Sunday, August 21, 2016

FREEDOM: PENANG MUSIC FESTIVAL

Saya dan Mad Duha bergerak awal pagi itu, kerana kami perlu singgah di toko buku Marhaen Litera, Guar Cempedak yang juga pengedar Pedal To The Metal zine. Sebaik sarapan nasi kandar di restoran mamak Hussain, kami terus bertolak ke Penang. 


Asalnya konsert Penang Music Festival ini dikenakan tiket RM10 bagi setiap orang, namun menjelang beberapa hari dari tarikh itu, ada pihak telah membaut tajaan dan ia berlangsung secara percuma yang dalam masa yang sama berlangsungnya, Obscura Festival of Photography.

Hin Bus Depot Art Centre dibuka sebagai pusat kegiatan seni bebas beberapa tahun lalu dan merupakan lokasi paling trending untuk parti, persembahan seni dan kebudayaan, gig serta sukan kerana turut ada miniramp. Sebaik kami ditiba, terus terserempak Dzulhasymi, vokalis WEOT SKAM yang baru selesai dengan acara skateboardnya pada pagi tadi. Bagi yang tidak pernah datang ke sini, tentu ada ingat suatu ketika tahu pernah viral Pameran Seni Coli oleh Louise Low Seok Loo? Ya pameran yang mengunakan 1000 coli itu bertempat disini. Klik untuk lihat Dzulhasymi 






Selesai melihat karya-karya fotografi, sesuatu yang saya hormati walaupun saya langsung tidak bersetuju dengannya. Pendapat saya ringkas dan hanya berlandaskan hadis:

من صوَّرَ صورةً في الدُّنيا كلِّفَ يومَ القيامةِ أن ينفخَ فيها الرُّوحَ ، وليسَ بنافخٍ
“barangsiapa yang di dunia pernah membuat gambar (bernyawa), ia akan dituntut untuk meniupkan ruh pada gambar tersebut di hari kiamat, dan ia tidak akan mampu melakukannya” (HR. Bukhari dan Muslim).

Juga hadits lainnya dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam:
كلُّ مُصوِّرٍ في النَّارِ ، يُجْعَلُ له بكلِّ صورةٍ صوَّرها نفسٌ فتُعذِّبُه في جهنَّمَ
"semua tukang gambar (makhluk bernyawa) di neraka, setiap gambar yang ia buat akan diberikan jiwa dan akan mengazabnya di neraka Jahannam” (HR. Bukhari dan Muslim).

dan beberapa lagi hadis sahih yang melarang pembikinan gambar. Walaubagaimanapun saya tidak jumud, memang ada perbahasan mengenai pandangan dan perselisihan pendapat ulama dalam fotografi makhluk bernyawa. Kita tinggalkan itu pada yang ahli, apa yang saya tekankan disini, sebagai Muslim kita perlu elakkan kerjaya yang melibatkan seni fotografi dan melibatkan diri dalam mengangungkan dan mengangkat kesenian dengan imej makhluk seperti yang dimaksudkan nabi SAW.







Sebaik sampai kami memohon kebenaran dari pemilik Run Amok Gallery, Trevor Hampson untuk mengunakan ruang taman bertempat dibelakang pentas muzik Penang Music Festival untuk membuka booth Pedal To The Metal. Hampson langsung membenarkan kami mengunakannya tanpa dengan senang hati. Kami sempat melawat galleri nya yang menempatkan karya linocut print Ong Ching Yin dan Tong Wing Cheong. Run Amok yang mula beroperasi sejak 2013 ini turut menyediakan ruang tetamu untuk melukis dan mewarna, mereka juga ada menerbitkan zine-zine lukisan (mewarna lukisan), ukiran kayu dan macam-macam lagi. Rasanya karya kat Run Amok pula 'patuh syarak'. hahaha! Berhadapan kami pula ada pameran seni dari UMA & Art Sowers diolah dari madah-madah bermesej posif, missionary (barangkali) dan juga mesej kritis terhadap media misalnya televisyen.

Apakah itu Linocut Print?
Linocuts are very similar to woodcuts. It is a printing method using a sheet of linoleum, in which a subtractive cutting method is used to take away the parts of linoleum where you want to leave the white of the page, and keep the parts you want to be inked! In the result you have a linocut that can reproduce the same image over and over again.

A Short History: While linoleum was first invented in the 1860s, it wasn't used as a medium for printing until the early 1900s in Germany, where it was first used for making patterns on wallpaper! Artists ranging from Pablo Picasso to Henri Matisse have made linocuts, and today it is considered a respected art form. Linocuts are also very popular in teaching children in schools about the rewarding art of printmaking.

Why linocuts?: First off, linoleum does not have a grain like wood does, meaning there is no need to cut in one direction. Also, it is much, MUCH easier to cut than wood, especially when heated. Although linoleum is not quite as durable as wood, you can still make hundreds if not thousands of copies of the same image with a single linocut before it is too degraded to use. Linocuts generally remind me of illustrated children books, which is a style I very much like. One can even make several linocuts to be used together to make a print including color, and in some cases (depending on the ink and paper you use) a linocut print can be colored after wards with your medium of choice.
- Seperti yang diterangkan oleh instructables.com

Sambil santai menjual zine di booth, kami juga senang melihat persembahan SHH... DIAM!, NONSERVIAM, SECOND COMBAT, DUM DUM TAK 2 band ini paling lantang menyelit pandangan politikal, sosialis mereka antara lagu-lagu mereka, dan rasanya yang paling mendapat perhatian kerana sesuai dengan agenda festival ini memandangkan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) pun membuka booth mereka, disamping Hishamuddin Rais kelihatan mundar-mandir melayan pengikut-pengikutnya. Seronoknya di festival ini, bila dapat bertemu rakan-rakan baru, blogger Kaboi Tanduk, Zulhelmi pun ada datang. Blogger Dissecting the Euphony, Encik Stone pun ada datang. Abd Aziz. Anak-anak buah Mad Duha, geng PEKETUM dan ramai lagi. Thanks bro.











Sebaik masuk jam 7.45 malam, kami berkemas untuk pulang kerana perut dah mula lapar. Kami pula bukan macam orang lain yang bercuti setiap hari Ahad. Ada baiknya kami bergerak pulang dahulu. Anak buah Mad Duha membawa kami makan nasi kandar di NS Nasi Kandar. Sedap 10x dan murah 10x dari Restoran, Guar Cempedak. Terbaik.

Kami terkandas sejam di terminal feri dan tiba di rumah kira-kira jam 12.00 malam.

Dapat hadiah kupon apa ntah dari Penguatkuasa..! :)

Laporan oleh:

4 comments:

  1. huruf nya agak mencabar utk dibaca bro, berpinar mata haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noted. Akan ubah supaya mudah baca. Thanks!

      Delete
  2. perghh....ada band weotskam dgn nonserviam gak tu. dua2 ada Leon. haha.

    ReplyDelete