Thursday, January 28, 2010

THE SCORPIONS


Bila mendapat panggilan telefon dari Syed tengahari tadi mengatakan riwayat kumpulan gergasi rock dunia SCORPIONS dah berakhir. Aku macam tidak percaya, terkejut, rasa macam dengar berita saudara-mara meninggal dunia. Inspirasi utama di dalam muzik bagi aku kini telah menjadi lagenda yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana kumpulan muzik.

Sempena pemergian Scorpions ini, ingin aku sorotkan kembali ingatan silam aku. Tidak aku pernah lupa sedikit pun usia remaja aku bersama kaset-kaset Scorpions. Tidak putus-putus aku dapat sms dari Hafiz, Diken, yang tahu betapa pentingnya Scorpions dalam memberi inspirasi dalam hidupku.

Aku mula mengenal Scorpions semasa aku dibangku sekolah, darjah enam. Masa itu, setiap minggu aku akan ke rumah nenek aku bermalam disana. Jadi kesempatan itu, aku ambil dengan menyelongkar kaset-kaset bapa saudara aku. Jadi, aku dapat Scorpions “Crazy World”. Bila pasang sahaja, riffing-riffing keras dan bingit mereka mula menguasai minda aku. Aku curi kaset itu, sebab tidak sanggup untuk aku tunggu 5 hari lagi untuk mendengar muzik Scorpions. Jadi setiap minggu aku akan bawa kaset kosong untuk dubbing kaset-kaset Scorpions milik bapa saudara aku, sebab hendak curi takut dia perasan nanti bila makin banyak aku curi kaset beliau.

Disebabkan aku tiada mini-compo sendiri, maka terpaksalah aku naik basikal ke rumah rakan aku, GG untuk mendengar kaset Scorpions ini. Masa itu tingkatan 1 dan bersekolah petang. Jadi di sebelah paginya kayuhlah basikal ke rumah GG untuk mendengar kaset sehinggalah suatu hari radio GG meletup. Tanyalah siapa pun, GG pasti aku salahkan aku sehingga hari ini. Kononnya kerana kaset Scorpions akulah radio datuknya meletup!

Macam kanak-kanak lain juga, bila kita punyai kumpulan rock kegemaran, setiap kulit album Scorpions aku kagumi, topik seks dan pemberontakan bukan taboo lagi bagi aku, aku setuju semua liriknya, imejnya, aku dapat melukis logo Scorpions tanpa melihat kulit albumnya, aku lakukan air-guitaring bila mendengar muziknya.

Walaupun rujukan terhad masa itu, aku tahu Scorpions adalah kumpulan yang buas sejak 70-an lagi bersama gitaris lagenda mereka Uli Jon Roth. Aku mula mengetahui satu ketika dahulu Scorpions juga tergolong dan antara pelopor genre Power Metal.

Aku tidak mahu membincangkan tentang album mana dan lagu mana yang paling memberi kesan didalam hidup aku. Boleh dikatakan semua orang diluar sana, pasti ada lagu Scorpions yang membawa makna kepada mereka. Apa yang boleh aku tegaskan disini, Scorpions adalah pengaruh muzik paling kuat dalam diri aku. Melodi mereka adalah ‘metal’ yang aku kenal hari ini.


“Bad Boys Running Wild”, “Virgin Killer”, “Restless Night”, “Tease Me Please Me”, “Dark Lady”, “Black Out”, “Sail Of Charon” antara contoh kekuasaan dalam muzik mereka, manakala emosi dialunankan didalam komposisi seperti “Lady Starlight”, “Send Me An Angel”, “Born To Touch Your Feeling”, tidak langsung menjejaskan attitude rock mereka.

“Humanity Hour” adalah album terbaik bagi aku pada tahun 2007. Tiada album metal pun yang dapat menandinginya tahun itu. Mac ini bakal menyaksikan album terakhir mereka. Pasti beli. To Scorpions, the truvest satan rocker... farewell. Please come to Malaysia before your light turns out!!

No comments:

Post a Comment