Friday, June 20, 2014

TERSANJUNG 13 “Ears Slaughter 2002-2013” (GRINDTODAY RECS/MAXIMUM NOISE RECS) –INDONESIA


TERSANJUNG 13 pernah datang ke Malaysia tetapi saya mengabaikannya kerana beranggapan mereka kumpulan yang mengarut kerana mengunakan nama yang dipetik dari sinetron (drama TV Indonesia) yang popular sekitar 2002, sewaktu mereka menubuhkan kumpulan ini.

Rupanya mereka sebuah kumpulan yang sangat ektrim, berat dan liar. Saya menyukai lagu-lagu baru mereka yang tepu grind death metal walaupun ada yang mendakwa mereka kumpulan crustcore. Ia boleh diterima pakai jika ada mendengar lagu-lagu diawal penubuhan mereka. “Ears Slaughter” adalah digipak yang memuatkan lagu-lagu disepanjang karier mereka sebagai pemuzik bawah tanah. Muzik mereka berpaksikan TERORRIZER, NAPALM DEATH (early), CODE13 dan UNHOLYGRAVE. Terdapat 50 trek di dalam CD ini yang dikumpulkan dari:

- Split 7” with GODSTOMPER
- Split 7” with EMBALMING THEATRE
- Split 7” with UNHOLY GRAVE
- Split 7” with GRINDBASHERS
- Split tape with ILS
- Jangan Lakukan Di Rumah tape Ep.
- Breathless War 6 Way Split tape & cd
- 99% punkrock 1% grindcore "mini discography cd"

Semua lagu-lagu yang dimuatkan mempunyai kekuatan tersendiri dan dipengaruhi zaman ia dimain dan dirakamkan. Saya membeli digipak ini dari Tandang Store dengan harga RM15. Murahkan!

Email: tersanjung_13@yahoo.com

No comments:

Post a Comment