Thursday, January 23, 2014

MULTICOLOUR SHIT EATER “Rehearsal Promo 13” – MALAYSIA


MULTICOLOUR SHIT EATER atau ringkasnya M.S.E ditubuhkan sebagai projek-sampingan oleh pemuzik-pemuzik metal bawah tanah yang disegani di Sabah pada tahun 2013. Kumpulan grindcore kental dan padu ini dianggotai oleh Din Grind sebagai gitaris, Ayu sebagai penyanyi, Mizi sebagai pemain bass dan Ah Soon aka Ronald sebagai pemain dram.

CD promo yang dikeluarkan sebanyak 66 unit ini memuatkan 5 buah lagu; Dog Race, Forfeit, Pascifisme, Sordid dan Throat Cutted. Semua lagu dirakamkan dengan baik oleh Moe’s Studio walaupun sekadar rehearsal (latihan), ia mentah, busuk, keji dan berrrattt!!! Saya tidak tahu bagaimana mahu mengulasnya dengan lebih terperinci lagi, kerana saya nampak potensi yang besar dalam muzik grindcore mereka. Pada saya mereka hadir di saat yang sesuai dimana, Bapa Grindcore Sabah, PERPETUAL telah kembali menganas dengan terbitkan album sulung mereka. M.S.E bakal memeriahkan lagi warna-warni muzik di sana.

CD saya turut disertakan beberapa lagu bonus yang dirakamkan dengan lebih teliti dan professional. Wow! Ia hebat. Lebih moden susunan muziknya dan lebih berstruktur dan solid

Namun saya tidak pasti samada dimensi muzik M.S.E akan kekal begitu kerana saya mendapat berita yang M.S.E telah dirombak menjadi kumpulan duo disebabkan Din Grind bertindak meninggalkan mereka, manakala Ayu pula terpaksa keluar dari M.S.E buat sementara waktu untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Formasi M.S.E terkini adalah Mizi pemain bass dan Ah Soon aka Ronald sebagai pemain dram merangkap penyanyi.

Teringat saya semasa berada di Kota Kinabalu dua tahun yang lalu, semasa diberikan CD WRECKÄR kepadanya Ronald, dia berkata “Aku pernah impikan untuk tubuhkan band macam ni (merujuk bass dan drum) tetapi korang dah lebih dulu buat. Tapi ni lagi gila, dua bass pulak tu!”. Jadi kini beliau berjaya juga menubuhkan band seperti yang dihajatinya. 

Suatu perkara yang hebat mengenai Ah Soon, beliau merupakan seorang pelukis berbakat. Maka ilustrasi dan imej M.S.E dihasilkan dengan konsep yang diciptakan oleh beliau.

Hubungi mereka: Ronald Chia c/o M.Tirmizi Ismail, Lorong Indah Permai 9, No. Rumah A30-12, Taman Indah Permai, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

No comments:

Post a Comment