Showing posts with label Rencana. Show all posts
Showing posts with label Rencana. Show all posts

Monday, January 5, 2026

ALBUM KOMPILASI TERKUTUK UTARA (2025)


TRIVIA

Foto kulit hadapan booklet kompilasi ini merupakan lokasi PoI (Point of Interest) di Perlis.

Terkutuk Utara boleh dikatakan sebagai album kompilasi digital pertama di Malaysia bagi muzik UG yang menggunakan kod QR secara meluas untuk akses ke platform lagu-lagu. Manakala album kompilasi lagu pertama di Malaysia yang menggunakan kod QR ialah album "Era Muzik Hits Terkini" oleh Astro Entertainment / Warner Music, dilancarkan pada tahun 2009 yang membuka era baharu integrasi fizikal-digital dalam industri muzik tempatan. 

Menampilkan 21 bands UG berasal dari Perlis dengan pelbagai subgenre seperti brutal death metal, technical death metal, melodic death metal, doom metal, black metal, stoner, noisecore, grunge, experimental, tribal metal, thrash metal, heavy metal, dan punk. 

Kompilasi ini disertai oleh kumpulan yang baru bertapak, yang masih aktif, yang telah pupus, dan yang baru dihidupkan semula. 

Buat kali pertamanya sebuah album kompilasi UG dilancarkan dan dikumpulkan kumpulan yang terlibat dalam satu majlis ”Meet & Greet”.

Pada 4hb Januari 2026, kumpulan lagenda Metal Ghost mengumumkan untuk menarik diri dari album Terkutuk Utara dan meminta lagu mereka dikeluarkan dari platform perkongsian fail.

Tuesday, December 16, 2025

KENAPA MITCH HARIS, GITARIS NAPALM DEATH MENYEPI SEJAK 2014

Napalm Death merupakan band ekstrim internasional kedua masuk Malaysia setelah SIGH 

Kenyataan Mitch Harris;

"Sebaik sahaja saya menyiapkan rakaman "Apex Predator", ayah saya sakit di Las Vegas. Saya tinggal di England selama 26 tahun. Masa berlalu dengan sangat cepat sedangkan ibu bapa semakin tua. Jadi saya pulang untuk melihat keadaan ayah saya. Dia perlukan pembedahan pada kedua-dua lutut. Tetapi selepas banyak ujian, doktor berkata, 'Oh, anda ada kanser.' Jadi saya pulang, saya kumpulkan keluarga saya dan saya kembali. Dan saya berkata, saya akan habiskan semua baki siri persembahan "Utilitarian". Mereka buat 200 persembahan setahun, dan saya menjadi penjaga sepenuh masa untuk ayah saya, dan juga ibu saya yang tinggal bersamanya, dan keadaan ibu juga tidak banyak membantu.

"Apabila saya berpindah kembali ke Las Vegas, dia meninggal pada hari saya tiba, sebenarnya, pada hari saya pulang," katanya. "Dia sudah jalani pembedahan. Dan ia sangat mengejutkan. Kemudian ibu saya tinggal seorang diri, dan kami tidak dapat meninggalkannya. Kami gembira. Kami menetap di sini. Ia adalah kejutan budaya yang dahsyat untuk keluarga dan anak-anak saya. Ya, ia sangat mengejutkan. Tetapi saya sangat gembira dapat pulang. Kemudian, tiga tahun kemudian, ibu saya pula meninggal. Sekali lagi, dia sakit untuk beberapa lama.

Ayah saya menjalani pembedahan, tetapi akhirnya meninggal dunia; ia benar-benar mengejutkan. Kemudian ibu saya tinggal seorang diri. Kami pun menetap di sini, dan ia adalah kejutan budaya yang besar untuk keluarga, terutamanya anak-anak saya, ya, tetapi saya sangat gembira dapat pulang ke tanah air.

Tiga tahun kemudian, ibu saya pula meninggal dunia; beliau telah lama sakit.

Selepas itu, saya memutuskan untuk tidak lagi menghabiskan masa yang lama jauh dari keluarga.

Saya tak boleh dan tak mahu mengembara lagi. Saya tak rasa bermain dalam band itu lagi penting — "Oh, saya perlu bersama peminat. Saya perlu bersama band, terbang ke sana ke mari setiap hari, sedangkan keluarga saya perlukan saya. Sesetengah orang memilih karier atau gaya hidup mereka berbanding keluarga."

Kadang-kadang akan tiba satu titik dalam hidup di mana anda perlu buat keputusan yang betul, dan saya takkan pernah tenang jika saya tiada ketika mereka perlukan saya.

Saya minta maaf kepada sesiapa yang rindukan saya, mungkinlah, tapi kalau anda betul-betul rindukan saya, dengarkan album (keluaran Napalm Record) yang saya mainkan, ia sangat gila — BRAVE THE COLD. Sokonglah dan  berilah peluang kerana ia merupakan sebahagian masa depan saya.

Terjemahan temubual dari Heavy Culture.

Monday, October 6, 2025

HERO KEMANUSIAAN KONON!

Mereka-mereka ini sebelum ini mengaku sebagai Champions of Liberty, hero kemanusian, anti-peperangan anti-penindasan, anti-pembunuhan beramai-ramai, anti-perkauman, anti-kapitalis. Cukup hebat mereka punya perjuangan dan falsafah.

Tetapi kita lihat sendiri sekarang ini apabila yang ditindas, diusir dan dibunuh itu rakyat Palestine dan yang menindas, mengusir dan membunuh itu Zionist. Mereka diam membisu. Yang lebih pelik, artist arus perdana pula berani bangkit biarpun risiko yang mereka akan hadapi jauh lebih besar. Poket mereka bakal bocor, media akan membuat provokasi dan memboikot, dipulaukan serta digam dari industri. Tapi mereka tetap bangkit menyuarakan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku di Gaza. 

Barua punya punk!


Tuesday, September 16, 2025

THE RETURN OF METAL GHOST - MALAYSIA'S BLACK DOOM METAL


METAL GHOST is Malaysia’s first proto-doom black metal band, founded in 1982. Driven by an ambition to become the most sinister and mystical act of that era, they began composing their own original works. As once declared by the late guitarist and vocalist Azmi Bahari, their music eventually “became a force and a prize to be fought over.” Metal Ghost was later reformed by original drummer Hadi after he was kicked out of Black Fire due to creative differences. The current lineup of Metal Ghost is: Hadi on drums, Core on guitar, and Witch Hunter on bass. 

