Tuesday, February 2, 2016

CURSE OF GOD / ERECTUS “Vaiehell Beheading Ritual” (METUK ULAU UG VOICES) – MALAYSIA


Sebuah split CD yang menampilkan 2 kumpulan berpotensi besar dari Sarawak yang diterbitkan oleh Adi Herman, yang kini semakin dikenali setelah novel tulisannya “Pentagram Di Atas Pusara” mendapat sambutan yang menggalakkan. 7 lagu didalam CD ini disusun berselang-seli dan dimulakan oleh CURSE OF GOD dengan lagu “Curse of God” yang digarap secara black thrash yang bold dan garang sekali, mengingatkan kepada NIFELHIEM namun mereka mengubah rentak pada 3 lagu selanjutnya dengan pengaruh keras dari ROTTING CHRIST era “The Mighty Contract” dan juga sentuhan AS SAHAR. Mereka ditubuhkan sejak 1995, dan menjadi satu kekuatan bagi mereka mewarisi seni tradisi ini.

ERECTUS mempunyai sedikit kelebihan dari segi rakaman mereka, namun pada saya kedua-dua kumpulan ini setanding. Mempunyai pengaruh kuat dari AS SAHAR, DARK NIRAJJIM dan sebagainya yang kita gelar hari ini sebagai Eastern Metal. Bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan CURSE OF GOD dan ERECTUS bersama-sama memperjuangkan Eastern Metal. Namun ERECTUS lebih cenderung kepada death metal bermelodi. Dengan rakaman yang lebih baik dari AS SAHAR sendiri, kadang-kadang saya terdetik jika mereka meningkatkan mutu rakaman, sudah pasti muzik AS SAHAR kedengaran lebih bombastik. Namun kini 2/3 ahli AS SAHAR telah menubuhkan PHENOMISTIK dan meninggalkan prinsip raw/unholy sound tersebut untuk lebih bergerak maju dan inovatif. Hakikatnya, ERECTUS telah pun memajukan formula mereka lebih awal kerana rakaman ini diterbitkan pada 2013. Lirik-lirik mereka dalam bahasa Melayu juga bagus dan tidak lari tauhid nya walaupun menceritakan tentang sihir di dalam lagu “Saqang”. 

Dapatkan produk kebanggaan gerakan muzik metal bawah tanah Bintulu ini dari Metuk Ulau Underground Voices.

No comments:

Post a Comment