Sunday, March 22, 2015

REBEL EDUCATION PROJECT “Letter to:” (DEMAJORS) – INDONESIA


Saya membeli digipak ini berdasarkan pakej yang menarik dan ‘rasa ingin tahu’ serta ‘ingin teroka’ apa sahaja yang mempengaruhi akar muzikal pemuzik Indonesia. Rupa ia CD hiphop, saya tertawa ketika memainkannya, iya lah… saya tidak penah mempunyai CD hiphop apatah lagi ingin membelinya. Ia mengelikan, bisa bikin muntah hijau. Hahaha! Namun selepas beberapa saat, saya terus mengemari CD ini. Kenapa? Kerana apa yang saya tahu mengenai hiphop terutamanya kalau dari industri muzik Malaysia, anda hanya perlu tahu serba sedikit mengenai aplikasi rakaman dalam komputer peribadi anda, dengan teknik copy and paste beberapa rentak. Lirik cerpen merapu sepanjang 200 ayat.. nah! Siap.

Tetapi R.E.P adalah pemuzik, mereka merakamkan mini album ini secara tradisional dan hasilnya bukan sahaja boleh dinikmati dari kelompok mereka sebaliknya seluruh komuniti. Ini penting kerana mereka mempunyai mesej untuk disampaikan kepada masyarakat. Jika merujuk pakej, nama R.E.P dan surat terbuka didalamnya anda tahu mereka kurang senang dengan pemerintah:

"Ini adalah pesan untuk jiwa dan telinga yang konservatif, teguran untuk hati dan sudut pandang yang terlalu sempit. Ini adalah edukasi dalam bentuk dan arti berbeda dari yang penah kalian pahami. Ini bentuk perlawanan ketika kebenaran sudah menjadi sesuatu fiktif dan menjadi hal yang terlalu tabu untuk diperdebatkan, maka musik adalah jawaban paling realistis".

Dikatakan pergerakan hiphop Indonesia bermula pada awal 90-an dan sangat ditentang oleh Presiden Bacharuddin Jusuf Habibie, dikenali kerana mempunyai keunikan tersendiri disebabkan mereka tidak gemar rapping dalam bahasa Inggeris sebaliknya dalam loghat dan bahasa mereka sendiri disamping pengunaan alat muzik tradisional. Mereka juga tidak akan mengunakan kata-kata lucah dan kesat sebaliknya memberi kesedaran kepada rakyat mengenai korupsi dan ketidakadilan pemerintah. Hiphop Indonesia juga diriwayatkan mempunyai pengaruh kuat dari genre metal yang mempelopori muzik pemberontakan di sana.

Apa yang berbeza saya lihat R.E.P mempunyai banyak pengunaan bahasa Inggeris dan terselit juga kata-kata kesat. Saya suka kerana mereka mengunakan dram akustik selain lenggok bass yang begitu funky dan berkemahiran tinggi. R.E.P adalah: 


Upi Tigabelas: Voc, Tara: Bass, Synth, Bac Voc, Vava: Electric & acoustic guitar, Back Voc, Marco: Drums.

Contact: rizki_rama_p@yahoo.com
REP FACEBOOK

No comments:

Post a Comment