Monday, April 12, 2010

BARBALANS “ Culto Umpiria Lexx Terror” (demo) – MALAYSIA



Apabila bercakap tentang band ektrim dari Sabah, agak pelik jika ada band yang bermain selain dari Black Metal disana. Tiada muzik yang lebih sinonim dengan scene metal di Sabah melainkan Black Metal. Barbalan dari apa yang aku ketahui adalah spesis hantu yang menaungi belantara di Sabah dan BARBALANS pula telah menghantui scene metal sejak bertahun yang lalu di mana setakat ini sejak 1996 melahirkan demo ‘ Cindaku’ sehinggalah ke ‘C.U.L.T’ ini mereka masih mengekalkan identiti dan konsep muzik mereka. Cd ini dikeluarkan sebagai mempromosi MCD mereka “Borneo Hell Master” yang bakal dikeluarkan oleh RDL Distro pada tahun ini.

Hanya mengandungi 2 lagu iaitu “Destroyer Of Jews” dan “Apokalyptikk Revelation”, cd ini pastinya membuatkan ramai yang tertunggu tunggu terbitnya mini album mereka nanti. Secara keseluruhan Barbalans adalah Black Metal yang mengagumkan dan mampu menghasilkan riff-riff yang menarik serta aggresrif setanding dengan kumpulan-kumpulan seangkatan dari Eropah jika bukan kerana kualiti bunyi yang agak amatur. Walaubagaimanapun, ia wajar dipuji kerana kualiti mentah-nya yang membuatkan lagu-lagu Barbalans kedengaran lebih jahat dan sadis. Lagu “Destroyer Of Jews” digarap dengan baik sekali dan susunan muziknya agak teknikal. Terdapat juga unsur Death Metal di dalam solo guitar seperti kebanyakan Black Metal ketengahkan masa kini. Manakala “Apokalyptikk..” terdapat beberapa ketidaktepatan yang boleh di kesan di penghujung lagu. Mungkin boleh diperbaiki untuk MCD nanti.

Cuba bayangkan keganasan dan kekecohan yang dikerahkan oleh ENTHRONED, MARDUK lama, IMPIETY lama, JUDAS ISCARIOT, GRAVELAND dan selarian dengannya. Maka itulah Barbalans jika mereka mendapat produksi bunyi yang lebih baik. Sila dapatkan cd ini dan hantuk kepala anda ke dinding.

Email: thealmightybarbalans666@yahoo.com

No comments:

Post a Comment