Sunday, November 1, 2020

MELAWAT PULAU KETAM MUD CREEPER MANGROVES

Kami ambil keputusan untuk meninjau lokasi mencari siput yang heboh diperkatakan hari ini setelah melihat begitu ramai di situ ketika kami berkelah di Pantai Seberang Jaya petang kelmarin. Sewaktu berbual-bual dengan pemburu-pemburu siput, terkejut juga kami kerana ada mereka yang datang jauh dari Kedah, Bukit Mertajam, bahkan dari Sarawak! Tu dia!, sedangkan kami yang tinggal berapa ratus meter dari Mud Creeper Mangroves ini pun baru sempat datang pada petang ni.





Jika ke sini jangan lupa bawa baldi, pencakar tanah dan kasut bot. Mungkin juga PKPB punya fasal, ramai yang kini mencari-cari aktiviti rekreasi untuk keluarga membuatkan lokasi ini yang sebelum ini hanya dikunjungi para nelayan, sekarang dibanjiri orang ramai dari serata pelosok negeri. Kesian juga para nelayan, dikatakan pungutan siput sedut (mud creeper), siput gayam, kepah, kupang, biji nangka dan siput buluh boleh mencecah 200 kg sekali turun! Tetapi rezeki kita semua Allah sudah tulis. Bertabahlah.


Cantik sungguh kawasan ini. Sayangnya saya tak makan siput. In shaa Allah, kalau kami turun nanti, kami akan carikan siput (untuk terapi jiwa sebab pemandangan cantik) dan bagi siput itu kat kalian OK!

Laporan oleh:

20 comments:

  1. Nak tnye , kalau pemilik kenderaan tak ikut , boleh guna geran fotostet yg di sahka balai polis ? Dan sy ade terbace kena dapat surat sokongan dari jpj , betul ke ? Ape pun info yg lengkap . Terima kasih saudara atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Mungkin sekarang berubah, tetapi setakat ini bagi salinan fotostat tanpa sah. tiada masalah.

      Delete
  2. Jika menggunakan moto yg ownernya sudah mati bagaimana pula? Apa dokumen yg diperlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buleh buat surat kebenaran guna palsu. Sebab Siam tak minta sijil kematian. haha! Kalau berani boleh pergi. Jadi masalah, makan tak habis.

      Delete
  3. salam cikgu. saya nak tanya. 1st time masuk siam hr tu buat insurans n declare bwk masuk kenderaan. ada 2 salinan borang yg di bg. masa cop pasport sy serah pd pegawai imegresen siam. 1 salinan dia ambik dan 1 lg serah pd saya. masa keluar ke malaysia, saya lupa serah semula borang tu. ada kesan apa2 tak . tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang tahu, borang itu hanya saja-saja buat sebab mahu minta duit kat kita secara official. Tulis 'kau tahi' pun dia tak kisah. Setahu saya, xda masalah.

      Delete
  4. Saya ada beberapa soalan

    1. Sya nak pergi ke Hat Yai dengan kenderaan milik ibu sya. Bolehkah saya buat insurance tanpa bawa pemilik kereta?

    2. Saya merancang bersama 4 orang kawan untuk kesana dengan kereta pinjaman ibu saya. Apa yang perlu kami buat untuk kami lepas secara sah ke sana dengan kereta yang kami akan guna.

    3. Bolehkah saya buat insurance kereta seminggu awal sebelum kesana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Boleh. Buat surat kebenaran dari ibu seperti yang telah dicerita diatas. kalau tak reti suruh agen insuran thai buat. Upah RM10 ja.

      2. Bawak geran, atau salinan geran. Surat kebenaran dri ibu. buat insurance.

      3. Boleh tapi kena buat insurance untuk setahun. Tempoh paling minimal 10 hari.

      Delete
  5. assalam.
    bagaimana jika menunggang motosikal tanpa lesen.
    ada ke polis yang check lesen disempadan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah depa check. Tapi kalau dah nasib. Terimalah akibat dan siap duit banyak-banyak

      Delete
  6. Aslm...nak tanya saya ni berusia 17 tahun..saya nak masuk ke thailand awal tahun nnti..dan saya menggunakan motor milik ayah saya..ape saya perlu sediakan...saya kurang faham sedikit

    ReplyDelete
  7. Salam , Nak tanya , kalau kita masuk Thailand bawa kereta sendiri (kereta nama kita sendiri ) tapi just bawa salinan geran ja , tak bawa yang ori , boleh ke ? ke kena cop balai polis juga ? Terima Kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya takda masalah. Saya pun bawa salinan geran photostat aja.

      Delete
  8. Tuan,sy ke Thailand dgn kereta, melalui Padang Besar TETAPi akan keluar melalui Rantau Panjang,Kelantan.

    Boleh ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu boleh. takda masalah. Nak keluar ke border Malaysia.. serah borang declare kereta macam biasa.

      Delete
  9. As salam. Nak ty sikit. Saya Baru masuk thailand 1st time. Malangnya lupa nak isi form declaration kereta kastam thai, lepas immigration terus masuk thai So, sekarang dah balik msia. Kena blacklist ke kalau nak masuk thai lain kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena. tak declare. janji selamat sampai sini. yang bahaya semasa di Thai.. kena tahan roadblock. Pasti akan di sita kereta kalau tak bayar.

      Delete

  10. Nak tanya kalau motosikal tak sama kaler macam dalam geran boleh masuk ke.. masa first time masuk kaler lain.. 2nd masuk kaler lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bergantung pada luck bro. Kalau dia x tengok OK la. Selalunya tak tengok. Kalau dia tengok. memang x boleh laaa.

      Delete