Album penuh PUTRIFIED REMAINS ini diterbitkan pada 2014, maka saya boleh dikira terlewat untuk mengulasnya. Sebenarnya saya risau mahu ulas dan beri pendapat peribadi mengenai PUTRIFIED REMAINS, bimbang ketua mereka PM saya. Mereka tak gemar saya cakap atau kritik fasal pengaruh, ketulenan dan idea. Oleh itu saya dapat simpulkan disini, “Novus Ordo Seclorum” adalah diantara album terbaik diterbitkan dari scene UG metal Perak mutakhir ini. Bukan sahaja dari segi kualiti rakaman dan adunan bunyi, malah jika dinilai dari penulisan dan susunan lagu, 7 baru yang dirakamkan disini semuanya hebat bertenaga. Lagu “In Gloomy Darkness Mourning” pula dipetik dari single 2012 yang turut diterbitkan dalam format kaset. Kemampuan mereka mengarap lagu-lagu atmospheric black metal tidak boleh dipertikaikan lagi berdasarkan usia dan pengalaman masing-masing yang luas dalam arena muzik bawah tanah tempatan. Kemasukan Dr. Bentara (DIED, ex-LANGSUIR) memberi output yang lebih menyengat pada bahagian gitar, malah Dr. Bentara menulis lirik untuk “Abandoned in a Grave”. Jie Mutilator, mastermind dalam PUTRIFIED REMAINS yang turut bertindak sebagai jurutera bunyi/rakaman selain menulis semua lagu dan lirik, kali ini dibantu oleh Thelaxi Mastha (gitar) yang menyumbangkan 2 buah lagu. Lagu-lagu mereka boleh dibawa headbanging dan sudah tentunya ‘enak’ dimainkan live. Saya kepingin untuk menonton gig mereka jika ada peluang.
“Novus Ordo Secrolum” dipetik dari puisi penulis Roman yang dijadikan motto pada jata agung Amerika Syarikat. Ia membawa maksud ‘Perundangan Alaf Baru”. Bagaimanapun banyak kajian menafsirkan ia konspirasi dajjal untuk membawa “Perundangan Dunia Baru” yang dibangunkan oleh organisasi iluminati. Ok, cukup setakat itu, album ini diterbitkan dalam format kaset oleh Narroward, ia kedengaran mantap dan panas membara jika dimainkan dalam stereo yang dinamik!
No comments:
Post a Comment