Friday, September 2, 2011

WARMACHINE SEDANG KALUT DENGAN SESI RAKAMAN



Rosmaini atau dikenali sebagai Contraman ialah penyunting laman blog Dissecting The Euphony yang juga merupakan pengurus syarikat Print Media Enterprise. Dia turut menerajui sebuah projek band death/thrash Metal bernama WARMACHINE. 

Dan untuk makluman, syarikat beliau bertanggungjawab mencetak kulit album AU REVOIR “Engine Of My Heart” dan menjadi bakal dilantik sebagai pencetak rasmi produk-produk Faithcraft Productions yang akan datang. WARMACHINE kini giat didalam studio rakaman untuk merekodkan material rasmi mereka yang turut akan menampilkan beberapa pemuzik undangan dari lubuk underground tempatan. Pada malam ini aku sempat mencuri masa selama 15 minit diatas undangan Rosmaini untuk memasukkan track vokal bagi lagu “Rats and Dogs”. Rakaman dibuat secara atas talian, Rosmaini email kan mp3 lagunya, saya masukkan vokal di Faithcraft Studio dan email kan Wave file kembali kepada beliau. 


Guide vocals dan lirik telah tersedia ada, jadi ianya mudah sahaja dimasukkan tanpa sebarang masalah. Apa yang boleh diberitakan disini, lagu ini berbaur politik, riffs yang thrashy dan straight forward. Jadi gaya nyanyian semestinya agak lantang dan Sepulturish kot! Hahaha! Nantikan rilisan ini… 



No comments:

Post a Comment