Monday, January 28, 2013

SIKSAKUBUR: MALAYSIAN TOUR 2013


Teringat ketika saya sedang dalam proses mengumpul material untuk isu kedua Kemenyan Fanzine pada tahun 1997, saya bertemu dengan zine-zine yang menemubual kumpulan death metal dari Indonesia yang mempromosi kewujudan sebuah kumpulan brutal death metal bernama SIKSAKUBUR lahir pada tahun 1996. Saya terkesima, Ya lah! Pada waktu itu kita di Malaysia masih mengunakan Inggeris sebagai bahasa rasmi death metal walaupun telah mempunyai kumpulan-kumpulan death metal sejak 1986, Indonesia lebih berani mempelopori terma dan lirikal dalam bahasa Melayu. Perjuangan mereka memartabatkan irama death metal berbalas. Kini Siksakubur adalah sebuah kumpulan metal ektrim paling popular dan terhebat dari republik Indonesia. 

Bercakap mengenai Siksakubur, antara perkara yang mula-mula muncul dalam kotak fikiran saya adalah debat antara mantan mufti Perlis, Dr. Asri dan bekas editor majalah al-Islam, Astora Jabat yang menjadi suatu isu panas suatu ketika dahulu lantaran penulis berkenaan dalam suatu artikelnya menafikan ‘kewujudan siksakubur’. Penulis yang berasal dari Thailand itu juga seringkali mengutarakan pandangan-pandangan yang kontroversi dalam akhbar perdana tempatan. 

Kedatangan Siksakubur sebenarnya adalah kali kedua di Malaysia, dan pada kali ini dengan usaha label muzik, Permatha Pathah Production. Mereka datang untuk tour seluruh Malaysia dan bermain di bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu, dan berakhir di Kuala Lumpur pada 3 Februari 2013. 

Saya tidak membuat perancangan rapi untuk ke gig ini. Maknanya, bila kawan lama saya, Diken setuju untuk ke gig ini setelah selesai waktu bekerja. Saya turuti sahaja. Apa yang membuat saya sedikit teruja, bila drummer Crown ov Horn, Shaun Harun menyatakan Adhytia Perkasa adalah seorang drummer yang sangat hebat. Kenyataan ini sedikit sebanyak mengujakan saya. 




Kami bertolak pada jam 3.30 petang dan sampai di Bandar Perda pada jam 5.30 petang. Seorang rakan lama, sangat sangat lama, rakan yang sama-sama pernah turun gig di Penang sejak zaman persekolahan lagi Muhazly (kini kelihatan macam PSY, Gangnam Style) setia menunggu dan membawa kami ke Terble Trouble Hall, Kapitan Perda. Ini peristiwa yang agak nostalgik setelah hampir 17 tahun kami tidak pernah turun gig bersama. Kami bersama lagi. Masih bersemangat seperti dahulu dan masih boleh headbang tanpa malu. Hahaha! 

Kami terus menuju ke Treble Trouble Hall, masuk meninjau tempat. ENTHRONED FALLS tengah memainkan set mereka. Mungkin mereka tergesa-gesa menyelaraskan sistem bunyi mereka menyebabkan gitar mereka kedengaran terlalu kuat dan menengelamkan dram dan vokal. Persembahan mereka biasa sahaja, tiada gimik dan aura. Namun beberapa crowds dihadapan tetap memberi sokongan dan harapan. Kemudian REHEARSE mengambil tempat.


Kami keluar mengambil udara segar dan membeli official merchandises SIksakubur. T-shirt, baseball cap, hoodies, semuanya dikeluarkan dengan kualiti yang baik. Tidak hairanlah harganya agak mahal. Sayangnya, semua cd album mereka habis terjual di Ipoh semalam. 

Kami melepak makan roti nan dan ayam tandoori di Restoran Kapitan dibawah Treble Trouble Hall. Tempat ini memang bersesuaian untuk acara sebegini kerana suasanya yang cantik, tidak mengangu orang awam kerana kebanyakan kedai tidak beroperasi dibangunan ini, motel dan hypermart Jusco juga berhampiran. 



Aktivis Redrum, Encik Stone (printer rasmi Faithcraft Prod iaitu pemilik Media Print), Syargoth, antara mereka yang sempat saya temui di sini. Kedatangan metalheads boleh dicongakkan dalam 70 orang. Kata Syargoth, inilah muka-muka yang ada setiap kali gig disini, campur hang dengan kawan hang aja lah muka baru sini. Hahaha! 

Leon dari NONSERVIAM memberitahu mereka akan bermain dalam pukul 8 malam. Jadi kami ambil kesempatan ke masjid berdekatan, rupanya terdapat sebuah surau yang cantik dan selesa di bawah Treble Trouble Hall.






Kami kembali ke Treble Trouble Hall pada jam 8.00 malam, NEKRAD sedang beraksi dengan set list mereka. Saya difahamkan NEKRAD adalah diantara kumpulan tempatan yang akan membuka persembahan dalam siri tour lagenda Thrash metal Jerman, DESTRUCTION di KL nanti. Ini adalah kali pertama saya mendengar dan menyaksikan NEKRAD. Rupanya benarlah adalah sisa-sisa adik beradik Pontianak dan Drakula yang masih wujud di bumi Malaysia ini. Mereka pemuzik yang bagus, berpontensi dan ironiknya kumpulan simfonik black metal seperti ini harus menjadi klon idola mereka, CRADLE OF FILTH. Bagi mereka yang meminati Dani Filth dan geng-geng beliau pada awal kemunculan mereka. Anda pasti menghargai NEKRAD. Dan yang lawaknya, mereka memainkan lagu cover dari siri superhero Jepun ‘Gaban’ sebanyak 2 kali. Ya!! Dua kali!!!!






