Friday, June 9, 2017

TEMUBUAL BERSAMA THE IMPATIENT SISTERS


Tiga beradik dari Kuantan ini boleh dikatakan mirip THE CORRS melalui hala tuju muzik yang berkait rapat dengan elemen folk namun ia pelik jika dilabelkan sebagai pop-etnik. Ia sesuatu yang unik, moden, damai dan segar. Walaupun baru ditubuhkan Oleh Irena, Nazeera dan Soraya pada tahun 2012 lalu, THE IMPATIENT SISTERS mempunyai pencapaian yang mengkagumkan dalam lampiran resume muzik mereka. Ikuti wawancara bersama mereka.

Jujur saya katakan saya mengetahui tentang THE IMPATIENT SISTERS secara kebetulan ketika melayari youtube. Video “Oh Kawan” mencecah 34K penonton, manakala “Hey There Young Sailor” hampir mencecah 10K penonton! Ia agak mengkagumkan bagi sebuah kumpulan yang lahir 4 tahun yang lalu. Boleh ceritakan bagaimana tertubuhnya dan THE IMPATIENT SISTERS? Adakah kamu semua bersaudara? Band kami tertubuh secara rasmi selepas kami membuat persembahan di pelancaran album band kawan kami di Lepaq Café. Selepas itu kami mula menulis muzik sendiri. Ya kami adik-beradik. 

Apakah genre yang paling tepat untuk mengambarkan muzik anda? Indie-folk.

Boleh saya tahu latarbelakang muzikal saudari semua? Kami semua pelajari muzik dari kecil. Piano dan gitar. 

Memandangkan di dalam biografi saudari menyatakan ‘3 sisters who write songs sometimes’, apakah yang anda lakukan selain bermuzik? Kami semua berkerjaya dalam bidang luar dari muzik.

Adakah anda semua sudah berkahwin dan bagaimana tanggapan mereka tentang THE IMPATIENT SISTERS? Belum, tapi keluarga kami semua bangga akan kami.


Melihat pada visual “Young Sailor” ia adalah sesuatu yang artistik dan unik sekali. Siapa bertanggungjawab dalam hal grafik dan imej THE IMPATIENT SISTERS? Direktor “Young Sailor” adalah Ling Low yang juga mengarahkan muzik video OJ Law ‘Tongue Tied’. Lyn Ong merupakan artis video tersebut. Hal grafik dan imej The Impatient Sisters pula diurus oleh kakak sulung, Soraya. 


Seperti laman artis-artis wanita (gadis biasa pun!) Saya juga suka melihat foto-foto promo THE IMPATIENT SISTERS. Ia prossesional dan penuh konsep. Dari mana idea datang dan siapa jurufoto nya? Kebanyakkan foto kami diambil oleh Funky Dali. Kami banyak kolaborasi dengan mereka semasa mengambil gambar untuk mendapat konsep-konsep yang unik.

Adakah benar THE IMPATIENT SISTERS menerbitkan self-title album dalam bentuk LP? Dahsyat tu? Apakah keistimewaan format tersebut? Kami memang sudah banyak lagu semasa waktu rekording dan memang kami ingin rekod full album.

Adakah ia masih boleh didapati? Dalam 1000 CD yang kami print hanya tinggal 7 CD dengan kami. 

Dan sejauh mana maklum balas dari peminat mengenai muzik saudari? Maklum balas yang kami terima semua positif.

Adakah anda mengalami kesukaran dalam proses menerbitkannya? Ya, kerana itu adalah pertama kali ke studio rekording. Kami pelajari semuanya dari kosong. 

Saya membaca dalam sebuah wawancara saudari mengunakan khidmat AG Coco (terkenal dengan hasil kerja bersama Yuna) dan menjalankan proses mastering di Aru Studio, Bandung. Apakah yang boleh anda kongsi melalui merakamkan album sulung dari mereka yang berpengalaman luas dalam industi arus perdana ini? Semuanya sentiasa sedia untuk menjawab semua soalan kami dan memberi banyak sokongan. Selain mereka, ramai juga dalam scene indie yang memberi kami banyak nasihat. 