Yesterday, Hashim and I met with Metal Ghost, and it ended with a ritual session at Salvo Cafe. It’s been so long since I jammed with Hadi—far too long. In fact, the last time I played Black Fire songs was probably back in 2010 at One Cafe. My time with that band is a closed chapter. I barely touch music instruments these days. Music no longer holds any serious meaning for me. But if I were to play again, it would have to be filthy, rotten, noir, and dark. What I have left now are DEtBE and Wreckär, tucked away like skeletons in the closet. 

Metal Ghost is currently reworking several old tracks to be recorded for the faithful who uphold the legacy of northern-styled old school metal. Hopefully, this news brings joy to you all.

-Barbarossa, 16/9/2025

TOMPA, THE VOCALIST OF AT THE GATES PASSED AWAY

I was lucky enough to saw him and Nick Backer performed with 
LOCK UP in 2013 at Hammersonic.


The legendary Tomas Lindberg on stage with AT THE GATES from back in the early 90's! The vocalist of At The Gates, Lock Up, The Crown, Disfear, Skitsystem has passed away at 52 years old. He was battling adenoid cystic carcinoma, a form on cancer in the mouth and pallet.

Rest in Power Tompa!

Wednesday, April 10, 2024

TOKO MUZIK PALING JAHAT DI DUNIA TERBAKAR

 


Media Norway hari ini melaporkan toko muzik Neseblod Records telah musnah dalam kebakaran. Toko yang merupakan tapak sejarah bagi arus ke-2 pergerakan black metal dunia dan yang pertama di Norway ranap sama sekali, menyebabkan seluruh peminat & pemuzik black metal dunia turut merasa dukacita.


Bagi yang tidak tahu kenapa Neseblod Records ini begitu istimewa? Neseblod Records merupakan kedai muzik yang didirikan atas HELVETE (bermaksud “Neraka”) yang dimiliki oleh mendiang by Øystein Aarseth atau lebih dikenali sebagai Euronymous bersama dua orang lagi rakan kongsi Occultus dan Thrasher. Helvete mula beroperasi pada tahun 1991. Kedai ini merupakan kubu inner circle yang kononnya merupakan mafia black metal di Oslo, mereka tidak hanya membawa mesej jahat dalam muzik keras namun merancang keganasan ke atas agama Kristian dan musuh-musuh muzik metal yang menyelisih ideologi mereka.


Euronymous turut menulis zine dan menjalankan operasi rumah produksinya, Deathlike Silence Productions (sebelum itu dikenali sebagai Posercorpse Music sejak tahun 1987) di Helvete dengan menerbitkan beberapa album yang kini sudah berstatus ‘kult’ seperti MERCILESS “The Awakening”, BURZUM “Aske”, MAYHEM “ De Mysteriis Dom Sathanas”, mungkin kamu tidak perasan, DSP telah mempopularkan kumpulan avant garde metal dari Jepun, SIGH melalui album “Scorn Defeat”. Ketika itu SIGH masih memainkan irama black metal tulen, album itu juga diterbitkan semula di Malaysia oleh Psyhic Scream Ent dan turut dibawa ke Malaysia satu siri gig bersama IMPIETY! Saya antara yang hadir menyaksikan gig bersejarah itu!

Apabila kegiatan jenayah inner circle (bakar gereja, Varg ditangkap, Samoth bunuh pondan, Dead bunuh diri) mula tersebar seluruh Eropah dan menjadi kontroversi, Helvelet mula menjadi tumpuan polis menyebabkan ibu bapa Euronymous tidak senang duduk dan mengarahkan penutupan kedai itu pada tahun 1993. Aktiviti DSP juga tertangguh, banyak rancangan untuk menerbitkan album bagi IMPERATOR, DARKTHRONE, MYSTICUM, ROTTING CHRIST, HADEZ terpaksa dibatalkan sehinggalah Euronymous dibunuh oleh Varg, teman rapat dan pemain bass kugirannya sendiri pada 10 Ogos 1993.


Helvete kemudiannya bertukar menjadi bakeri, kemudian menjadi café sehinggalah pada Julai 2013, Neseblod Records mengambil alih premis itu dan menjadikannya sebagai toko muzik semula.



Sebelum kebakaran ini, toko ini masih rancak dikunjungi oleh peminat muzik keras seantaro dunia. Tapak Helvete yang masih mengekalkan bilik bawah tanah dengan contengan ‘black metal’ itu terus rancak diserbu para ‘blackpackers’ sebagaimana gereja Holmkollen yang pernah dibakar Varg Vikernes BURZUM. Dua lokasi fotografi yang hukumnya mandatori!

Rasanya kalau metalhead tempatan, Redza HEREAFTER pernah sampai ke situ. Bagi yang ingin membantu Neseblod Records untuk bangun semula bolehlah menyumbang di via GoFundMe, Darren Toms.

Laporan:

Friday, June 23, 2023

DETBE - PEMBUMIHANGUSAN BYZANTIUM




OUT NOW!!!
Goatlordth Records Presents:

GOAT-71: DETBE - Pembumihangusan Byzantium in Cd & Cassettes.

New artwork cover album. An intense death metal assault from Perlis, formed by Barbarossa, the founder of Rakap Besi!

Streaming: https://goatlordthrecords.bandcamp.com/album/goat-71-detbe-pembumihangusan-byzantium

Price:
PRO CD RM 35 
CASSETTES RM 20
CD + Cassettes RM45

(Price exclude postage)

Order: wasap.my/60129345657 

Tuesday, January 31, 2023

MORIBUND - DEMON INTERVENTION

MORIBUND ialah sebuah kumpulan berpaksikan death metal yang ditubuhkan di Arau, Perlis pada tahun 2019 oleh Witchunter (pengasas kumpulan BLACK PRIEST, STORMING STEELS dan SAVAGE) dan Barbarossa (WRECKAR, ex-BLACKFIRE, RAKAP BESI) sebagai satu project muzik old school yang mereka gemar. Mereka berdua telah lama bersahabat dan berkongsi kegilaan yang sama terhadap muzik Celtic Frost, Possessed, Entombed, Pestilence dan sebagainya. Mereka berdua akhirnya mendapat bantuan Serpent, yang juga adik kepada Witchunter untuk berkhidmat sebagai pemain dram.

