Sunday, February 21, 2021

PELANCARAN MUSAFIR LARA CAMPSITE

Lokasi asal Musafir Lara namun terlalu mainstream sini




Rajin isteri saya mendirikan papan tanda!

Apabila sempadan antara negeri ditutup semula kerana kadar jangkitan virus Covid-19 meningkat semula di Semenanjung Malaysia dan saya makin banyak masa terluang di rumah, terdetik pula alangkah seronoknya jika Rakap Besi mempunyai tapak berkhemah sendiri. Kebetulan permandangan di kawasan rumah saya memang menakjubkan, saya dan isteri sering bersarapan pagi di kawasan bukit bukau sepanjang terusan Projek Tebatan Banjir di Kampung Wai. Maka saya pun membuat keputusan untuk memilih satu kawasan untuk dijadikan 'campsite' rasmi kami. Bukanlah bermaksud kami mahu tibai kawasan itu sebagaimana Rohingya membuat penempatan haram di Kuala Perlis, kami hanya mahu jadikan ia 'sungai angkat' Rakap Besi. Kami akan cuba buat pemuliharaan agar ia bersih dan nyaman untuk aktiviti rekreasi. Semua orang boleh datang ke situ asalnya tahu menjaga kebersihan.

Bagi yang belum tahu, Perlis pada ketika ini (Disember hingga Mac) berada dalam musim angin timur atau "winter wind" suatu musim yang hanya berlaku di Perlis. ‘Winter Wind’ berlaku hanya sekali dalam satu tahun iaitu ketika hemisfera selatan bumi paling condong ke arah matahari. Sepanjang musim ini, suhu menjadi amat rendah pada waktu malam dan awal pagi (antara 20 – 22 darjah Celcius) tetapi bacaan suhu akan menjadi begitu tinggi pada sebelah siang (melebihi 32 darjah Celcius). Kedatangan ‘Winter Wind’ ini membuatkan Perlis mengalami tiga musim berbeza dalam setahun iaitu musim panas, musim sejuk dan musim luruh! Pada kemuncak winter wind sungai akan kering-kontang, rumput-rumput akan mati manakala pokok-pokok yang selama ini menghijau akan kelihatan kering tanpa daun, dan diikuti dengan kemarau yang panjang. Dan cuaca ekstrem inilah yang diperlukan oleh pohon mangga Harumanis untuk menghasilkan buah-buah yang berkualiti.

Bagi yang mahu datang ke sini dengan kereta, ambil makluman jalan ke sini tidak berturap dan satu hala. Ia juga laluan gembala lembu. Jadi pastikan anda memberi laluan apabila memarkir kenderaan. Tiada masalah jika datang dengan basikal atau motorsikal.

Ikuti sedikit sebanyak penerangan tentang tapak ini:


Boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut:
rakapbesi@gmail.com
+60192281979

No comments:

Post a Comment