Mereka-mereka ini sebelum ini mengaku sebagai Champions of Liberty, hero kemanusian, anti-peperangan anti-penindasan, anti-pembunuhan beramai-ramai, anti-perkauman, anti-kapitalis. Cukup hebat mereka punya perjuangan dan falsafah.
Tetapi kita lihat sendiri sekarang ini apabila yang ditindas, diusir dan dibunuh itu rakyat Palestine dan yang menindas, mengusir dan membunuh itu Zionist. Mereka diam membisu. Yang lebih pelik, artist arus perdana pula berani bangkit biarpun risiko yang mereka akan hadapi jauh lebih besar. Poket mereka bakal bocor, media akan membuat provokasi dan memboikot, dipulaukan serta digam dari industri. Tapi mereka tetap bangkit menyuarakan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku di Gaza.
METAL GHOST is Malaysia’s first proto-doom black metal band, founded in 1982. Driven by an ambition to become the most sinister and mystical act of that era, they began composing their own original works. As once declared by the late guitarist and vocalist Azmi Bahari, their music eventually “became a force and a prize to be fought over.” Metal Ghost was later reformed by original drummer Hadi after he was kicked out of Black Fire due to creative differences. The current lineup of Metal Ghost is: Hadi on drums, Core on guitar, and Witch Hunter on bass.
Yesterday, Hashim and I met with Metal Ghost, and it ended with a ritual session at Salvo Cafe. It’s been so long since I jammed with Hadi—far too long. In fact, the last time I played Black Fire songs was probably back in 2010 at One Cafe. My time with that band is a closed chapter. I barely touch music instruments these days. Music no longer holds any serious meaning for me. But if I were to play again, it would have to be filthy, rotten, noir, and dark. What I have left now are DEtBE and Wreckär, tucked away like skeletons in the closet.
Metal Ghost is currently reworking several old tracks to be recorded for the faithful who uphold the legacy of northern-styled old school metal. Hopefully, this news brings joy to you all.
I was lucky enough to saw him and Nick Backer performed with
LOCK UP in 2013 at Hammersonic.
The legendary Tomas Lindberg on stage with AT THE GATES from back in the early 90's! The vocalist of At The Gates, Lock Up, The Crown, Disfear, Skitsystem has passed away at 52 years old. He was battling adenoid cystic carcinoma, a form on cancer in the mouth and pallet.
Ketika aku menetap di Wangsa Maju dulu, aku ada jugalah pergi lepak di Bau Bau Cafe di Annexe, Central Market (orang kata tu restoran Hishamuddin Rais? Ntahlah), ia bersebelahan Ricecooker Shop. Aku teringat lagi Shammir, Basement Records tanya aku, "Kau keja mana?". Aku jawab "Aku kerja kat Jabatan XXX".
"Ha! Metal punk kerja government ke?! Ha! Ha! Ha!" Shammir tibai gelakkan aku.
Tapi itu dulu, sekarang dunia sudah berbeza. Dunia materi.
Seingat saya, kali pertama nama THERION aku tahu bila membaca Kerrang, yang mana Norway punya inner circle cukup tak suka depa, malah Varg Vikerness pernah hantar awek dia untuk bakar rumah Christopher Johansson waktu itu. Bagi mereka Therion ini band poser! Bagaimanapun aku tidak pernah mendengar lagu-lagu mereka sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke ITM Merbok pada tahun 1997, seorang rakan aku, Along dia pasang kaset "Vovin" (bermaksud Naga) ini tiap hari, aku yang kali pertama dengar cukup takjub, aku tak pernah dengan muzik sebegini bagus sehinggalah Along hadiahkan kat aku kaset itu. Ia ada dalam simpanan aku hingga ke hari ini. Kalau dahulu aku ada kaset player dalam Volvo 740 aku, memang kaset ini sentiasa dimainkan sebagai runut bunyi perjalanan jauh.
Aku ingin kongsikan cerita mengenai album ini dari lidah Christopher Johansson sendiri (dimuatkan pada laman Facebook beliau pada 5 Mei 2022) yang bagi aku wajar diarkibkan;
"Hari ini Vovin genap 24 tahun! Vovin bukan sahaja album paling berjaya oleh Therion (dari segi jualan fizikal suatu ketika dahulu dan juga dari segi jualan penstriman pada masa kini), tetapi juga berbeza kerana secara teknikal, ia sebenarnya merupakan album solo saya. Selepas Theli, akhirnya saya mencapai kejayaan bersama band selepas mengeluarkan 5 album dan 9 tahun kerja keras. Bagaimanapun atas pelbagai sebab, band tersebut sudah tidak wujud. Jadi saya berada dalam situasi di mana saya sudah ada kejayaan, kontrak rakaman… namun tiada band.
Ketika itu internet masih muda dan kebanyakannya digunakan untuk emel, chatting dan melayari laman web buatan sendiri yang buruk. Malah pihak berkuasa rasmi pun tak semua yang ada laman web ketika itu. Tiada media sosial seperti yang kita kenali dalam 15–20 tahun terakhir ini. Jadi bila hendak tubuhkan band, kita perlu cari orang melalui kenalan. Cara lama seperti menempel kertas iklan "mencari pemain gitar dan bass" di kedai muzik tidak berkesan bila kita berada dalam band besar. Terlalu leceh dan mengambil masa. Memandangkan saya sudah sedia dengan semua lagu dan syarikat rakaman mahukan album seterusnya secepat mungkin, saya putuskan untuk rakam segala-galanya sendiri.
