Wednesday, July 15, 2015

DISSECTOMY “New Tyranny Unsurpassed” (terbitan sendiri) –MALAYSIA


Band Cina dari Penang ini sudah lama saya ikuti perkembangannya walaupun tidak pernah mendengar sebarang rakaman dari mereka. Berasal dari pulau yang menjadi pusat kegiatan music metal sejak awal 90-an memberikan mereka satu kelebihan dalam memperkenalkan muzik mereka dalam banyak gigs serta bersosial bersama metalheads secara majmuk. Namun, sejak ditubuhkan pada 2003 mereka boleh jadi dilanda masalah ahli atau komitmen kerana belum dapat mengeluarkan album sulung hinggalah kini. Nampaknya, ia penantian yang berbaloi.

Leon, penyanyi kumpulan NONSERVIAM sebenarnya lebih saya kenali melalui DISSECTOMY ini. Merupakan pemain bass, kini turut bertindak sebagai penyanyi meneruskan legasi DISSECTOMY bersama Jakpa (gitar), Dark E (guitar, turut mengalas kapak kepada VOCIFERATION ETERNITY, NECROTIC CHAOS dan SIL KHANNAZ) dan Fariz (dram) membentuk sebuah kuasa black death metal paling mengegarkan di utara Malaysia.

Melalui pemerhatian saya dari gig-gig mereka sekitar awal penubuhan dahulu, DISSECTOMY adalah sebuah kumpulan technical death metal yang tipikal. Walaupun permainan mereka bagus, bagi saya ia agak hambar kerana tiada elemen yang segar. Namun, saya tidak terkejut dengan hasil album sulung yang hebat ini kerana DISSECTOMY dibarisi pemuzik, malah jurutera bunyi yang bagus serta usia mereka yang serba berpengalaman dalam muzik lasak ini. Dark E bertindak membuat adunan dan mastering sendiri untuk kepuasan hasil muktahir “New Tyranny Unsurpassed” ini, selain kerja-kerja rakaman yang dilakukan oleh Tom Bollock dan Cole Yew di dua studio berbeza.

Ok, secara muzikal DISSECTOMY masih terarah kepada death metal tetapi dengan gaya moden serta kacukan melodi timur tengah yang menjadi suatu subgenre unik muktakhir ini. Perlu dipuji, mereka ada jatidiri sendiri apabila Leon bijak merombak vokal beliau menjurus stail bestial war metal. Anda tahu, cara nyanyian mencebik bibir, bermuka sombong, tone berada diluar halkum, mengengam penumbuk penuh elitist?!. Untuk memudahkan anda, cuba bayangkan Shyaithan, IMPIETY. Dapat?! Struktur dram Fariz boleh dikatakan antara paling teknikal dan bijak olahan fill-in yang pernah saya dengar dari pemain dram tempatan selain Shaun Harun dan Af’fare Diman. Manakala apa yang mereka lakukan dibahagian gitar samada tone atau garapan riffs adalah ditahap paling baik dan cemerlang. Bagi memudahkan anda untuk mendapat formula muzik DISSECTOMY, cuba gabungankan IMPIETY, OPHANED LAND era death metal dan BEHEMOTH mulai Zos Kia Cultus. Sudah tentu ia suatu yang mengkagumkan ya?

Dari segi lirik, mereka menumpukan penceritaan era pasca kiamat, penaklukan, era firaun, Vlad Impaler, dan seumpanya yang sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada tema album “Paramount Evil” oleh IMPIETY. Bagaimanapun ia sekadar pandangan peribadi. DISSECTOMY mempunyai obsesi meletakkan sample filem pada setiap permulaan lagi bagi menguatkan lagi pemahaman mengenai intipati lagu-lagu mereka. Ilustrasi kulit hadapan oleh Mike Priest yang memanipusi imej kemusnahan kota-kota terkenal, perisai samurai, anatomi jam dan arms of chaos kelihatan seperti dibuat mengunakan photoshop dalam masa 15 minit. Namun visual nya memang berpadanan dengan konsep album ini.

CD ini wajib dimiliki. Irama death metal tidak pernah mati dalam pergerakan muzik bawah tanah Malaysia.

FACEBOOK DISSECTOMY

No comments:

Post a Comment