Monday, August 8, 2016

IRON TOOTH/ATOM DEATH “Trail of Destruction” (terbitan berdikari) –MALINDO


ATOMIC DEATH dari Shah Alam dan IRON TOOTH dari Jakarta masing-masing menyumbangkan 4 lagu untuk kaset berwarna dengan pakej tour di 3 bandar (Jakarta, Bandung dan Yogyakarta) sejurus ia diterbitkan. Bagi saya ia suatu perancangan yang hebat. Dan ATOMIC DEATH baru sahaja pulang dari Indonesia dengan jayanya. Saya yang sudah biasa dengan karya-karya ATOMIC, menyifatkan lagu-lagu mereka kini lebih jahat dengan permainan yang semakin ribut terutamanya di unit dram. Remie Deen ada menyatakan kepada saya, beliau kurang berpuas hati dengan bunyi dram tetapi ia adalah persetujuan bersama untuk mendapatkan tetapan bunyi gaya old school tersebut. Manakala IRON TOOTH tampil dengan stail speed metal yang lebih busuk berpadu dengan vocal jeritan yang buas. Ada juga pengaruh rock & roll dalam petikan gitar dan solo, mengingatkan kepada sebuah kumpulan retro dari Norway dan Australia. Dapatkan kaset ini dengan pakej t-shirt dari Hammercharge Rec.

No comments:

Post a Comment