Saturday, March 11, 2017

TAHI SUCI “Grinding Syiah Bastards” (METUK ULAU UG VOICE) – MALAYSIA


Sebaik mencecah Y2K yang lalu, ada sebuah band black metal bernama IMMORTAL AYATOLLAH dari Perancis yang memberi kejutan buat dunia metal. Ingat tak? Walaupun hanya liputan kecil diruangan berita dan ulasan muzik, mereka boleh dikatakan berjaya menarik perhatian majalah-majalah utama heavy metal antarabangsa. Mereka berjaya menerbitkan sebuah album berjudul “The Djihad Has Just Begun” pada tahun 2002 sebelum membubarkan kumpulan ini.

TAHI SUCI mengingatkan saya kepada IMMORTAL AYATOLLAH dalam beberapa aspek muzikal termasuk sisi humor yang mereka garapkan bersama mesej lagu-lagu mereka pada aliran Syiah. Bezanya TAHI SUCI mendaftar diri sebagai grinders dengan beberapa bahagian sampling atau dipanggil juga dubstep.

TAHI SUCI adalah sebuah kugiran eksperimental grindcore dari Sarawak yang turut diterajui oleh Pendekar Mustar seorang penulis sastera yang amat dikenali dalam scene perzine Bintulu. Saya tidak dapat pastikan kaedah mereka merakamkan lagu-lagu dalam CD ini? Mungkin mereka mengadunkan trek-trek rehearsal bersama samples atau mungkin juga track by track. Kualitinya tidaklah begitu baik namun anda masih boleh mendengar apa yang mereka cuba sajikan. Mereka juga tidak membuat pelarasan bunyi untuk semua lagu, saya hampir 'terkejut berok' apabila trek no. 9 yang tiba-tiba memekak pecah speakers dibuatnya!

TAHI SUCI boleh dikatakan sebuah kugiran yang serius kerana telah terlibat dalam beberapa siri gig dan semakin dikenali melalui haluan mereka yang unik dengan pengaruh kumpulan seperti AGATHOCLES, HELLSHOCK, DEMISOR, DOOM, BRUTAL TRUTH dan sebagainya. Tajuk lagu mereka panjang sekali manakala ilustrasi kulit CD gambar buraq itu kelihatan sangat menakutkan!

www.metukulau.blogspot.com

3 comments:

  1. haha ingat aku kulit album tu, masa aku kecil dulu ada poster nya melekat kat dinding, sudah besar baru tu itu syiah rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu zaman revolusi iran, memang Malaysia kuat pengaruh Syiah sebab Ayatollah berjaya menjatuhkan Shah Iran yang korup...
      Poster Buraq tu, poster imam-imam syiah banyak ditampal merata-rata.

      Delete