Sunday, December 31, 2017

JENIS-JENIS MTB (BASIKAL GUNUNG)

Umumnya MTB atau basikal gunung dibahagi kepada 5 jenis, dan setiap jenis itu mempunyai reka bentuk yang tersendiri selain ciri-ciri khas mengikut pengunaannya. Setiap jenis MTB ada kekurangan dan kelebihan diantara satu dengan yang lain. Mari kita lihat secara ringkas:


1. CROSS COUNTRY (XC)
Basikal gunung (MTB) jenis ini dipecahkan kepada 3 lagi kategori berdasarkan ampaiannya (suspension), dengan rata-rata berat 9 s/d 14 kg. Tiga kategori Cross Country tersebut adalah:


1. Fully Rigid
Tanpa ampaian sama sekali


2. Hardtail
Hanya menggunakan travel fork atau semanggang depan dengan panjang 65 s/d 110 mm.


3. Full Suspension
Mengunakan ampaian depan dan belakang. Panjang travel fork berukuran 65 s/d 110 mm.

Basikal gunung jenis Cross Country (XC) direka untuk pengunaan optimum dalam aktiviti pendakian. Ia tidak begitu kental untuk keadaan yang terlalu lasak, namun usah bimbang, kerana basikal ini memang dibuat untuk menguji daya ketahanannya.


2. ALL MOUNTAIN (AM)
Basikal gunung jenis ini bisa digunakan pada jalur XC dan Down Hill ringan (light DH). Dicipta untuk naik dan menuruni bukit, cerun termasuk meredah hutan serata medan berbatu.

Reka bentuk basikal gunung ini mirip kepada jenis XC, kerana menitik beratkan kepada kekuatan basikal itu sendiri namun tetap memberi keselesaan pada tunggangan.


Dengan 2 semanggang depan (fork) dan belakang (rear suspension) (Double Suspension). Panjang ampaian belakang sekitar 6 inchi dan panjang semanggang depan mulai dari 140 s/d 160mm, berat kebanyakkan basikal gunung ini sekitar 14 s/d 16 kg, yang selesa dipakai mendaki dan menuruni bukit bahkan di kawasan berbatu sekalipun.


3. FREE RIDE (FR)
Basikal gunung jenis Free Ride (FR) ini sering menjadi pilihan kerana mampu bertahan melakukan lompatan tinggi (drop off) dan kental menyerap suasana ekstrim. Rangkanya kuat namun tidak sepantas dan selincah basikal gunung dikategori All Mountain. Ia juga dapat dipakai pada jalur DH ringan (light DH).



Dengan 2 suspensi (Double Suspension), depan (Fork) dan belakang (rear suspension). panjang suspensi depan mulai dari 160 mm s/d 200 mm, berat rata-rata basikal gunung ini 16 s/d 23 kg, maka dengan sebab itu ia kurang sesuai digunakan untuk perjalanan jarak jauh dan untuk pecutan. Hampir mirip dengan jenis DH namun tetap ada perbezaan diantaranya.

4. DOWNHILL (DH)
Basikal gunung jenis ini direka untuk medan yang sangat lasak dan mencabar khususnya untuk menuruni cerun bukit. Basikal gunung jenis ini tidak mengutamakan keselesaan dalam mengayuh, Dicipta dengan rangka yang berat yang mana bahan basikal gunung ini mengutamakan kekuatan agar tahan asakan namun tetap lancar menuruni bukit dengan panjang travel fork 160 s/d 200 mm dan rangka 18 s/d 23 kg. Reka bentuk dua ampaian agar dapat meredam lenturan yang kerap terjadi pada saat menuruni lereng bukit, parit, gaung dan lain-lain.


Biasanya para down hiller tidak mengayuh basikal gunung mereka untuk sampai di titik mula menuruni bukit sebaliknya akan membawa basikal mereka menggunakan jeep, lori, motorsikal bahkan lift. Dan pada saat menuruni bukit pun hanya sesekali mereka mengayuh basikal jenis ini untuk mengekalkan kelajuan yang diinginkan. Sukan basikal gunung jenis downhill sangat memerlukan kemahiran kawalan dan keseimbangan basikal.

5. DIRT JUMP (DJ)
Nama lain basikal gunung jenis ini adalah trial atau urban MTB. Basikal gunung jenis ini asalnya direka untuk pengunaan remaja di bandar, selain sesuai untuk aktiviti lasak  dan stunt seperti melakukan lompatan-lompatan tinggi, menaiki atau turun pembahagi jalan, menaiki anak tangga dan halangan-halangan lain. Berat rata-rata basikal gunung ini 13 s/d 18 kg.


Sangat mirip kepada BMX, namun basikal gunung dirt jump lebih besar dan menggunakan fork sebagai peredamnya untuk menyerap hentakan saat mendarat ketika melakukan aksi-aksi lompatan.

Laporan oleh:

No comments:

Post a Comment