Tuesday, July 9, 2013

OSMANTIKOS “Dare to Rise” (BULLWHIP RECORDS) – MALAYSIA



Saya ingat lagi detik-detik sewaktu tinggal di Setapak Jaya dahulu, pengasas dan gitaris Osmantikos, Borhan sering datang ke rumah saya untuk menemui rakan sepengajian beliau Chainsore (Devastator, Wreckär), jamming di bilik kami dan mengambil tips-tips mengenai rakaman serta adunan bunyi secara amatur. Kami seisi rumah tidak sabar menunggu rakaman sulung mereka kerana Borhan seorang yang gigih dan cepat belajar.

Saya ingat lagi sewaktu mendapat free-copy “Burn All The Order” dahulu. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk dihadam dan diminati. Seperti juga kaset EP ini yang diterbitkan oleh label milik Borhan sendiri, muzik mereka punk/crust dengan pengaruh berat dari Metal yang gelap sudah pasti akan disenangi oleh kedua-dua kelompok metal-punk yang kini kian membesar di Malaysia. Tiada humor, tiada belas, tiada melodi, tiada rehat, tiada gedik. Ia riff-riff metal yang kering, berdesing, alunan bass asas dan ringkas, menyalak dengan garang dan hentaman D-beat berserta fill-in twin paddles di tempat yang tepat.

Saya kagum dengan Osmantikos, mereka tidak banyak berevolusi dari akar umbi dan matlamat penubuhan dari dahulu. Tetapi dari segi muzik dan permainan mereka telah mencapai kemajuan, lebih laju, penulisan yang lebih bagus dan produksi yang mencemburukan saya.

Kaset ini mengadungi 4 lagu yang dirakamkan dan diadun di ISeekMusic Studio sejak 2010 lalu. Sebuah produk berkualiti dari Mokhatar lagi. Super Mokh ke ni?

Osmantikos sebelum ini melalui krisis dalaman namun kembali dengan lebih kuasa dan kini sedang dalam perancangan rapi untuk siri jelajah Eropah. Saya harap mereka berjaya dan percaya mereka mampu melakukannya.

Bagi yang masih bingung, nama Osmantikos dipetik dari sebuah watak dalam filem M. Nasir, Kembara Seniman Jalanan.

bullwhiprecs@yahoo.com
bullwhiprecs.blogspot.com

No comments:

Post a Comment