Demo "Demon Intervention" yang telah lama dirancang, dan dirakamkan namun tertangguh akibat kekangan masa dan kesibukkan kerja harian. Akhirnya pada 1hb Februari 2023 "Demon Intervention" telah berjaya diterbitkan! Ia mengandungi 5 lagu ol' school death metal, dicetak dalam kuantiti terhad sebanyak 50 keping sahaja. Didatangkan dalam kotak DVD 14mm, dalam format pro CDR, dan patches. Manakala ilustrasi muka depan dilukis oleh artis handalan dari kota Bangkok iaitu Somluck Sapeanthong!
Dapatkan dengan harga RM26 (siap kos pos) melalui:

Sunday, January 30, 2022

MORIBUND SEDANG DALAM PROSES RAKAMAN MATERIAL PERTAMA


Ditubuhkan pada tahun 2019 dengan nama UNLIGHTEN oleh Witchunter dan Barbarossa dengan memilih arah tuju old school death metal, projek ini bagaimanapun didiamkan setelah penularan wabak Covid-19 melanda Malaysia hingga Perintah Kawalan Pergerakan 2019 dikuatkuasakan. Witchunter sebelum ini sudah berpengalaman jauh dalam dunia muzik bawah tanah yang mana beliau sebelum ini merupakan gitaris BLACK PRIEST, STORMING STEELS dan SAVAGE, beliau juga pernah tampil sebagai penyanyi untuk persembahan BLACKFIRE di Mamatfest, KL mengantikan Allahyarham Azmi Bahari pada tahun 2018. Manakala Barbarossa sebelum ini telah berpengalaman sebagai pemain dram THE RAVENS, AU REVOIR, WRECKÄR, pemain bass BLACKFIRE dan yang terkini sebagai gitaris DEFENESTRATE THE BELLWETHER.

Biarpun terperangkap di rumah Witchunter bersama adiknya tetap aktif dan berjaya menghasilkan beberapa komposisi yang akhirnya diberikan kepada Barbarossa untuk mainkan bersama. Formasi UNLIGHTEN yang terhasil:

Witchunter - gitaris.
Barbarossa - bass & vokal
Serpent - dram.

Mereka kini sedang giat merakamkan lagu untuk kompilasi daripada Metal Zone Distro berjudul Northern Eruption yang dijangka akan keluar pada Mac 2022 ini. Seterusnya sebuah album atau mini-album juga dalam perancangan ini diterbitkan pada tahun ini.

Pada January 2022, mereka mengambil keputusan untuk menukar nama mereka kepada MORIBUND yang lebih bertepatan dengan genre muzik mereka.

Saturday, November 13, 2021

BERITA TERKINI TENTANG MUSAFIR LARA CAMPSITE



Selesai sudah sesi pertemuan dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis yang diwakili Penolong Pengarah Pn. Nortilawati dengan saya bersama Madam Nanie, Trash Hero Perlis untuk mengemukakan permohonan agar Musafir Lara Campsite agar dimasukkan ke dalam program Denai Sungai Kebangsaan (DSK). Untuk makluman, Musafir Lara telah dijarahkan dalam kerja-kerja penyelenggaraan terusan Tebatan Banjir Kampung Wai. Maka saya dan Madam berusaha untuk mendapatkan hak sebagai komuniti setempat dan NGO untuk menjaga kelestarian alam di tempat tersebut. Perlu diingatkan, kami bukan pengusaha atau peniaga.

Dari pertemuan itu pihak JPS menolak permohonan kami dengan alasan terusan Tebatan Banjir Lencongan Barat tersebut berbahaya dan tidak sesuai untuk aktiviti air. Selain sangat dalam, paras airnya tidak dapat dijangka kerana dibawah kawalan empangan Timah Tasoh. Air akan tiba-tiba menjadi lebih dalam apabila di-flush dari empangan untuk mengawal banjir di Negeri Perlis. Menurut JPS selain apa apa struktur binaan, mereka juga tidak akan meluluskan sebarang penganjuran program berskala besar di situ.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Perlis dan JPS kini sedang membersihkan kawasan berikut untuk:

SITE A - kawasan di muara laut, mengadap Pulau Langkawi dan Pulau Brasmana. Port sightseeing.


SITE B - (area Musafir Lara Campsite), kawasan lapang, riadah. doggol sepenuhnya.



SITE C - Main attraction. (berhampiran titi, kubur) campsite ini mungkin diuruskan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi JPS. Turut dibuat jalan untuk turun dengan kenderaan rapat ke sungai. 


SITE D - Berdekatan terowong air yang menghubungkan Lencongan Barat dari Tebing Tinggi,
kawasan rehat, ada 2 pondok wakaf, campsite.

Semua sites ini akan dibuka secara rasmi pada tahun hadapan dan bakal menjadi satu tarikan baharu bagi Perlis. Nantikan.

Laporan oleh:



Friday, October 29, 2021

MENGAYUH BOT GETAH DI MUSAFIR LARA CAMPSITE

 BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN

Kami meninjau tapak Musafir Lara dengan sayu, kawasan itu dan sekitarnya telah dijarahkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran mungkin untuk penyelenggaraan projek Tebatan Banjir. Entahlah? Saya sendiri menerima pertanyaan dan tempahan bertubi-tubi sejak minggu lalu daripada campers serata pelosok tanahair yang ingin bermalam di sini. Maaflah…

Hari ini kami bergerak ke tapak asal Rakap Besi Campsite untuk bermain bot getah dan meraikan kepulangan rakan-rakan sekampung yang sudah begitu lama tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Maka sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober 2021, berduyun-duyunlah orang pulang ke kampung bagaikan hendak menyambut Hari Raya Puasa lagaknya!







Tengah ralit berbual, manakala Roohi dan Man mengayuh bot jauh ke terowong, kami dikejutkan dengan sapaan seekor ular tedung selar sepanjang 1 meter yang berenang ke arah kami untuk naik ke daratan. Mujur tindakan pantas Pak Long Am membuatkan ular itu berpatah balik balik dan menghilangkan diri. Terima kasih kepada Shahriman, acara ini pasti tak jadi kalau tanpa usaha daripadanya. Malah sarapan pagi pun takdalah kalau dia tak bawa.

Untuk makluman rakan-rakan sekelian, kami dalam proses untuk menjadikan Musafir Lara Campsite sebagai program Denai Sungai Kebangsaan, maka bolehlah kita teruskan aktiviti rekreasi kita sambil berkerjasama dengan pihak kerajaan dalam memastikan kelestarian sungai terus dipelihara.

Laporan oleh:

Tuesday, August 24, 2021

HEREAFTER (MY) FORMATION 2007


This is an ultra rare photo taken from Redza wedding ceremony featuring their 2007 line-up with Sargstone ( from death metal band, Varicose Vein ) as a drummer. With this line-up, Hereafter has released one promo cd entitled "A Date To Remember" and did one gig in Ipoh, Perak to promote it.

Most of you might don't know that Hereafter debut demo cd was mixed at Faithcraft Studio, previously known as 1Step2Misery Studio and Redza has contributed his shredding solo guitar for Au Revoir's "Prophet Of Doom" song in 2007 demo cd. 

Sunday, August 8, 2021

SELAMAT TINGGAL ADIB ZULKIFLEE SICK SOCIETY

 

Penyanyi kugiran death metal SICK SOCIETY telah kembali ke rahmatullah pada 5.23 pagi, 7 Ogos 2021 setelah dijangkiti virus Covid-19. Semoga dosa-dosanya diampuni Allah dan rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. 

Adib antara yang pertama menyokong kami sewaktu menerbitkan edisi pertama Kitab Tumis Metalhead, dia turut menyumbangkan satu resipi buat cetakan pertama tersebut. Itulah satu-satunya kenangan kerjasama kami dengan beliau yang akan terus diingati.

Sick Society ialah sebuah kumpulan brutal death metal yang ditubuhkan pada tahun 1998 berpengkalan di Petaling Jaya. Mereka berjaya merakamkan 2 buah demo dan sebuah album sulung berjudul "Scripture of Defiance" pada tahun 1998 keluaran Grundar Production. 

Thursday, June 10, 2021

YOUTUBE MEMADAMKAN VIDEO DETBE "NOSFERATU WIRATHU"

 


Laman perkongsian video Amerika Syarikat telah memadamkan video rasmi "Nosferatu Wirathu" oleh kumpulan grindcore DEFENESTRATE THE BELLWETHER kerana bercanggah dengan YouTube's Community Guidelines iaitu membangkit isu pembantaian dan penghapusan etnik di Myanmar. Video tersebut dihapuskan terus oleh Youtube tanpa boleh dimuat turun kembali oleh pemiliknya.

"Ini bukanlah kami pertama video band aku dihapuskan oleh YouTube, sebelum ini video instrumental muzik "Hanzar Division" oleh band heavy metal aku, AU REVOIR pun kena padam. Bayangkan takda lirik pun? Melainkan mereka rasa kurang senang apabila banyak komen-komen penonton yang menghentam aku kerana membuat lagu penghormatan kepada SS ke-13 (division tentera Nazi, Bosnia). Aku bukan Nazi pun, tapi ia satu sejarah yang gelap, berdarah dan benda biasa bagi muzik metal". Kata, Barbarossa pemain gitar dan komposer, Defenestrate the Bellwether.

Sambungnya lagi "Youtube tidak menyekat dan tidak menghapuskan video-video ceramah kebencian dan kebiadapan Ashin Wirathu terhadap etnik Rohingya dan komuniti Islam di Myanmar. Dia dan geng 969 dah terang-terang sememangnya pengganas Buddha. Sungguh melucukan apabila video kami dibuang oleh Youtube kerana lagu "Nosferatu Wirathu" itu bukan ada lirik pun. Sumpah! Ha! Ha! Aku mencipta, merakamkan dan mengadukan lagu itu dalam masa 2 jam sahaja demi untuk mencukupkan durasi demo kaset kami sepanjang 20 minit. Aku takda masa nak buat lirik ketika itu, dan kami hanya menyalak dan bertempik aja untuk gambarkan emosi kami berdasarkan tajuk yang dipilih. Manakala sample dalam lagu itu dipetik dari pidato Wirathu dalam arkib Youtube sendiri! Ha! Ha!".

Bagaimanapun video tersebut masing lagi bersiaran di instagram bagi yang belum menontonya.

Saturday, May 22, 2021

SEJARAH SUBGENRE MUZIK POWERVIOLENCE

POWERVIOLENCE [turut ditulis Power Violence atau PV]

Sejarah muzik mencatatkan subgenre power violence muncul merentas California pada lewat tahun 80-an apabila terma itu mula diperkenalkan oleh kumpulan seperti INFEST, DROPDEAD, CROSSED OUT, NO COMMENT dan seangkatan mereka. Sebagaimana Euronymous dalam dunia black metal, Chris Dodge, penyanyi dan pemain bass SPAZZ yang juga pemilik label SPAM-A-HAM Records menjadi individu penting dalam perkembangan haluan power violence. Beliau turut menganjurkan gig PV tahunan yang bernama Fiesta Grande. Ia menjadi pemangkin kepada banyak lagi gig-gig yang mengetengahkan kumpulan dari haluan PV.


Konsep asas penulisan lagu PV adalah kelajuan, timming pelik, teknikal dan lirikal caci hamun. Kebanyakan peminat keliru dan menyamakan PV dan subgenre thrash metal. Ini tidak dpat disangkal kerana kedua subgenre itu muncul pada masa dan tempat yang sama.

Di rantau ini, kumpulan seperti OSSUARY dan DUST COMPONENT boleh dikatakan mempunyai identi-ti PV. Pengaruh Power violence dilihat mula pupus pada pengakhiran 90-an apabila thrashcore, fastcore dan neo thrash semakin popular. Namun kumpulan-kumpulan grindcore abad moden ini masih mengambil inspirasi dari album-album lamar segar dari dunia power violence seperti INSECT WARFARE, MAGRUDERGRIND, PIG DESTROYER, NASUM, DEATH TOLL 80K, MARUTA dan sebagainya.


Rencana dipetik dari RAKAP BESI ZINE, # 5 (Disember 2016).

Tuesday, September 15, 2020

MENJEJAKI PULAU SONGSONG, KEDAH

Kembara adalah satu tindak impromptu. Luar kotak selesa, luar duga. Tetapi pengembara harus bijak merekonstruksi langkahnya; hidup sentiasa muda,  cuma perjalannya harus dewasa.

