Wednesday, October 7, 2015

INDONESIAN ROCKABILLY COMPILATION VOL 1 – INDONESIA



Album kompilasi ini diterbitkan sebagai satu pakej bersamaan acara tahunan setiap Oktober di Jogjakarta bersama Kustomfest. Kostumfest memuatkan pameran custom bike show, hot rod and custom cars, helmet contest, BMX contest, lagak ngeri, booth perniagaan, pertunjukan kebudayaan dan jualan barang lama. Kesemuanya boleh dikatakan merangkumi kenderaan retro.

Bertepatan dengan konsep Kustomfest, kompilasi ini memuatkan keseluruhan band-band dari seluruh negeri Indonesia yang membawakan genre rockabilly dan rock & roll awal 60-an, turut mengetengahkan sedikit elemet surf dan punk. Boleh dikatakan semua lagu tiada ketulenan namun sangat santai untuk didengar kerana kualiti rakaman hebat yang telah kita tahu mengenai pemuzik Indonesia. Jika anda masih terperangkap dalam dunia Elvis Presley, Johnny Cash, Billy Idol, Stray Cats dan juga band-band punk rock bersama elemen kejutan seperti MISFITS. Ini sesuai untuk dijadikan juadah digaraj atau ketika anda menukar minyak hitam kenderaan anda. Sesuatu yang anda harus tahu, band-band genre rockabilly seperti wajib mengunakan ‘tape echo’ untuk kesan vocal mereka.

Saya gemar lagu “Demon of the 21st Century” dari GORILLA TRAMPOLINE (Bandung), manakala yang lainnya kedengaran biasa-biasa sahaja seperti THE HIDDEN (Bali) macam HUJAN pun ada, DESPERADOS (Jogjakarta), THE SLETING DOWN (Jakarta), SUICIDAL SINATRA (Bali), DANIS & THE MINUS GHOST BAND (Bogor), KUCING KAMPUNG (Jakarta), KERETA SUSANA (Bandung) dan banyak lagi.





Terima kasih Mad Duha atas pemberian CD ini. Katanya Kustomfest 2015 ini terlalu hebat dan luar jangkaan!

www.kustomfest.com

No comments:

Post a Comment