Pengurus kami, Carsten Otterbach (semoga bersemadi dengan aman), menyarankan saya merakam di Woodhouse Studios di Jerman bersama penerbit Siggi Bemm. Siggi pula mencadangkan pemain dram sesi Wolf Simon dan legenda pemain bass jazz domestik Jan Kazda (yang turut membawa Orkestra Indigo, sekumpulan kecil alat gesek yang sudah biasa dengan aliran muzik alternatif).
Jadi saya masuk studio dengan lagu-lagu saya dan gitar saya. Hari pertama, Wolf muncul. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini, dia tidak pernah dengar tentang Therion dan langsung tidak tahu bagaimana lagu-lagu saya berbunyi. Dia ambil pen dan kertas, saya pegang gitar dan tunjukkan lagu padanya sementara dia catat nota. Kemudian dia masuk bilik rakaman dan rakam dram sementara saya duduk di bilik kawalan dan main bersama sebagai rujukan (dipanggil sebagai “gitar pilot”). Kemudian dia keluar, kami dengar semula dan dia tanya jika ada apa-apa mahu diubah. Semuanya tepat dan sempurna. Lagu seterusnya. Semua lagu rakaman sekali jalan kecuali “Wine of Aluqah” yang perlukan cubaan kedua, dan “Wild Hunt” kerana dia bukan pemain dram metal dan tak biasa dengan tempo tinggi dan dram bass berganda yang laju.
Wolf biasanya (secara rahsia) dipanggil untuk merakam dram apabila pemain dram sebenar band terlalu teruk, selalunya disimpan kerana mereka kawan baik atau nampak hebat atas pentas. Jadi untuk kebanyakan tugasnya, Wolf tidak diberi kredit dalam album. Dia gembira apabila saya kata dia akan diberi kredit dalam Therion.
Kemudian Jan datang. Kami bersembang sedikit tentang rakaman orkestra dan koir yang akan dikendalikannya, dan saya berikan beberapa skor. Sama seperti sebelumnya, saya tunjukkan lagu dan dia catat nota sebelum merakam bass.
Kawan saya Tommie turut serta di studio untuk menemani dan bantu merakam beberapa bahagian gitar. Dia main beberapa bahagian utama dan gitar ritma untuk lagu saduran Loudness “Crazy Nights” yang dirakam dalam sesi ini. Dia sepatutnya main lagu saduran Accept “Seawinds”, tapi dia tidak berlatih, jadi agak memalukan apabila dia tak tahu cara nak main. Masa adalah wang di studio dahulu (sekitar 1,000 Euro sehari ketika itu). Jadi daripada buang masa atau balik dan berlatih, atas cadangan Siggi, kami panggil Waldemar Sorychta yang hanya perlu dengar lagu sekali dan terus boleh main dengan sempurna. Namun akhirnya kami habiskan masa yang sama juga seperti kalau Tommie atau saya sendiri kerana cubaan rakaman berkali-kali.
Kemudian Jan kembali bersama orkestra — satu pengalaman luar biasa. Skor saya ada kesalahan, jadi Jan bantu betulkan. Satu pengajaran yang amat berguna.
Rakaman koir lebih mudah. Koir kali ini lebih fleksibel berbanding yang kami gunakan untuk Theli, dan saya sekurang-kurangnya dapat skor yang betul kali ini.
Kami juga buat rakaman organ Hammond bersama Lorentz Aspen dari Theater of Tragedy, dan Ralf Scheepers dari Primal Fear datang menyumbang vokal heavy metal yang mantap untuk “Wild Hunt”.
Akhirnya tiba masa untuk rakaman vokal utama. Kami pernah jelajah bersama Sarah Jezebel Deva, tetapi ini rakaman kali pertama dengannya. Ia lebih mudah daripada koir dalam satu aspek kerana dia seorang peminat metal, jadi saya boleh saja beri arahan “macam ni atau macam tu”. Tapi saya juga mula nampak kebaikan bekerja dengan skor untuk penyanyi, dan Sarah tidak tahu baca skor. Martina Hornbacher (kini Astner) tahu baca skor, jadi bila mereka rakam bersama, dia bantu jelaskan.
Saya hanya pernah bertemu Martina sekali, atas cadangan pengurus kami, Carsten. Dia baru saja dipecat dari band lamanya Dreams of Sanity, dan cadangan awal adalah dia akan rakam beberapa bahagian untuk album dan sertai jelajah selepas itu. Dia agak sukar dengan nota tinggi dalam studio, dan saya ingat Siggi kurang puas hati, katanya kami boleh cari orang lebih sesuai untuk studio dan simpan dia untuk persembahan langsung. Tapi hasil akhir tetap baik, kecuali satu lagu — “Mark of Cain”. Lagu ini sepatutnya masuk dalam album, tetapi saya tarik balik pada saat akhir. Vokal merosakkan lagu dan saya tak mahu ia jadi cela dalam album itu. Kami juga rakam lagu-lagu saduran dan satu lagu “From the Dionysian Days” dalam sesi ini, tapi tiada yang sesuai untuk ganti “Cain”. Jadi saya putuskan untuk pendekkan durasi album — masih cukup panjang, 55 minit. Tapi saya tetap pecahkan “Draconian Trilogy” kepada 3 trek berasingan di CD.
Tahun lepas saya digitalkan pita master analog lama, dan hujung tahun ini kami akan cuba remix satu lagu dalam format audio baharu. Akan ada juga edisi semula dalam bentuk CD dan vinyl tahun ini (semua album Therion dari 1992–2005 akan diterbitkan semula)".
Terbit secara rasmi pada 28 Disember 2024. Memuatkan laporan penuh Ride in Langkawi 4.0, ulasan muzik Abyssal Ocean, Medieval , berita dan artikel berkaitan pergerakan ug scene dan sajak.