Sunday, August 17, 2014

NEFTARAKA “Morts” (ELDRITCH LUNAR MIASMA REC) –MALAYSIA



Dalam banyak-banyak kumpulan unholy black metal, atau metalhead mengelar muzik sebegini sebagai ‘black metal hutan’, NEFTARAKA boleh dikatakan kental dan berjaya mengekalkan jati diti mereka sehingga ke hari ini. Bagi mereka yang asing dengan genre ini, mari saya terangkan sedikit bagaimana wujudnya ungkapan ‘black metal hutan’, ia bukanlah ungkapan universal (kang ada yang pi taip ‘JUNGLE BLACK METAL’ kat Google plak!) ia bermula dari sindiran, jenaka, suka-suka, akhirnya menjadi satu terma untuk merungkai misteri black metal haluan ini di Malaysia. Unholy black metal seperti yang kita ketahui diwujudkan oleh pemuzik Norway (rujukan utama album era awal 90-an dari DARKTHRONE, IMMORTAL, MAYHEM, ENSLAVED) secara susunan muzik, tiada melodi dan huduh, rakaman ber reverb tinggi begitu juga nyanyian yang mempunyai delay yang tinggi seperti menyalak di dalam gua, seringkali sekata dan penuh stress dari mula hingga ke akhir, bagi manusia biasa mereka akan mengatakan ia muzik yang monotous dan tiada nilai, tetapi bagi yang memahami, inilah muzik black metal yang HARUS sukar dicerna oleh manusia biasa, menyeksakan untuk didengar serta penuh aeon –aeon negatif. Manakala dari segi imej, mereka selesa tampil dengan foto-foto gaya orang gasar, cat muka, memegang belantan, pedang, pisau dan panji-panji. Begitu juga dengan hasil seni visual mereka yang selalunya hanya dalam ruang cakup hutan belantara, bukit bukau, makhluk purba dalam hutan dan selesa dengan hanya warna hitam dan putih.

Cukup dengan cerita ‘black metal hutan’. Bagi yang percaya NEFTARAKA adalah black metal hutan, it’s fine. Bagi saya mereka bukan lagi tulen unholy black metal. Mungkin akar umbi mereka kepada sub genre tersebut masih terserlah. Sebaliknya mereka telah matang wajar dengan usia mereka dan apa yang mereka mainkan kini adalah black metal yang telah berevolusi, mempunyai susunan riffing gitar yang pelbagai, ada alternate yang panjang, strumming bermelodi, ada bahagian atmospheric. Apa yang mereka kekalkan sebagai pendirian tetap mereka adalah gaya nyanyian yang ber delay tinggi, ketukan dram blast-beat dan beat 1-1 (double paddle diminimakan), serta tetapan bunyi gitar yang tajam menghiris. Banyak kumpulan-kumpulan yang berada dilandasan ini telah tewas kerana rendah harga diri mengikut fesyen dan beralih arah. Tetapi jiwa-jiwa dibelakang NEFTARAKA berjaya meneruskan kesenian mereka mengunakan instrument ini.

Jujurnya saya terkenangkan dua entiti ini bila mendengar “Morts” mungkin kerana Xxxull mengolah dua kaedah nyanyian lasak yang begitu mengingatkan saya kepada BURZUM mini album sulung, dan LORD BELIAL album sulung.

Kaset ini diterbitkan dengan kuantiti 200 keping, dirakamkan di Necro X Studio pada Jan 2010 – Sept 2011 milik mereka sendiri di Ipoh. Unknown H pemain dram mereka turut menerajui sebuah kumpulan death metal yang sangat berpotensi bernama UNKNOWN.

Pencinta kerja visual black metal. Jangan lupa untuk mengkaji kerja grafik kulit album ini dari Ironworx Gravefix. Bagi saya ia amat mengkagumkan dan antara hasil seni terbaik untuk album black metal tempatan buat masa ini.

Kaset ini boleh didapati dari Faithcraft Productions. 

No comments:

Post a Comment