 1.

 Kalau tidak kerana bintang, perkhemahan ini tidak akan terjadi. Malam-malam di dalam kurungan ( PKP sebelum ini) aku sentiasa membayangkan taburan bintang di langit yang luas dan bersih. Luas dan bersih cuma ada di tempat yang kurang manusia dan tiada pencemaran iaitu  pulau dan hutan.

 Sebelum ini aku dan dua orang rakan sekembara, Mae dan Dina ada merancang untuk berkhemah cuma lokasinya belum ditentukan kerana Korona yang sentiasa on off ( naik turun kesnya). Jadi niat itu terkambus buat sementara waktu. Tetapi ya, takdir sentiasa ingin bergurau, memberi harapan-harapan kecil untuk insan-insan yang sedang berharap dan—

 ( Via Whatsapp) :

 Aku : Bangbot wasap cakap pulau bukak dah start minggu ni.

 Mae : Jom! Tunggu apa lagi!

 Dina : I on if you guys on.

 Aku : Done! I dah wasap bangbot, next week kita p camping. Dia balas cun!

Maka mimpi-impi mengira dan mendakap bintang-bintang di langit malam — terbakar, menjelma menjadi nyata. Yeayhh!

Untuk pengetahuan anda, Pulau Songsong terletak di daerah Yan, negeri Kedah baq hang. Berhampiran dengan Pulau Bunting, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Pulau ini tidak berpenghuni tetapi ada dua tiga biji kubur dapat dilihat di kawasan pulau yang tidak diketahui sejarahnya. Pulau ini juga sesuai untuk aktiviti perkelahan dan program-program berkumpulan kerana menyediakan fasiliti surau dan bilik air ( sumber air dari air laut) juga terdapat dua buah telaga. 

2.

Ini bukan kali pertama kami ke sana. Januari lepas, saya, Mae dan Dina sudah berkhemah di sana selama 3 hari 2 malam dan ketika itu pulau sangat sesak dengan manusia disebabkan cuti raya cina. Pesanan khidmat masyarakat; tolonglah jaga kebersihan alam sekitar, kalau tidak percutian anda hanyalah percutian buat sampah. Ya, botol air merata, lampin bayi dan plastik-plastik makanan. Sayanglah, pulau cantik tapi datang manusia tak cerdik, buat kotor tergedik-gedik. 

( Berhadapan dengan pulau, anda akan dapat melihat Gunung Jerai)


Untuk ke Pulau Songsong, kami menaiki bot di Jeti Sungai Udang tetapi ada juga yang memberitahu boleh menaiki bot di Jeti Tanjung Dawai. Mungkin bezanya harga dan masa perjalanan (sekitar RM300). 


Kami bertolak dari Alor Setar ke Jeti Sungai Udang dalam pukul 10.30 pagi dan sampai di sana sekitar 11.20 pagi. Sebelum terlupa, harus diingatkan hubungi abang bot terlebih dahulu kerana bot untuk ke Pulau Songsong tidak tersedia di jeti dan harus menempah terlebih dahulu sebelum hari kejadian. 

Perkhemahan kali ini kami merancang seperti sebelumnya iaitu 3 hari 2 malam. Tetapi seperti kata pujangga, ‘terlalu jauh untuk kulontarkan harapan itu lewat bayang-bayang yang tidak teraba.’ Apa maksudnya, apa yang terjadi? * Gelak. 


Kami menaiki speedboat( jaket keselamatan disediakan) lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke Pulau Songsong. Perjalanan menaiki bot adalah satu eskapisme bagi aku. Laju, berangin dan terasa dekat dengan laut. Siapa saja yang tidak gembira apabila sesuatu yang dicintai depan mata, bukankah?

Kami sampai di pulau sekitar pukul 12 tengahari. Ketika bot berhenti di persisir pantai, hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa ketika itu. Air laut yang jernih, zamrud di tengah, hijau kebiruan di persisir pantai, pasir putih dan cuaca yang tidak panas tidak mendung— redup dan selesa. Aku tarik nafas, hembus— terima kasih Tuhan untuk peluang ini.




Aku boleh klasifikasikan bahawa perkhemahan kami kali ini adalah yang paling menarik. Kerana ketika itu hanya kami satu-satunya sekumpulan manusia di pulau. Gila! Sangat berbeza dengan suasana bulan Januari yang lepas. (Mungkin disebabkan Covid-19 yang belum selesai). Walaupun hanya ada kami, tiga orang perempuan dan seorang lelaki, tidak ada perasaan takut atau resah ketika itu yang ada tenang dan seronok. 

Kami memasang dua buah khemah, mengeluarkan bahan-bahan masakkan dan merehatkan diri di bawah pohoh rhu yang berbaris di setikar pantai. Oh! Harus diigatkan, untuk keselamatan perut anda bawalah air mineral dan air mentah secukupnya kerana di pulau tersebut hanya ada sumber air laut dan air telaga yang tidak dirawat. 


Dari tapak khemah, terlihat beberapa orang sedang memancing dan menjala ikan. Rupanya ada lagi manusia di sini bersama kami tetapi terhijab oleh remang matahari kerana mereka di laut. Pulau ini juga terkenal dalam kalangan pemancing. Air lautnya jernih sehingga menampakkan anak-anak ikan di tepian pantai dan ikan-ikan lainnya juga! 

Jika suatu masa nanti anda ke sebuah pulau, cuba pejamkan mata , senyap dan fokus. Anda akan dengar desir ombak dan geseran daun pohon Rhu, hulus dan tenang. Begitulah alam memainkan melodi, melagukan sunyi dengan bunyi yang merdu dan sederhana. 

3. 

Aku hampir terlelap, Dina di sebelah sudah lena. Deringan telefon Mae mengejutkan aku dari lamunan. Dari riak wajah Mae terserlah kegelisahan. Dia matikan telefon dan, 

“ Kota setar kena TEMCO start 12 malam ni.” Aku tergamam. 

“ Kawasan Mae dengan Dina ka? Nina Jitra, so dakla.” 

“ Tak kan nak balik?” 

Telefon Dina pula berdering. Uminya menyuruh kami pulang hari ini juga. Baru sampai, penat memasang khemah dan pungah barang belum habis, tak kan nak simpan semula semua? Aku menyoal mereka. Mereka kata, abaikan saja. Dah sampai, jadi nikmatinya. 

Aku masih berdebar. Bagaimana jika terkurung di pulau selama dua minggu? Aku seronok sebenarnya tapi seronok itu hanyalah sekadar imejan. Realitinya tidaklah seindah dan sesedap imaginasi. Selalunya begitu, bukan? Aku menghubungi abang bot dan dia juga pada awalnya menyuruh kami balik, tapi aku meminta masa untuk berfikir terlebih dahulu. 

Selepas sesi perbincangan, kami akhirnya memutuskan untuk balik keesokkan harinya. Namun Dina dan Mae tetap ingin meneruskan plan awal, tiga hari. Kata mereka, alang-alang dah terlepas ke sini, stay sahajalah. Aku juga bersetuju. Hati kena berani, nak mengembara tak boleh jadi Barbie. Aku menjawab, kita bagitahu dulu balik esok, apa-apa perubahan kita bagitahu nanti. Ya, hidup perlu ambil risiko, but a calculated risk. Kau terjun daripada kapal terbang dan tahu payung terjun bersama kau dan payung terjun itu berfungsi sepenuhnya. Itu calculated risk. Tapi kalau kau terjun membabi buta tanpa payung terjun atau dengan beg sekolah, itu bodoh namanya ( Goji Bundy, Ridhwan A.Dullah).



Setelah selesai berhujah dengan abang bot, Mae dan Dina terjun ke laut. Nak tunggu apa lagi? Nikmat sudah di depan mata, kenapa ingin dustakan dengan fikiran-fikiran yang tak pasti, bukankah? Aku hanya memandang mereka dari jauh dan menikmati pemandangan sekeliling pulau. Cantik. Ya, sungguh cantik. Pulau ini mempunyai dua persisir pantai. Kiri dan kanan. Sebelah kanan lebih landai dan kurang berombak dan sebelah kiri berbatu dan dalam. Aku menjadi mata kamera untuk Mae dan Dina, membingkaikan mereka dalam beberapa keping gambar. Senyuman dan bahagia jika tidak diarkibkan akan hilang dibunuh waktu. Juga untuk disimpan dikala perlu. Perlu di sini vise versa kepada sajak Ridhwan Saidi dalam buku Holokos; 

Rinduku helai sajak 

yang tak kauinstagram. 

Jadi biar aku instagramkan momen-momen ini tanpa perlu menunggu sesiapa meninstagramkan ketika kenangan menjelmakan rindu. 

4. 

Hari bertukar mendung. Sekitar jam 7 malam, cuaca tiba-tiba berubah. Berangin dan hujan mula turun renyai-renyai. Aku baru teringat kata-kata abang bot, buka khemah kat pondok, sekarang ni musim hujan malam. Di sini ada 3 buah pondok kecil yang disediakan. Tapi disebabkan pengunguman TEMCO tadi habis hilang ingatan tentang pondok. Makanya, khemah kami senget ditampar angin dan masak dalam hujan renyai dan ribut yang manja-manja. 

Makanan kami untuk malam itu hanya ayam yang digoreng Dina dan keropok kentang. Ke mana spageti pergi? Ke mana meggi kari pergi? Dina jawab pergi sebagai kenangan dalam sebuah bayangan. Mae gelak. 

Hampir beberapa jam kami bertarung dengan angin yang kuat dan air hujan masuk ke dalam khemah. Tetapi disebabkan terlalu lapar, kami makan tanpa menghiraukan apa-apa. Hirup Nescafe dan menyanyi sekuat hati, sederas rintik hujang yang menghempap kanvas khemah. Dua Sleeping bag basah, baju-baju basah dan hanya satu sleeping bag dapat diselamatkan. 


Dina kelihatan pucat dan keletihan, mau taknya habis kerja shift malam tak tidur lagi sampai sekarang, kami membalut Dina dengan sleeping bag dan dia terus tertidur dalam air yang bertakung di dalam khemah. 

Segala baju, seluar dan tudung digunakan untuk menghalang air daripada masuk ke dalam khemah, angin kuat dan sejuk hingga ke tulang. Aku mendapat idea untuk menggunakan tuala wanita sebagai penyerap air. Dan ya! Ianya sangat berkesan dan sesuai dengan slogannya penyerapan yang maksimum, kering dan selesa. * ketawa. Nasib baik aku bawa bekalan yang banyak. Jadinya lantai khemah kami dipenuhi dengan tuala wanita jenama Kotek * ketawa besar. 

Hujan turun sehingga pukul 3 pagi. Aku tidak dapat tidur. Sejuk. Risaukan hujan juga risaukan Dina. Beberapa kali, aku memeriksa nadi, tangan dan kakinya, memastikan tak terlalu sejuk dan dia dalam keadaan yang baik. 

5. 

Malam ini, bintang tidak ada. Bulan juga tidak ada. Hanya hujan dan angin. Kalau tidak kerana bintang pada awalnya, mungkin aku tidak akan merasa adventure sebegini. Betul, aku suka! 

Melihat lampu yang tergantung di siling khemah, aku membayangkan bulan dan sepotong puisi Neruda ;

Debajo de tu piel vive la luna. 

(The moon lives in the lining of your skin). 

Rembulan bernyala di remang kulitmu ( terjemahan Karim Mohd.) 

Tidak ada apa-apa aktiviti malam ini. Cuaca tidak begitu ramah dengan kami. Aku akhirnya tertidur sehingga jam 7.30 pagi. 

6. 

Pagi. Cuaca makin baik, sebiji matahari yang besar dan merah menghangatkan sejuk semalam. Kami bangun siapkan sarapan, Dina menyediakan sandwich , goreng naget ayam dan sosej. 


Aku pula menyidai pakaian yang basah. Selepas makan Dina dan Mae pergi membersihkan diri di telaga sementara aku qada tidur semalam.


Sisa waktu yang ada, kami habiskan dengan perbualan-perbualan kosong. Mae kata, jika cinta yang dulu tidak mati ke mana perginya? Dan Dina pula kata Love or last? Mana satu kau akan pilih? Dan aku kata, cinta hanya khayalan dan dongeng. Sebelum aku percaya cinta, buat aku percaya orangnya terlebih dahulu. 

7. 

Kami mengemas dan membersihkan kawasan pulau sebelum bertolak balik. Jam 6 bot datang membawa kami pulang. Niat untuk tinggal sehari lagi terkubur disebabkan pengalaman hujan semalam. * ketawa 

8. 

Keindahan pupus setiap hari, selagi berkesempatan menikmati masa sihat, muda dan bujang, jangan pernah sia-siakan. Bak kata Riggan Thomson dalam filem Birdman, My health lasted longer than the money. So, go figure that out. Duit boleh dicari, masa yang mengalir tak akan berpatah balik. Jangan terlalu hanyut mengejar kemewahan dunia supaya di sisa waktu tuamu yang membosankan ada cerita-cerita menarik yang boleh diingat dan ditulis semula kelak. 

Adios!

Laporan Oleh:  


Friday, June 26, 2020

MENJEJAKI MOSSY FOREST

Saya buat pertama kali menjejakkan kami ke tanah tinggi Cameron Highland ialah pada tahun 2019 di usia 40 tahun, itu pun kerana mengikuti kursus audit dalaman jabatan. Jika tidak, apa yang saya dengar tentang keindahan Cameron Highlands sejak di bangku sekolah dahulu hanya bayangan sahaja. Setelah tinggal selama seminggu di sini, saya menanam azam untuk kembali dan pastinya untuk menjejaki hutan lumut yang tersohor di seantero Asia Tenggara iaitu Mossy Forest. Sudah beberapa kali perancangan saya ke situ gagal dan akhirnya seluruh Malaysia dikenakan (PKP) Perintah Kawalan Pergerakan 2020 akibat wabak Covid-19 pada bulan Mac 2020. Itulah kali pertama generasi alaf ini mengalami situasi seumpama zaman darurat, seluruh rakyat Malaysia terperap dan terkurung kebingungan di dalam rumah. Cubaan pemerintah untuk memutuskan rantaian Coronavirus itu ternyata tidak berhasil namun kadar jangkitan berjaya dikurangkan. Apabila PKP digantikan dengan (PKPP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan sempadan-sempadan antara negeri dibuka saya mengambil cuti dan bergegas ke Cameron Highland bersama isteri pada hari bekerja kerana ditularkan media sosial, Cameron Highland dibanjiri ribuan pengunjung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Semua orang ingin keluar untuk beriadah, hari-hari bersama keluarga menjadi semakin indah dan akrab. Ia hikmah daripada musibah yang melanda.


Saya dan isteri ke Cameron Highland dengan menaiki bas dari Terminal Penang pada jam 11 pagi dan sampai kira-kira jam 6 petang di Terminal Bas Tanah Rata. Sebaik turun daripada bas, saya terus bertanya tentang pakej ke Mossy Forest di kaunter bas ekspress itu. Ternyata harga boleh dirunding lagi tidak seperti pakej yang ditawarkan oleh syarikat e-hailing 4WD yang terkenal di Tanah Rata itu. Saya sebelum itu sudah pun menghubungi mereka dan ternyata semua 4WD telah habis ditempah. Penjaga kaunter bas itu menawarkan harga RM55 untuk sebuah van dengan pemandu arah ke Mossy Forest pada esok paginya. Lalu kami pun berjalan kaki ke Heaven Hill 2 yang berada lebih kurang 1000 meter dari terminal. Harga RM80 semalam itu saya kira cukup berbaloi dari segi kebersihan dan layanan kakitangannya. Suhu waktu itu tidak terlalu dingin, mungkin sekitar 20+ darjah celcius sahaja. 



Perlukah saya ceritakan tentang sejarah Tanah Rata? 

Cameron Highlands dijumpai oleh seorang juru ukur tanah Inggeris bernama William Cameron bersama pembantunya Kulop Riau pada tahun 1885 semasa ekspedisi pemetaan di Banjaran Titiwangsa. Suhu pada ketika itu adalah sekitar 8-17 darjah celsius seperti yang dicatatkan William Cameron dalam jurnalnya. Kawasan tanah tinggi ini mula dibangunkan pada tahun 1925 apabila Sir George Maxwell seorang pegawai Inggeris melawat kawasan tersebut dan membuat pelan perancangan untuk membangunkannya. Beliau mencadangkan tempat-tempat yang sekarang ini dikenali sebagai Tanah Rata dan Brinchang dijadikan tempat pentadbiran dan rumah-rumah rehat pegawai-pegawai Inggeris. OK, ringkasnya Tanah Rata ialah sebuah pekan paling besar di Cameron Highland. 

26 Jun 2020. 

Van yang dijanjikan datang menjemput kami pada jam 7.00 pagi, hanya kami berdua sahaja menaikinya, kebanyakan orang lain menaiki 4WD. Pemandu kami, Uncle Ganesh seorang yang santun dan sangat petah berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Apabila kami mula memasuki kaki Gunung Brinchang menuju persimpangan Sungei Palas, barulah kami sedar kenapa ramai yang memilih untuk menaiki 4WD, jalan ban berbengkang bengkok itu hanya boleh dilalui satu kenderaan dalam suatu masa dan keadaannya amat teruk sekali kerana turut digunakan oleh lori-lori dan jentera pertanian. Kata Uncle Ganesh, jika tidak kerana van itu kepunyaan syarikat, dia pun tak sanggup untuk mendera kenderaan sendiri sedemikian rupa. Bayangkan ada beberapa pengunjung sanggup mendaki naik dengan kenderaan sendiri! Sungguh tak berbaloi jika mengalami kerosakan atau kemalangan. Sepanjang jalan ke puncak, saya melihat banyak sayur-sayur seperti kubis, sawi, terung berlonggokkan membusuk di tepi jalan. Kata pemandu kami, semua sayur itu tidak dapat dipasarkan sewaktu PKP2020 dikuatkuasakan, semua sempadan negeri ditutup. Sayur-sayuran itu tidak terjual biarpun dilelong murah kerana orang awam tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa kebenaran Polis. Peladang-peladang jatuh terduduk, mereka kerugian puluhan ribu ringgit malah ratusan ribu ketika itu. 