Seterusnya NONSERVIAM mengambil alih. Mereka membawakan melodic death metal acuan Gothenberg dengan sempurna dan Dark-E, VOCIFERATION ETERNITY/SIL KHANNAZ berkhidmat sebagai juruteknik mereka malam ini. NONSERVIAM menyampaikan semua lagu-lagu dari EP sulung mereka termasuk sebuah lagu baru. Penyanyi mereka, Leon sentiasa berseloroh seperti biasa dan memberikan vokal yang terbaik, tetapi anggota-anggota beliau yang lain lebih menumpukan kepada permainan dari memberikan showmanship. Sesuatu yang perlu dipertingkatan untuk mengajak crowds bersama-sama melayan persembahan mereka. 

SIKSAKUBUR naik ke pentas pada jam hampir sepuluh malam. Mereka baru sahaja melancarkan album Ke-6, yang berjudul “St. Kristo” oleh Rettrevore Record dan Podium Music. Dan anggota-anggota mereka yang terkini adalah; 

Andre Tiranda – gitar 
Baken Naingolan – gitar 
Adhytia Perkasa –Dram 
Gilang – bass 
Rudy – Vokal 

Mereka membawa juruteknik sendiri untuk bahagian gitar dan drum dan kelihatan benar-benar professional. Ketika merujuk laman facebook rasmi mereka pada pagi tadi. Saya melihat post terakhir mereka pada Jan, 25 2013 Malaysia, here we come!!!!!. 







Saya kesal melihat beberapa komen-komen dari metalheads Indonesia membalas posting tersebut dengan berbagai kata-kata kesat. Bagaikan Siksakubur datang ke Malaysia untuk bermusuh dengan Malaysia, bukan bersahabat. Mengapa masih ada sentiment-sentimen kebencian dan permusuhan sebegini? Dan saya tabik dengan orang Malaysia yang langsung tidak melayan tomohan-tomohan yang terus dilemparkan kepada kita. Kita tetap cool. 

Andre Tiranda sebagai tunjang utama Siksakubur banyak berinteraksi bersama crowds dan seperti katanya –We don’t care about all those politicians outside there, we are here for metal. Benar kata beliau, jika kita tidak mampu bersatu kerana perbezaan fahaman politik, perkauman, atau juga AGAMA. Sekurang-kurangnya biarlah muzik ini menyatukan kita. 

SIKSAKUBUR boleh saya katakan sebuah kumpulan teknikal death metal yang berada tapak teratas dan mampu berevolusi lebih dasyat lagi jika anda mampu melihat bagaimana mereka beraksi. Mereka tersangat hebat, malah kata Diken yang pernah menyaksikan Marduk, Morbid Angel, Misery Index pun mengatakan Adhytia begitu teknikal dan bertenaga. SIKSAKUBUR menyatukan pengaruh dari death metal asli seperti SEPULTURA, DEATH, KATAKLYSM, dengan kemodenan BEHEMOTH, CRYTOPSY, BLACK DAHLIA MURDER, LAMB OF GOD.


Mereka menyampaikan 12 lagu kebanyakannya dari 2 album terbaru dan hampir setiap lagu berdurasi 6 minit ke atas membuktikan mereka buka calang-calang kumpulan muzik. Teringat saya, seorang metalheads berjenaka kepada Andre Tiranda meminta lagu dari Inul. Andre dengan bengis menjawab- don’t ever ask us that shit, man, eventhough I’m a fucker. I’ll fuck her in the ass. Kata Andre, yang pernah ditemubual Sam Dunn ketika menjalankan pengambaran untuk dokumentari Global Metal. Kami gelak beramai-ramai.


Adhytia Perkasa sempat mempamerkan drum solo beliau yang hebat. Beliau muda dan kacak, mempunyai tattoo Warpig – Motörhead di dada kirinya. Seorang yang baik dan peramah.




Gig ini berakhir kira-kira 12 tengah malam. Kami sempat berbual-bual dan bergambar kenangan bersama Adhytia Perkasa dan Baken Naingolan sebelum menjamah nasi kandar dan terus meninggalkan Perda. Saya sampai di rumah kira-kira jam 2.30 pagi dengan leher yang terkulai layu.


SIKSAKUBUR akan beraksi dalam festival muzik ektrim yang berasal dari Republik Czech sejak 1999 dan kini menjelajah dunia bernama OBSCENE EXTREME WORLD TOUR dan pada tahun ini mereka memilih untuk menganjurkannya di Indonesia. Jadi, sebelum anda ke sana. Jangan lupa untuk melihat mereka terlebih dahulu di Blackbox, Solaris Dutamas, KL pada 3 Februari 2013 ini.

P/S: situasi paling pelik kami lalui seumur hidup semasa di Treble Trouble Hall ini, semua crowds dihalau DUA KALI untuk diperiksa tiket. Pertama kali sebelum NONSERVIAM bermain, dan kali kedua sebelum SIKSAKUBUR bermain. Inilah sheep treat yang dikatakan oleh Fenriz agaknya yang membuatkan beliau benci untuk turun ke gig? Ingatkan dalam sektor kerajaan sahaja perkara kebudak-budakan ini berlaku. Malah di gig-gig underground? Mengapa mereka tidak benar-benar periksa setiap penonton di pintu masuk tadi?

No comments:

Post a Comment