Monday, August 8, 2016

DEMONA “Metal Through the Time” (BASEMENT REC) –CHILE


Banyak label kaset tempatan yang wujud sekarang ini mendakwa merekalah yang menerbitkan kaset-kaset paling berkualiti. Namun semuanya auta belaka, paling saya percaya adalah Basement Records yang setakat ini berjaya mengekalkan pengeluaran kaset-kaset dengan pakej menarik. “Metal Through the Time” adalah album sulung DEMONA yang diterbitkan pada tahun 2012 dan diterbitkan semula dalam bentuk kaset pada tahun lalu oleh Basement. Pilihan yang tepat kerana Speed Metal mempunyai pengikut yang besar di Malaysia, malah hampir semua kumpulan thrash di sini kedengaran mirip sebegini. DEMONA asalnya adalah sebuah one-girl- band ditubuhkan oleh Tanza (anak perempuan Mauricio ‘Jackie’ Godoy, DISTORSION) yang kini telah berhijrah ke Kanada. Ringkasnya album ini digarap dengan penuh gaya old school dan haluan ‘speed metal’ yang asal. Jika anda masih keliru dalam menentukan genre thrash metal, power metal, speed metal dan heavy metal, saya cadangkan anda dengar DEMONA. Ia Speed Metal tulen setulen tulennya!

Walaubagaimanapun, saya terpaksa bersetuju dengan ramai pendengar yang berpendapat DEMONA mungkin memerlukan vokalis yang sudah baligh. Tanza selaku penyanyi, pemain gitar dan komposer perlu membuang sedikit egonya kerana vokalnya lebih manja dari Ella and the Boys. Ia persis anak dara 13 tahun yang masih suci kerongkongnya dari kemungkaran oral. Namun bagi sesetengah orang, mereka gemar dan mungkin klimak mendengar gaya vokal Tanza. Fidofilia!

1 comment: