Tuesday, June 7, 2011

NAPALM DEATH DI MALAYSIA


Mendengar berita tentang kedatangan NAPALM DEATH membuatkan aku tersenyum sendirian. Bukan kerana teruja, tetapi kerana macam ‘hey! Seronok sungguh hangpa mai Malaysia ya?!”, dan suatu benda lagi gig mereka akan diadakan di One Café?! Satu tempat yang aku tidak terduga, sebab melalui 2 kunjungan mereka sebelum ini, pihak penganjur sanggup menyediakan Life Center bagi menampung keperluan system bunyi yang hebat serta keselesaan peminat. Masakan, kumpulan yang mempunyai kepadatan muzik maksimum seperti ND dapat memberikan yang terbaik melalui One Café nanti. Jangan sampai ini menjadi titik tolak kepada kelantangan mulut Barney Greenway mengutuk Malaysia ( tentu anda pernah dengar pergaduhan antara Greenway dan Bolt Thrower hasil kritik beliau terhadap muzik Bolt Thrower dahulu kan?). Dari pengalaman One Café yang lalu dalam menyediakan keperluan gig DYING FETUS sebelum ini jelas menunjukan mereka benar-benar tidak puas hati dengan system bunyi di situ. Apapun diharap pihak penganjur dapat belajar dari pengalaman tersebut.


Kenangan aku melihat ND buat kali pertama pada 1hb April 2001, kira-kira 10 tahun yang lalu adalah antara pengalaman yang tidak dapat aku lupakan hingga hari ini. Malah ia adalah pengalaman menyaksikan kumpulan bertaraf antarabangsa kedua yang sempat aku lihat selain SIGH (Jepun) yang datang ke Malaysia pada 2hb April 2000. Namun kehadiran ND lebih bermakna kerana kami rakan sebaya sudah sinonim dengan album pertama mereka “Scum” sejak kecil lagi. Tarikh itu adalah kali pertama kami menyewa kereta dan memandu sendiri ke Kuala Lumpur. Kami sampai di Life Center pukul 10.30 pagi dan bertemu Danny Herrara di escalator namun tidak berani bertegur sapa tetapi Danny yang bertempik “Hoi!” kepada kami. Mulai hari itu Ijan pakai t-shirt tour ND sebulan tanpa buang! ( sebelum itu di zaman persekolahan t-shirt rasmi Ijan adalah ‘Scum’…dipakainya sampai tak nampak design apa dah!). Hari itu kali pertama aku tengok Auntie, pemilik recordstore di Campbell tutup kedai untuk layan gig. Hari itu banyak rockstars dari arus perdana pun turun gig. Padat. Memang meriah dan lebih gembira ND benar-benar memberi suatu persembahan yang luar biasa dan bertenaga.


Enam tahun selepas itu, ND menyelitkan Malaysia semula didalam peta untuk siri tour mempromosikan album “Smear Campaign” mereka yang baru diterbitkan ketika itu. Mereka turut bermain di lokasi yang sama ( cuma dikenali sebagai Ruums pula) pastinya mengimbau kembali kenangan manis yang telah sedia terpahat di situ. Memandangkan aku pun tinggal di Setapak Jaya sahaja ketika itu, dapatlah aku hiburkan minda sambil mengimbas memori lama walaupun pada waktu itu aku sedikit janggal dengan arah muzikal mereka yang kini lebih tepu Death Metal berbanding Grindcore serta ketiadaan Jesse Pintado, gitaris mereka yang baru sahaja meninggal dunia pada Ogos 2006 kerana diabetes. Bagaimanapun, persembahan mereka tetap bersahaja, penuh mesej politikal, padu dan padat. Aku tinggalkan gig itu selang beberapa lagu selepas itu kerana bosan. Bagaimanapun ia tetap sebuah gig yang bagus- dari segi penganjuran dan system bunyi. Kepada yang tidak tahu, itulah hari terbitnya Mini cd BLACKFIRE “The Hereafter Live 1988” yang diterbitkan Basement Records. Shammir, pemilik Basement menyerahkan 200 copies cd tersebut kepada aku di situ dan turut dijual disitu.


Kepada peminat-peminat muzik berat tempatan yang masih belum pernah menyaksikan lagenda dari Birmingham, England ini, aku cadangkan anda luangkan masa untuk menikmati pengalaman muzik kisaran mereka. Walaupun anda tidak meminati album studio mereka, aku pasti selepas menyaksikan persembahan mereka, anda pasti mencari katalog album mereka. Kenapa demikian?, kerana:


- Mereka adalah kumpulan Grindcore pertama di dunia yang di tubuhkan pada awal 80-an. 

- Mereka pernah menerima kecaman oleh pengkritik muzik sebagai kumpulan gila yang anti-thesis iatu (bercanggah) dengan melodi, citarasa dan fesyen. Namun tetap terus menghasilkan karya berkelajuan supersonic dan politikal dan berjaya.

- Penyanyi asal ND adalah Lee Dorrian yang kini mengetuai kumpulan Doom Metal, CATHEDRAL. Turut berstatus lagenda. Lee Dorrian mempunyai gaya persembahan tersendiri yang unik malah antara kuasa penarik ke atas ND. Beliau masih gila seperti itu walaupun bersama Cathedral yang merupakan antara kumpulan British kegemaran aku.

- Mick Harris adalah drummer asal mereka yang mana kerana beliau lah blast beat menjadi popular sehingga kini kunci asas kepada muzik ektrim adalah blast beat ciptaan beliau. Selepas keluar dari ND, beliau beralih arah kepada muzik ambient dan electro. Harris turut bermain untuk kumpulan Doom dan Extreme Noise Terror

- Bill Steer, bekas gitaris ND adalah antara perintis muzik CARCASS. Kumpulan genius muzik ini bertanggungjawab mewujudkan kegilaan tema perubatan dan pathologi ke serata dunia.

- Barney Greenway pula adalah penyanyi dari kumpulan Death Metal, BENIDICTION yang mengantikan Leen Dorrian. Mempunyai pengaruh besar serta turut menjadi pengkritik muzik dalam majalah muzik berat antarabangsa Kerrang!. Seorang vegetarian dan fakta lawak, Barney seorang yang keras kepala dalam mempertahankan slangga Birminggham beliau! hahaha!

- Mitch Harris pula menanggotai ND selepas keluar dari lagenda hardcore, RIGHTEOUS PIGS. Mitch Harris adalah penyanyi kepada kumpulan black metal, GOAT LORD.

- Shane Embury adalah anggota terhodoh ( hehehe! Sorry) di dalam ND namun kebanyakan penciptaan lagu ND digalas bahunya. Shane Embury tidak membatasi minat muziknya. Malah seorang yang sangat aktif berkarya. Antara kumpulan lain yang diterajui atau menerima khidmatnya adalah LOCK-UP, BRUJERIA, UNSEEN TERROR, MALFORMED EARTHBORN, ABSOLUTE POWER, dan macam-macam lagi lah. Gila dia ni!

- Jesse Pintado adalah gitaris dan pelopor kumpulan lagenda TERRORIZER yang turut dianggotai Pete Sandoval dari MORBID ANGEL. Mengikut sejarah terma "Grindcore" diperkenalkan oleh Jesse untuk mengambarkan muzik campuran huru-hara dan bising "noise & chaos".

- Danny Herara adalah pemain drum berasal dari Amerika. Uniknya semua blast beat yang dimainkannya hanya mengunakan single padel ( mesti tak percaya kan?!!)

Rasanya fakta-fakta ini membuatkan jantung anda berdebar-debar menanti kedatangan mereka. Betul tak?

No comments:

Post a Comment