Saturday, January 28, 2017

KERETAPI TANAH MELAYU "RIDE & RIDE"





Saya hampir membatalkan sahaja kayuhan ini setelah sampai dari KL pada jam 6.00 pagi, dan terus membuat selenggara basikal saya di rumah hingga 8.00 pagi. Mad Duha boleh pula terbabas tidur. Bagaimanapun nasib baiklah tren dari stesen Arau ke stesen Butterworth bergerak setiap 2 jam. Jadi kami meneruskan niat tersebut pada jam 10.00 pagi.




Harga tiket penumpang dari Arau ke Butterworth adalah RM9.50. Manakala kadar tambang basikal yang dibawa di dalam tren berjumlah RM10/unit mengikut km ditetapkan seperti berikut:

150km pertama = RM10
150km kedua = RM10
150km ketiga = RM10 dan seterusnya

Kami rasa pelik apabila basikal kami tidak dikenakan tambang. Jadi kami hanya perlu bayar RM19.00 untuk dua orang. Setelah ditanya semula, rupanya kakitangan KTM menutup mata, (kira ehsan lah) kerana program Ride & Ride akan dimansuhkan pada Mei 2017. Ia suatu yang menyedihkan buat peminat kembara berbasikal. Mujur kami sempat merasa pengalaman ini walaupun sekali. Rugilah pada mereka yang tidak sempat mengembara mengunakan perkhidmatan ini.










KTM member penjelasan “penguatkuasaan itu bertujuan menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang berikutan peningkatan jumlah penumpang, yang kini mencecah 11,000 orang sehari bagi laluan berkenaan. Kata mereka lagi, pada awal perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di laluan itu, hanya 500 orang penumpang dicatatkan sehari. KTMB membenarkan penumpang membawa basikal dalam tren komuter melalui program Ride & Ride yang dilancarkan pada 1 Jun 2016. Sejak program itu diperkenalkan, jumlah penumpang membawa basikal dengan KTM Komuter di sector utara meningkat, yang mana 10,173 orang dicatatkan bagi tempoh Jun 2016 hingga Mac 2017”.

Jadi ceritanya disini, laris pun salah. Tak dapat sambutan pun salah! Inilah Malaysia ku!

No comments:

Post a Comment