Wednesday, December 17, 2014

KAEDAH MASUK KE THAILAND DENGAN KENDERAAN SENDIRI

Hobi menjelajah kini semakin berkembang biak dikalangan anak-anak muda. Tidak kira untuk mencari ketenangan, rekreasi atau mencabar kemampuan diri. Thailand mempunyai keunikan budaya dan kepercayaan untuk dikaji dan difahami. Baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan. Sebagai anak jati Perlis, rasanya baik saya berikan sedikit maklumat atau kaedah untuk anda yang teringin memasuki negara jiran dengan kenderaan sendiri. Bagi yang tidak pernah, sebaik berjaya melalui proses ini. Ia mungkin suatu kepuasan dan pengalaman baru buat anda.

Ok, saya gunakan personal Tompa Bin Lindborg, mungkin dia saudara jauh Tomas Lindberg penyanyi rock pujaan ramai tu. Usia Tompa pun tua setahun aja dari Tomas Lindberg. Hehehe.

Tips yang saya bagi ini sama sahaja buat penunggang motorsikal atau kereta. Kenderaan kepunyaan sendiri atau yang masih terikat dengan ansuran bulanan bank. Boleh sahaja. Jika anda pertama kali datang dengan kenderaan tersebut. Saya cadangkan ikut sempadan Padang Besar, Perlis kerana lalulintasnya tidak sibuk dan agak tersusun sistemnya. Sebelum melintas sempadan Immigresin Malaysia pastikan anda membawa:

1. Passport 

2. Geran asal (bagi pemilik sah atau pinjam kenderaan orang lain ) atau:
3. Salinan geran (bagi yang masih mempunyai hutang bank atau anda pinjam kenderaan orang lain)


4. Insurans kenderaan Thailand, paling popular Siam City Insurance yang boleh dibeli dari agen-agen sekitar pekan Padang Besar, Changloon, Kangar atau Bukit Kayu Hitam. Ambil perhatian: setiap agen menjual dengan harga berbeza. Oleh itu tanya dahulu baru beli. Mereka akan ikut CC kenderaan tersebut. Tompa yang membawa Volvo, 2316CC perlu membeli insurans RM18 untuk 9 hari. Manakala sebelum itu Tompa membawa motorsikal 150CC insurans Siam berharga RM55 untuk setahun. Ada agen yang menjual insurans dengan harga yang tidak masuk akal. Perlu saya ceritakan, telah berlaku kemalangan dan kejadian yang tidak diingini terhadap rakan-rakan penunggang motorsikal kuasa tinggi dan yang memandu kereta. Insurans Thai tersebut langsung tidak membawa apa-apa faedah oleh kerana polisi Thailand terhadap pelancong luar yang membawa kenderaan sendiri hanyalah menumpang jalan/kemudahan awam milik rakyat Thai. Jadi, harap berwaspada dan jangan tunjuk lagak di negara orang. Biar mengalah jangan menyusah diri. Tak jadi takpa. Jadi fasal, siap duit. Bukan nak patahkan semangat tapi risiko harus diambil jika benar anda seorang pengembara. Dan satu lagi, jika suatu ketika dahulu insurans adalah hak sendiri untuk membeli atau tidak. Kini setelah beberapa siri kenderaan Thailand sering diganggu oleh JPJ Malaysia kerana tidak mempunyai dokumen lengkap semasa berada di Malaysia. Polis Diraja Thailand juga bertindak balas dengan meminta dokumen lengkap jika anda ditahan dalam sekatan jalan raya. 1000 bath diperlukan sebagai rasuah jika anda ditahan kerana tidak mempunyai insurans kenderaan.

5. Surat pemilik asal memberi pinjam kenderaan ( ini bagi yang bawa kenderaan pinjam, tulis sepucuk surat rasmi kepada Kastam Thailand dalam bahasa Inggeris yang menyatakan tuan kenderaan memberi kebenaran dan menandatangi surat tersebut. (Jangan terlalu risau tentang surat ini. Tulis sendiri sudah cukup dan tidak perlu ayat berbunga-bunga. Yang penting tandatangan tuan kenderaan. Jika anda tak tahu juga, boleh dikatakan semua agen-agen insurans Thailand tadi boleh menyediakan surat itu dengan bayaran RM10 (itu harga ikut agen).

