Tuesday, June 17, 2014

DYSGUSTED “Stripped, Erected & Twisted” PROMO 2014 –MALAYSIA


DYSGUSTED menghantui Kuala Terengganu dah bertahun-tahun lamanya, teringat lagi sewaktu kali pertama mendapat demo mereka (kalau saya selongkar laci, dan bongkar kotak-kotak lama di Faithcraft Studio, pasti ada lagi dalam simpanan). Bagi saya jika dahulu saya telah dikejutkan dengan kekejaman, kebuasan death metal mereka yang sangat jijik itu. Kini mereka melebih-lebih lucah lagi. Yang baiknya tentang DYSGUSTED, dan tidak seperti kebanyakan band porno grindeath metal yang lain. Mereka benar-benar menumpukan pada aspek muzik brutal itu, manakala sisi lucah itu terletak pada lirik mereka. Rata-rata band porno grind hari ini lebih menumpukan tema porno yang mereka ketagih, manakala muziknya tidaklah seunik mana atau seberat mana pun. Mungkin mereka ada scene dan followers mereka tersendiri. Tetapi bagi saya, saya sukakan kumpulan yang begini, ketat, sendat, riffs yang berbulu, dram yang penuh penetrasi, serta penderaan tekak dan rahang.

Seperti ilustrasi kulit promo dari H.R. Giger ini ( meninggal dunia pada 12 Mei 2014 ), muzik DYGUSTED adalah gabungan songsang elemen seksualiti dan death metal.

Hairan juga saya, seperti HELLSTORM, promo ini turut diterbitkan sebanyak 30 unit dan ia juga sebagai pemanas untuk hidangan selanjutnya dari DYGUSTED iaitu sebuah mini-album!!! DYSGUSTED adalah artis yang bernaung dibawah Grundar Production.

Hubungi: M. Nazro Mamat, 903 Kg Merbau Patah, 20050 Kuala Terengganu, Terenganu.

No comments:

Post a Comment