Saturday, July 1, 2017

FLAGITIOUS IDIOSYNCRASY IN THE DILAPIDATION



Flagitious Idiosyncrasy in the Dilapidation (atau turut digelar F.I.D.) adalah sebuah kumpulan grindcore esotik dari Jepun yang dianggotai 4 orang awek. Flagitious Idiosyncrasy in the Dilapidation ditubuhkan di bandaraya Tokyo pada tahun 2001 dan aktif sehingga kini. 

Mereka sempat merakamkan 3 buah demo dari tahun 2003 hingga 2006 dan telah menarik minat Six Weeks Records dari USA untuk menerbitkan split CD mereka bersama kumpulan powerviolence tersohor, INSECT WARFARE pada tahun 2008. Gitaris mereka, Kyoko mengundur diri sebaik keluarnya CD itu dan tempatnya diganti oleh Ben, kemudian Noriko. Ia membawa kepada rakaman album sulung dengan tajuk “Flagitious Idiosyncrasy in the Dilapidation” oleh label Bizzare Leprous dari Republik Czech 

Seterusnya mereka menerbitkan sebuah EP berjudul “Kakusei” secara berdikari pada tahun 2011 dan sebuah single “The Comic” pada tahun 2015. Flagitious Idiosyncrasy in the Dilapidation telah pun mempunyai album kedua berjudul “Wallow”(2013) yang diterbitkan oleh Six Weeks Records pada tahun lalu dalam format LP. Mereka telah diundang untuk mengiringi banyak kumpulan-kumpulan grindcore ternama termasuk pernah bermain di Obscene Extreme Asia 2014.



Flagitious Idiosyncrasy in the Dilapidation adalah:
Makiko - Vocals
Kanako - Bass
Tomoko - Drums
Noriko - Guitar

No comments:

Post a Comment