Monday, June 27, 2022

DETBE - PEMBUMIHANGUSAN BYZANTIUM (DEMO 2022)


Bagi yang belum tahu.... Barbarossa mempunyai sebuah band grindcore tradisional bernama DEFENESTRATE THE BELLWETHER yang bertema jenaka sosio-politik masa kini. Band projek sarkastik ini menghimpunkan beberapa orang rakan lama dari kumpulan KHEROW dan DRAWN IN BLOOD untuk rakaman demo 2020 yang lepas. Manakala DETBE pula adalah sisi lain Defenestrate the Bellwether, dengan kombinasi pemuzik undangan yang lain untuk membawa konsep death metal yang bertemakan politik dan sirah Islam. Ia lebih serius dan teknikal. 

Kenapa Barbarossa buat begitu? Kenapa tak tubuh band lain aja?
Sememangnya lagu-lagu untuk demo "Pembumihangusan Byzantium" ini ditulis untuk menghidupkan semula band lama beliau, THE RAVENS dengan mengunakan nama baharu. Namun perancangan itu tidak berjaya. Setelah memikirkan masak-masak, dia teruskan sahaja dengan idea ini iaitu, satu band - dua haluan. Split personaliti! Barbarossa rasa tidak akan timbul sebarang masalah kerana dia mengawal sepenuhnya pergerakan band ini. 

Sebagai maklumat tambahan, lagu "Pembumihangusan Byzantium" turut dimuatkan dalam kompilasi CD berjudul Northern Eruption terbitan Metalzone (Kedah) pada Jun 2022.

Semua lagu dikompos oleh Rammy @ Barbarossa.
Lirik ditulis oleh Rammy.
Dirakamkan di Faithcraft Studio dan Dream Dimension Studio pada 2021-2022
kecuali "Kult of Khawarij" di Faithcraft Studio pada 2014.
Diadun dan disepuh di Faithcraft Studio oleh Rammy.
Lukisan kulit hadapan oleh Constant Benjamin Jean Joseph, 1876.
Tarikh dikeluarkan: 6 Jun 2022
DETBE adalah:
BARBAROSSA - vokal, pemain gitar dan bass
AMARIN JOE - pemain dram undangan.

No comments:

Post a Comment