Bagi saya lagu-lagu saudari mencapai piawaian pop antarabangsa. Siapa yang menulis semua lagu-lagu dan lirik THE IMPATIENT SISTERS? Dan adakah anda sering bertelagah tentang susunan muzik dan vocal harmoni… saya dengar THE IMPATIENT SISTERS banyak juga mengunakan harmonik vokal. Terima kasih. Kami bertiga semua berkolaborasi dalam menulis lagu. Bertelagah itu sudah tentu tetapi kami cuba!

Tidak lupa juga nursery rhymes? Dari mana datangnya inspirasi seperti lagu “Young Sailor” itu? Kami tidak pernah pula mendapat inspirasi dari nursery rhymes. “Young Sailor” ditulis kerana kami tinggal berdekatan dengan laut. Tetapi lagu itu bukan dari pengalaman kami, hanya dari imaginasi kami. 

THE IMPATIENT SISTERS boleh dikatakan telah mengadakan banyak juga persembahan sejak ia ditubuhkan. Bagaimana sambutan peminat? Adakah ia sukar untuk membuat persembahan live? Kami suka persembahan live kerana kami dapat jumpa dengan peminat kami. Tenaga live show juga berbeza dan kami selalu menggalakkan peminat kami untuk menontot show live kami. 

Apakah pencapaian yang paling anda banggakan? Apa perancangan THE IMPATIENT SISTERS selanjutnya? Pencapaian membanggakan kami adalah semasa kami menganjurkan headlining show di DPAC untuk meraikan adik kami, Irena yang belajar di Berklee College of Music di Boston. Selain itu, kami juga mendapatkan The Impatient Brothers (Iedil Putra, Kuah Jenhan, Prakash Daniel), Darren Ashley, Az Samad, Liyana Fizi, Halfway Kings untuk menyertai show tersebut.

Asyik dengan mencari maklumat mengenai THE IMPATIENT SISTERS, terjumpa pula dengan kumpulan bernama THE IMPATIENT BROTHERS. Siapa pula mereka ini? Mereka adalah band parody kami yang ditubuhkan oleh pelawak, Kuah Jenhan. Dia disertai oleh pelawak Prakash Daniel dan pelakon, Iedil Putra.

Adakah seorang mempunyai toleransi dalam muzik? Maksud saya saudari ada dengar muzik dari genre lain? Semestinya! Jika dengar satu genre sahaja pasti bosan kan? 

Betul tu.! Anda ada pengalaman pelik disepanjang karier sebagai pemuzik untuk dikongsikan? Tiada. 

Apakah yang menghalang kumpulan-kumpulan muzik dari Malaysia untuk berkembang misalnya seperti di Indonesia? Mungkin tiada usaha?

Dan ramaikah pemuzik Indie di Malaysia? Ramai rasanya! Apakah pula tafsiran muzik indie sebenarnya? Muzik indie adalah apa-apa muzik yang sering berkembang. 

Untuk pengetahuan saudari, Pedal To The Metal ini adalah zine travelog metal/punk dan fokus utamanya adalah aktiviti berbasikal. Saudari suka aktiviti suka dan melancong? Ya, kami suka melancong. Mana tempat kesukaan saudari dan cadangkan kepada kami untuk pergi? Kami suka India kerana budaya dan arkitektur nya. Mungkin Pedal To The Metal boleh cuba ke sana! 

Memang kami ada impian untuk menjelajah India suatu hari nanti. Terima kasih THE IMPATIENT SISTERS. Ada sebarang pesanan akhir? Terima kasih Pedal To The Metal. Be cool, stay in school.

Oleh: Ahmad Raimi
Dipetik dari Pedal to the Metal Zine (isu # 5, Disember 2016)

No comments:

Post a Comment