Thursday, October 30, 2014

MOI LAST VON “Go Die!” – MALAYSIA


Mereka merupakan antara kumpulan yang paling kerap datang melawat studio saya sekitar tahun 2009 dan pernah merakamkan sebuah lagu berjudul “Little Faith” sebagai percubaan sulung untuk bereksperimen secara track by track. Saya teringat lagi teraju mereka, Fariz Bakar sewaktu bertanya apakah nama kumpulan kamu, dia menjawab kami pun inspired dari AU REVOIR, kami namakan kumpulan kami MOI LAST VON bermaksud ‘harapan terakhir ku’. Ia kedengaran sangat dalam dan depressif sekali.

Saya suka melihat mereka jamming, mereka sabar dalam mencari tona, keseimbangan setiap alat muzik, dan memainkan dengan penuh perasaan. Saya pasti mereka akan menjadi sebuah band yang sangat bagus suatu hari nanti jika kekal dengan sikap dan displin yang sama.

“Go Die!” dipakejkan dalam format slim pocket case, tiada sebarang maklumat rakaman atau infomasi lain kecuali 1 kad ucapan terima kasih, dan 1 kad tajuk lagu serta puisi. Ringkas tetapi begitu romantis.

Barangkali inilah yang dikatakan furniture music. Saya tersandar dikerusi dan terus lenyap dalam atmosfera bunyi-bunyian dan syair yang dalam dan pekat. Banyak yang bermain difikiran saya, banyak kenangan yang datang kembali ketika saya menghirup secawan kopi dan kembali menyandar di kerusi seolah-olah tidak mahu sesebuah lagu itu cepat berakhir walaupun setiap lagunya berdurasi dari 6 -10 minit. Mereka tidak terlalu memanipulasikan stail elektronika dan programming seperti kebanyakan pemuzik ambient yang lain kerana mereka benar-benar pemuzik bukan hanya software junkies.

Kualiti rakaman adalah ditahap terbaik sesuai dengan genre mereka. Permainan mereka juga telah banyak kemajuan, begitulah juga saya rasa pemahaman mereka mengenai teknik rakaman semakin tinggi. Ada juga diselitkan bahagian teknikal seperti di unit dram.

Saya rasa agak bangga kerana MOI LAST VON pemuzik dari Perlis yang berani muncul dengan muzik pintar sebegini. Saya pasti ia furniture music. Namun mengandungi unsur pop yang boleh dikomersilkan. Muzik yang begitu sesuai didendangkan ketika saya makan malam kesorangan atau ketika menyiapkan lukisan-lukisan saya di studio. 

Beri sokongan kepada pemuzik dari Utara, beli CD ini, pergi ke gig mereka.

FACEBOOK MOI LAST VON 
MOI LAST VON IN YOUTUBE

1 comment: