Apabila saya membaca satu petikan dseorang jurnalis dari Eropah, menyebut “Malaysia adalah ibu kepada kelahiran muzik metal bagi seluruh Asia Tenggara”, saya serta merta setuju dan mengakui kenyataan tersebut. Mana tidaknya, kita mempunyai datuk dan moyang seperti BLACKFIRE, PUNISHER, BRAIN DEAD, EXORCIST, SIL KHANNAZ dan semestinya RATOR berjuang memartabatkan irama black/death metal yang ektrim dalam industri muzik tempatan.
Demo kaset “Evil Symphonies” misalnya akan selamanya termaktub dalam arkib muzik metal bawahtanah kepulauan Melayu sebagai sebuah batu asas penanda kebangkitan black metal 90-an yang menerapkan imej anti-Kristian (ini bukan komen berunsur keagamaan, sekadar menjelaskan haluan pemuzik metal ektrim antarabangsa ketika itu), permainan ritma laju dan mempopularkan teknik dram blast-beats, tajuk, lirik lagu yang kearah kesyaitanan sepenuhnya, serta lukisan dan logo yang menyeramkan.
Kaset ini jua adalah monumen yang dicari-cari sejak dulu dan dipuja sejak sekian lama oleh pergerakan black/death metal antarabangsa walaupun hakikatnya ia dirakamkan dengan keadaan serba daif. Banyak yang mengatakan, ‘magik’ atau keajaiban telah berlaku pada rakaman ini. Maksudnya, kehendak ‘scene’ metal dunia yang ketika ia mahukan sebuah muzik yang benar-benar gelap, buas dan mentah. Kejahatan irama yang berat dan mentah telah mengangkat “Evil Symphonies” sebagai antara yang terbaik ketika itu. Dan ia bukanlah dari kemahiran produksi Mie FTG, atau ahli RATOR sendiri. Buktinya mereka gagal menyengat bila merakamkan album sulung berjudul “Possessed” beberapa tahun yang lalu. Jujur saya katakana ia tidak seperti yang diharapkan tetapi kita harus berbangga dengan semangat yang masih ada pada lagenda metal ini. Malah mereka sempat membuat persembahan langsung di ibu negera bagi mempromosikan album tersebut.
Afterlife Production memang dikenali sebagai label tempatan yang gemar menerbitkan semula produk-produk purba tempatan yang berpontensi dan klassik. Pemiliknya Wan Syamsul yang juga penyunting zine Deadhead akan berusaha mengekalkan keaslian material tersebut dalam rupa asal (bunyi –tidak akan dimix atau di mastering semula) begitu juga rekaan ilustrasi asal, kecuali merubah format asalnya ke CD atau kaset professional atau piring hitam. Ini telah menjadi etika kerja beliau.
Jadi apa yang anda lihat pada piring hitam 7 inci ini adalah foto-foto asal ahli RATOR dari era tersebut beraksi di pentas-pentas, dalam hutam, dibelakang rumah mereka, lukisan demo asal, logo asal, dan bunyi asal yang diambil dari demo kaset tersebut. 4 lagu berhantu, “Antichrist War”, “Death Metal Warrior”, “Spell From Fire” dan “On Sin” ini dirakamkan oleh Mie FTG di Hellion Studio, Medan Mara Kuala Lumpur pada pertengahan 1989 mengunakan 4 trek mixer. Rakaman ini dibiayai oleh Noize Records untuk sebuah album kompilasi yang tidak menemui hari lahirnya dan diambil alih oleh RATOR sendiri yang menjalankan promosi dan sebaran wabak. Kebangkitan black/death metal dari arus yang sama dan yang juga berpaksikan jenayah dari Norway, Sweden dan Finland turut mempopularkan RATOR.
RATOR adalah mereka yang tidak sahaja memperjuangkan irama black/death metal mereka menjadikan irama itu sebagai cara hidup remaja mereka. Sikap memberontak mereka disetiap gig-gig metal dan kontroversi-kontroversi yang melingkari perjalanan seni mereka membuatkan mereka menjadi misteri sepanjang zaman setanding BLACKFIRE. Pemain dram (Lee Space) untuk setiap persembahan mereka di awal 90-an yang pernah menganggotai EXORCIST, XPDC dan DEF GAB C merupakan salah seorang ahli jemaah kultus doktrin aneh ajaran ‘Ayah Pin’ yang diisytiharkan sesat oleh Majlis Fatwa Malaysia. Dan nama RATOR juga disebut-sebut oleh media serta pihak berkuasa sebagai penyebar fahaman Satanism bersama beberapa kumpulan pemuzik metal yang lain.
Jika anda seorang yang menghargai kumpulan-kumpulan yang mengagungkan ‘kejahatan mutlak’ dari era purbawara seperti BATHORY, SARCOFAGO, BLASPHEMY, SODOM lama, MAYHEM lama. Anda harus punyai piring hitam ini.
Pakej ini turut dilengkapi lirik lagu, nota panjang dari Lee RATOR (gitaris dan pemain dram), foto-foto klassik, bernombor siri tulisan tangan. Saya salinan yang ke-35 dari 300 keping.
Jika Nergal dari BEHEMOTH (kumpulan fenomena ektrim metal antarabangsa kini) menyatakan mereka adalah BEHEMOTH disebabkan ikutan mereka adalah BEHERIT. Tetapi BEHERIT pula menyatakan BEHERIT adalah BEHERIT kerana inspirasi mereka adalah RATOR!.
Dapatkan “Evil Symphonies” menerusi;
Afterlife Prod
No comments:
Post a Comment