Monday, July 1, 2013

KUKOQ NYOK


Pada hari ini Faithcraft telah dipelawa oleh seorang aktivist buku jalanan dan juga guitaris kepada kumpulan ekperimental tunggal dari Perlis, Moi Last Von untuk turut serta meramaikan majlis Kukoq Nyok di Dataran Rindu Alam, Gua Cenderawasih, Kangar.

Bagi penduduk Kangar, kita sedia maklum Gua Cenderawasih sebelum dikomersilkan dikenali sebagai Gua Sami. Ini kerana gua-gua yang kini menjadi tarikan rekreasi itu sebelum ini dihuni oleh beberapa sami Buddha. Oleh kerana tempat berkenaan berpotensi untuk maju, mantan Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim telah mengubah wajah Gua Sami dan Bukit Lagi itu sendiri kepada salah sebuah tempat rekreasi. Visi beliau jelas berbuah hasil apabila di situ juga turut menempatkan Kompleks DUN, beberapa pejabat jabatan kerajaan negeri dan Hotel Seri Malaysia. Ia diantara jasa Shahidan Kassim selama memerintah negeri ini yang boleh dikenang.







Kukoq Nyok adalah sebuah event yang dianjurkan oleh sekumpulan remaja, kebanyakannya pelajar universiti tempatan untuk mengimarahkan budaya membaca, menghargai karya penulisan seperti novel, cerpen, sajak dan puisi, mendendangkan lagu, mempraktikan pengucapan awam, mendeklamasi sajak, mengasah bakat dalam persembahan lagu, berkongsi pengalaman dan pendapat, bersosial, memberi inspirasi kepada rakan, bersual-kenal, meminjam dan menjual buku-buku, dan segalanya yang bersifat kesenian dan budaya.

 





Tetapi remaja-remaja yang berkumpul di sini bukan semua anak tempatan. Ada yang dari Kelantan, Terengganu, Perak dan Penang. Mereka semua orang bijak, berseni, tenang dan masing-masing mahu meningkatkan self confident. Dan ini adalah sebuah cara yang terbaik. Syabas diucapkan kepada tulang belakang Kukoq Nyok yang merupakan penyunting Zine Tanpa Nama. Sebuah zine berteraskan sajak yang menampilkan kompilasi-kompilasi sajak dari ramai penulis berbakat.

Kami, Faithcraft dari sekadar jadi penonton ada baiknya kami buka tikar dan jual barang-barang yang kami distro dan produk rasmi Faithcraft seperti Cd, kaset dan T-shirt WRECKÄR, AU REVOIR, KHEROW dan sebagainya. Sambutan yang agak memberangsangkan dan mungkin boleh dipertingkatkan tarikannya untuk masa akan datang. Kami menjual dengan harga yang ‘mengarut’ dan tiada keuntungan langsung. Sekadar menyokong usaha Kukoq Nyok. Warga Perlis masih asing lagi dengan non profit activism seperti ini, mereka masih malu dan segan untuk datang dan menyokong usaha seperti ini.  Bagaimanapun ini sebuah permulaan.








No comments:

Post a Comment