Friday, September 23, 2016

MALAPETAKA “Lawless Perdition” (terbitan sendiri) –MALAYSIA



Saya berpendapat MALAPETAKA adalah satu kuasa baru yang perlu diberi perhatian lahir dari scene muzik lasak KL. Mereka hadir ketika ibu kota malap dengan produk baru yang benar-benar berkualiti sebaliknya hanya gig, gig dan gig. Gig ‘bayar untuk main’ atau ‘band tengok band’. MALAPETAKA ditubuhkan pada 2010 dan mula mendapat undangan gig serta menjadi sebutan sejak 2013, maka mereka bertekad untuk menghasilkan lagu-lagu sendiri bagi mempamerkan kebolehan sebenar yang mereka ada. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga menyaksikan satu perubahan positif, dimana bukan anak muda Melayu sahaja memonopoli scene muzik lasak. Kini kita dah mula bersatu dengan kaum lain atas nama ‘metal’!

Buktinya MALAPETAKA yang diketuai oleh Ashok Garuda disokong penuh oleh komuniti metal tempatan. Mereka menjenamakan muzik mereka sebagai ‘Nusantara death thrash metal’ yang saya setuju dari temanya. Dari segi pengamatan yang tepat, mereka bermain death metal tradisional yang berevolusi dari thrash metal yang ganas dan berat. Rujukan kumpulan-kumpulan seperti DEATH, KREATOR, SEPULTURA, VADER memang jelas kedengaran.

Lagu pertama “Higher Heaven” sudah cukup untuk memberi satu ekspresi bahawa MALAPETAKA adalah sebuah kumpulan yang bagus. Semua lagu seterusnya digarap dengan kegilaan dan kebuasan yang setanding tanpa ada minit-minit yang lesu. Sebuah lagu “Angkatan Mayat” dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Sebuah album yang bagus kualiti rakaman dan adunannya, Cuma saya kurang gemar dengan bunyi pedal dram berdetik itu, pengunaan ‘trigger’ barangkali? Jika anda suka produksi VADER baru, anda pasti menyukainya. Bagaimanapun, anda wajib memiliki album ini!

Untuk maklumat lanjut hubungi: 016-6784722 (Ashok Garuda)

No comments:

Post a Comment