Kenyataan Mitch Harris;
"Sebaik sahaja saya menyiapkan rakaman "Apex Predator", ayah saya sakit di Las Vegas. Saya tinggal di England selama 26 tahun. Masa berlalu dengan sangat cepat sedangkan ibu bapa semakin tua. Jadi saya pulang untuk melihat keadaan ayah saya. Dia perlukan pembedahan pada kedua-dua lutut. Tetapi selepas banyak ujian, doktor berkata, 'Oh, anda ada kanser.' Jadi saya pulang, saya kumpulkan keluarga saya dan saya kembali. Dan saya berkata, saya akan habiskan semua baki siri persembahan "Utilitarian". Mereka buat 200 persembahan setahun, dan saya menjadi penjaga sepenuh masa untuk ayah saya, dan juga ibu saya yang tinggal bersamanya, dan keadaan ibu juga tidak banyak membantu.
"Apabila saya berpindah kembali ke Las Vegas, dia meninggal pada hari saya tiba, sebenarnya, pada hari saya pulang," katanya. "Dia sudah jalani pembedahan. Dan ia sangat mengejutkan. Kemudian ibu saya tinggal seorang diri, dan kami tidak dapat meninggalkannya. Kami gembira. Kami menetap di sini. Ia adalah kejutan budaya yang dahsyat untuk keluarga dan anak-anak saya. Ya, ia sangat mengejutkan. Tetapi saya sangat gembira dapat pulang. Kemudian, tiga tahun kemudian, ibu saya pula meninggal. Sekali lagi, dia sakit untuk beberapa lama.
Ayah saya menjalani pembedahan, tetapi akhirnya meninggal dunia; ia benar-benar mengejutkan. Kemudian ibu saya tinggal seorang diri. Kami pun menetap di sini, dan ia adalah kejutan budaya yang besar untuk keluarga, terutamanya anak-anak saya, ya, tetapi saya sangat gembira dapat pulang ke tanah air.
Tiga tahun kemudian, ibu saya pula meninggal dunia; beliau telah lama sakit.
Selepas itu, saya memutuskan untuk tidak lagi menghabiskan masa yang lama jauh dari keluarga.
Saya tak boleh dan tak mahu mengembara lagi. Saya tak rasa bermain dalam band itu lagi penting — "Oh, saya perlu bersama peminat. Saya perlu bersama band, terbang ke sana ke mari setiap hari, sedangkan keluarga saya perlukan saya. Sesetengah orang memilih karier atau gaya hidup mereka berbanding keluarga."
Kadang-kadang akan tiba satu titik dalam hidup di mana anda perlu buat keputusan yang betul, dan saya takkan pernah tenang jika saya tiada ketika mereka perlukan saya.
Saya minta maaf kepada sesiapa yang rindukan saya, mungkinlah, tapi kalau anda betul-betul rindukan saya, dengarkan album (keluaran Napalm Record) yang saya mainkan, ia sangat gila — BRAVE THE COLD. Sokonglah dan berilah peluang kerana ia merupakan sebahagian masa depan saya.
Terjemahan temubual dari Heavy Culture.

No comments:
Post a Comment