Sebaik tiba dipintu sempadan Thailand cari tempat sesuai untuk parking, jika penuh sesak terus ke luar ke seberang dahulu pun ok sahaja janji kenderaan anda boleh dilihat dari kuanter nanti. Jika di Padang Besar, JANGAN sesekali anda bertanya pada dua orang lelaki dalam foto dibawah ini. Mereka pencekik darah dengan menjual slip arrival atau meminta wang untuk membantu anda mengisi slip tersebut. Mereka akan MEMAKSA anda. Jika anda dah bayar pada mereka, jangan ingat anda tidak perlu membayar di kaunter pula nanti. Boikot kaki paw berkenaan! 


Jadi sebaik tiba, anda TERUS ke kaunter Passport and Borderpass Control. Tunjuk passport. mereka akan terus bagi slip tersebut. Jika anda masuk melalui Bukit Kayu Hitam, TERUS ke dalam pejabat kerana mereka meletakkan slip tersebut dalam pejabat pula, bukan di kaunter. Percuma. Ok, jom isi: 

 Mudah aja. Banyak yang tak paham family name dan first name tu aja dan takut nak tulis. Family name, tulis nama ayah. First name, nama anda. Tidak perlu taip. Tidak perlu tulisan macam block. Tulis macam cakar ayam pun dia tak kata apa. Janji nama, tarikh lahir, kerakyatan, no plat kenderaan dan mana tempat hala tuju ditulis dengan betul. Tidak perlu tulis alamat macam nak pos surat di ruang Address in Thailand tu. Ringkas aja.

 Ruangan ini anda tak isi pun dia tak ambil kisah. Tompa pun ikut mood dia aja, kalau rajin dia isi. Kalau malas dia tinggal aja. Takda sapa peduli. Tapi jika takut kena sembur dengan pegawai yang dedikasi. Baik anda isi. Banyak orang dia pening nak kira pendapatan tahunan sebab dia letak dollar, Hai! Hentam aja dia tak akan call majikan atau SPRM!

Serahkan slip tersebut bersama-sama passport atau borderpass. Jangan beri wang dahulu, tunggu sehingga dia minta. Pastikan RM1 sahaja. Kalau bagi RM5 dia sapu, RM50 pun dia sapu. Takda baki dipulangkan semula! Sebab itulah amalan rasuah ni dilaknat? Ikhlas boleh hilang kerana RM1. Kalau dia tak minta. Terus blah!

Siap dengan urusan passport. Anda terus ke kuanter Custom Declaration. Beri geran dan passport sahaja. Bagi yang membawa kenderaan pinjam. Serahkan juga surat kebenaran menguna kenderaan. Bagi yang kali pertama, urusan pengisytiharan agak lama sedikit (mungkin 10 minit) kerana pegawai kastam akan memasukkan semua butir-butir kenderaan tersebut dalam sistem mereka. Kadang-kadang dia akan minta untuk melihat kenderaan tersebut dan bertanya jumlah penumpang. Anda akan diminta tandatangan ditempat promisor dan importer’s signature. (rujuk gambar). Sehelai salinan akan diberikan kepada anda, pastikan pegawai kastam itu tandatangan dan cop . Simpan dokumen itu (rujuk gambar dibawah). Jangan bayar apa pun. 


Tetapi jika di Bukit Kayu Hitam, mereka dah biasa terima rasuah. Kastam Thailand akan meminta bayar untuk pengisytiharan kenderaan ini. RM1 hingga RM3. Bangsat!

Selesai urusan. Teruskan kembara. Harus diingat kenderaan anda hanya boleh berada di Thailand dalam tempoh tidak melebihi tarikh yang mereka ‘bulatkan’. (rujuk gambar). Jika anda gagal memulangkan borang isytihar kenderaan ini semasa kembali ke Malaysia di kaunter Custom. Pastikan anda tidak membawa kenderaan itu masuk ke Thailand lagi. Kerana setiap hari melebihi tarikh tersebut anda didenda RM100. 


Begitu juga jika anda di saman oleh Polis Thai. Jika anda berjaya melintasi sempadan Thai dengan selamat ketika pulang. Jangan bawa ia kembali ke Thai sekiranya anda gagal melunaskan saman tersebut.

No comments:

Post a Comment