Kami berhenti di titik pandang kebun teh Sungei Palas, pemandu kami sempat menunjukkan sepohon teh tua yang sudah mencecah bangunan 2 tingkat. Rupanya jika pokok teh itu tidak dirintis ia boleh pohon yang rendang seperti pokok ketum. Dari situ kami dapat melihat bangle milik pengurus yang terletak dipuncak bukit, balkoninya mengadap ladang yang membolehkan penghuninya melihat pemandangan indah kedatangan sang suria pada setiap pagi. Ada beberapa orang Semai duduk melepak di tepi jalan, Uncle Ganesh terkejut apabila mendengar saya memberitahu kepada isteri tentang Orang Asli di Pahang. Saya pun menjelaskan bahawa saya pernah bertugas di Hospital Orang Asli sebelum ini, maka sosok-sosok Orang Asli sudah tidak asing lagi bagi saya.

Ladang teh ini adalah yang pertama wujud di Tanah Melayu dibuka pada tahun 1929 oleh John Archibald Russell, yang merupakan anak seorang pegawai pentadbiran British. Boh Tea Plantation menjadi terkenal dan maju sehingga meletusnya Perang Dunia II di mana pencerobohan Jepun pada tahun 1941 telah memaksa tentera British dan orang awam keluar dari tanah tinggi. Jepun terus mentadbir kawasan itu setelah mereka sedar faktor ekonomi dan komersil yang ada padanya. Apabila tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, pihak British secara beransur-ansur kembali ke Cameron Highland. Walaupun kebanyakan peladang British yang lain mula putus asa dan meninggalkan Cameron Highland, keluarga dan waris Arhibald Russell tetap mahu meneruskan ladang teh ini dan mahu menetap terus di Malaysia. Menurut Uncle Ganesh, pewaris BOH telah memeluk Islam setelah bertemu jodoh dengan seorang muslimah. 


Sewaktu tiba di Mossy Forest, kami difahamkan denai mendaki Gunung Brichang dan Gunung Irau masih ditutup sejak PKP2020 lalu. Dikatakan Mossy Forest yang terletak dipuncak Gunung Irau setinggi 6,666 kaki dari aras laut itu sudah berusia 200 juta tahun, maka disebabkan itulah pohon-pohon dan tumbuhan purbanya kelihatan seperti filem-filem mistik dan mitos seperti Hobbit atau The Huntsman. Menurut pemandu kami, dahulu suhu sangat sejuk di Mossy Forest manakala hutannya lebih cantik daripada sekarang. Apabila semakin bertambah pendaki-pendaki naik ke sini, termasuk pasangan-pasangan pengantin yang datang untuk membuat foto perkahwinan tak kunjung sudah, lumut-lumut dan pokok-pokok renek mula rosak dan mati akibat dipijak. Sampah sarap juga semakin banyak. Maka disebabkan untuk memelihara dan memulihara khazanah Mossy Forest, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengambil inisiatif membina jambatan sepanjang 200 meter supaya semua pengunjung meninjau hutan berlumut tanpa flora dan fauna tanpa menyentuhnya. Berikut adalah kadar tiket yang dikenakan:

Dewasa: RM10 (warganegara), RM30 (Pelancong luar negara),
Kanak-kanak, 4-12 tahun: RM5 (warganegara), RM15 (Pelancong luar negara),
Warga Emas: RM5 (warganegara), RM30 (pelancong luar negara),
OKU: Percuma (warganegara & pelancong luar negara).

Sungguh berbaloi, bagi saya Mossy Forest yang berada di atas garis sempadan Negeri Pahang dan Perak ini adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya anda datang ke Cameron Highland. 


Betullah kata Uncle Ganesh, suhu di sini dah tak macam dahulu. Baru pukul 10 pagi,
dah bercerau peluh cik oii! Panas!






Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Boh Tea Plantation untuk minum pagi di glass café. Uncle Ganesh mencadangkan agar saya meminum Palas Supreme bersama donut. Katanya ada dua produk wajib untuk dicuba bila datang ke Cameron Highland, pertama: teh Palas Supreme dan kedua: jagung susu. Teh Palas Supreme memang pilihan yang tepat sekali! Ia segar dan aromatik, jangan sesekali meletakkan gula ya! Nanti rosak ketulenan rasanya! Harganya RM5 sahaja.



Kemudian kami dibawa ke Time Tunnel “The Local Museum” yang dikira sebagai sebahagian daripada pakej Mossy Forest ini. Muzium ini dibuka oleh Encik See Kok Shan pada tahun 2007 yang mengumpulkan berbagai-bagai memorabilia terutamanya dari era penjajahan British dan Jepun di Cameron Highland. Kronologi kisah mengenai kehilangan Raja Sutera Thai di Cameron Highland turut didokumentasikan di sini. James H.W. Thompson merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang dilahirkan pada 21 March 1906. Beliau menjadi terkenal dengan jolokan nama Thai Silk King setelah berjaya menghidupkan kembali perdagangan sutera di Thailand yang ketika itu sedang suram sekitar tahun 50-an. Pada 26 March 1967, Jim Thompson telah dilaporkan hilang ketika bercuti di Cameron Highland tanpa sebarang jejak. Lebih 118 orang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat namum masih tidak menemui beliau. Pelbagai teori kehilangan beliau telah tersebar meluas tetapi tidak dapat disahkan kesahihannya sehingga ke hari ini. 



No plat Perlih noh!!

Bukan tak ada basikal untuk di sewa. Ada!

Sampai di hotel saya melihat ada sebuah restoran yang menawarkan sewa motorsikal lantas saya pun menyewanya untuk separuh hari dengan harga RM20 sahaja (RM50 untuk satu hari). Andainya saya tahu awal sudah tentu saya akan ke Mossy Forest dengan menaiki motorsikal sahaja. Kami pergi mencari strawberi dan pokok-pokok hiasan di Brinchang semula pada petang itu. 

Kea Farm, kampung paling tinggi di Cameron Highland, pasarnya menjadi
pusat kunjungan pelancong. Bukanlah murah mana pun, tetapi kemeriahan tu
adalah di sini berbanding kawasan lain. Di sini banyak dijual jagung susu dengan
harga RM8-10/2 tongkol jagung. Boleh dimakan terus tanpa masak.

27 Jun 2020.

Kami pulang ke Kangar  pagi hari Sabtu dengan tenang. Banyak kenderaan sedang menghala naik dan terkandas di tengah jalan. Mujurlah kami datang pada hari bekerja.

Laporan oleh: