun 1996.

Jerry Only menyatakan rasa bodoh untuk memainkan semula lagu ini kerana
telah dirakamkan semula oleh ratusan artis. Namun ia adalah lagu kegemaran
sepanjang zaman dalam hidupnya.

- Kumpulan horror punk lagenda, Misfits merakamkan video persembahan mereka memainkan lagu ini pada tahun 1997 dan akhirnya membuat rakaman studio lagu ini pada tahun 1999. Lagu kegemaran sepanjang zaman peneraju Misfits ini adalah lagu pertama yang menampilkan beliau (Jerry Only) sebagai penyanyi utama, manakala penyanyi utama mereka Michale Graves bertindak sebagai penyanyi latar.

- The Smashing Pumpkins menerbitkan rakaman live lagu tersebut menerusi album Live Smashing Pumpkins pada tahun 2008.

- Manakala ketika dalam proses rakaman demo Au Revoir “Make Her Suffer” pada tahun 2007, kami telah melakukan latihan lagu ini untuk dirakamkan dan dimuatkan di dalam demo tersebut. Namun ia tidak kesampaian dan akhirnya kami memilih untuk merakamkan lagu “Die Die My Darling” dari Misfits

No comments:

Post a Comment