Thursday, April 13, 2017

APOCALYPTIC CARNAGE “Devouring Demons” (NECROVENTOR RECORDS) – MALAYSIA


Sebuah band yang dianggotai oleh Necromorbidfire, yang sebelum ini dikenali dari pembabitannya bersama kumpulan PUTRIFIED REMAINS dan kini bersama DESECRATE AD. Beliau juga merupakan pemilik label Metalporn Production. Saya berpendapat ini adalah sebuah demo yang dikeluarkan dalam format CD. Berkemungkinan besar dirakamkan secara live, disunting semula kualiti bunyinya dan diselitkan samples (bagi saya tidak perlu lagi diadun dengan bunyi-bunyi tersebut dalam demo ini, namun mungkin mereka mahu pendengar faham arah tuju genre mereka melalui cara itu) pada semua lagu-lagu.

Saya sebenarnya sangat familiar dengan Sound Check Studio, Pandan Indah oleh kerana sekitar 10 tahun lalu saya rapat dengan DEVASTATOR, NECRO AGONY, DISLOCATED CEREBRUM, VARISCOSE VEIN, maka saya sering habiskan masa terluang berpeleseran dan berlatih bersama mereka. Jadi saya merasakan kualiti ini adalah sama tara demo-demo kumpulan-kumpulan yang saya sebut diatas. Adakah mereka masih belum menaiktaraf alat atau ilmu, itu saya tidak pasti? Apa yang pasti, APOCALYPTIC CARNAGE adalah sebuah band black death metal tradisional, kadang-kadang saya sendiri tersasul menyebut APOCALYTIC RAID kerana haluan pun sama. 

Jika anda ingin merasakan kehangatan bagaimana kumpulan-kumpulan perintis muzik berat di Malaysia seperti Braindead, Silent Death, Senseless, merakamkan produk-produk klassik mereka di era awal 90-an. Boleh dapatkan CD ini untuk menghidu baunya… muzik begini dikatakan fosil, tetapi ia tetap ada peminatnya.

Hubungi: 012-6671946 (Nercomobidfire)

No comments:

Post a Comment