Friday, February 6, 2015

ANTABOGA “Mayang Mistik” (Terbitan Sendiri) –MALAYSIA


ANTABOGA adalah sebuah kumpulan black metal dengan elemen ketimuran dari kunco-konco ‘Darah dan Maruah’ yang agak kontroversi dengan meraikan idea fasis dan kebangsaan. Gagasan mereka mula mendapat perhatian hingga ke luar negara apabila AS SAHAR turut menyokongnya. Mungkin banyak yang tidak tahu, AS SAHAR bertanggungjawab mempelopori ‘racist’ black metal dalam pergerakan metal Asia Tenggara. Baiklah, kita tinggalkan perkara itu kepada mereka.

ANTABOGA berjaya menerbitkan album sulung ini di atas usaha mereka sepenuhnya pada tahun 2013 setelah mengubah nama dari asalnya MOMOK. Secara rohaniah dan muzikal, mereka tetap sama. Sepekara yang saya suka mengenai ANTABOGA, mereka sangat mementingkan imej dan visual. Suatu perkara yang WAJIB jika mahu berkarya dalam seni black metal. Banyak kumpulan yang mengabaikan hal ini, dan bagi saya mereka itu hanya black metal tiruan. ANTABOGA tidak pernah gagal mempamerkan kerja seni yang menyeramkan baik pada ilustrasi-ilustrasi dan juga gaya pemakaian mereka. Darah, kain kuning, keris, nisan, api, selubung hitam, asap adalah permainan mereka.


Saya sebenarnya tidak pasti adakah mereka meletakan lagu bonus dalam CD yang diberikan kepada saya oleh Hantu Kepalang (penyanyi dan gitaris) ini, kerana dari apa yang tercatat pada kulit CD ini hanya ada 9 lagu tetapi dalam CD ini terdapat 15 lagu kesemuanya. Bagi saya ANTABOGA meneruskan apa yang telah sedia diserapah oleh AS SAHAR dalam demo “Santau”. Lagu-lagu dalam “Mayang Mistik” berada dalam ruang litup tersebut baik dari kualiti bunyi, penulisan lagu dan kemahiran mereka. Saya mampu melayan CD ini tanpa sebarang rasa ‘loya’, malah apabila mendengar riff-riff pinjaman irama-irama nusantara yang digarap ke black metal tersebut ia agak mengasikkan. Bagi mereka yang pernah mengkaji demo “Santau” pasti faham, kebanyakan melodi-melodi nusantara sebenarnya adalah asyik dan mengembirakan. Malah dalam upacara-upacara mistik dan sihir yang mempunyai permainan alat muzik, aktiviti tersebut kedengaran penuh bertemasya, cuma apabila dirujukan kaitan upacara tersebut dengan kematian, jin, menyihir dan memuja roh itu yang membuatkan kita seram. Saya harap anda faham apa yang saya bebelkan ini? Hehehe.

ANATABOGA saya lihat begitu kuat dipengaruhi oleh filem-filem seram dari Indonesia dan juga perihal khurafat dari kepulauan Jawa. Boleh dikatakan setiap lagu dihiasi dengan sampling dari filem seram Indonesia. Semua kerja rakaman dan adunan dilakukan oleh mereka sendiri yang mana saya berpendapat, jika kerja aduanan yang lebih teliti dan cermat, mungkin nilai metal “Mayang Mistik” akan lebih tinggi dari nilai etnikal nya. Sebuah lirik “Saat Dikau Dikafankan” digarap oleh saudara Dzularsil yang merupakan pengikut setia blog saya. Rupanya beliau berbakat dalam bidang penulisan! Kini beliau mempunyai blog sendiri bernama Uvian Hell. Silalah melawat. Didalam CD ini juga dimuatkan lagu “jampi makhluk halus” dari kumpulan AJAL yang merupakan sambungan dari EP “Jahannarakah”. AJAL adalah kumpulan black metal sealiran dengan mereka dan telah pun berkubur. Dari lagu ini anda akan dapat sedikit firasat mengenai kumpulan SIAL yang baru ditubuhkan oleh serpihan ahli AJAL. SIAL kini aktif merakamkan demo-demo mereka.

Lagu ke 15 merupakan lagu kegemaran saya walaupun dirakamkan dengan buruk sekali dan rasanya mengunakan dram programming (berdasarkan tone yang mati, pengunaan hithat, right dan cymbal yang tidak tepat, tiada roll dan fill in) namun lagu ini digarap dengan buas sekali. Pengunaan delay yang sesuai untuk vokal, bunyi gitar yang ngeri dan kelajuan tempo yang berganda dari lagu-lagu lain. Jika lagu-lagu lain dalam “Mayang Mistik” anda berasa seperti menghadiri majlis tari-menari di kampung bunian. Lagu terakhir ini memberi penamat yang jahat dan membunuh segalanya. 

No comments:

Post a Comment