Pedal To The Metal membuka reruai kami di Gheyuh Ghendah Festival yang dianjurkan oleh Black River City dengan bantuan Pakatan Vespa Utara dan Pakatan Bundle SP yang bertempat di The Carnivall Waterpark, Sungai Petani Kedah.
Pedal To The Metal telah berkongsi tapak dengan PEKETUM (Persaudaraan Kapchai Touring Malaysia) berdagang zines, buku falsafah, kaset, cakera padat, t-shirt rasmi, topeng, pelekat kalis air, patches dan juga burger koboi. Burger RM2 kami laris dan habis terjual. Terima kasih kepada yang membeli, begitu juga CD Ahmad Ra1m1 Vs Filsufatia yang habis dijual.
Sehubungan itu, bagi yang ingin mendapatkan CD tersebut, silalah memburu di distro Sonic Rage atau toko muzik Uncle Lim di Campbell Complex. Mungkin masih ada beberapa keeping disitu.
Gheyuh Ghendah turut membawakan siri jelajah Tunjal oleh PLAGUE OF HAPPINESS, sebuah punk ska skateboarders band yang ditubuhkan sejak 1999 di Pasir Gudang, Johor. ANGKARA, SKA BEAT, KING KONG, UPHOLD, FSF dibawakan pihak penganjur sebagai band pembuka bagi persembahan di Kedah ini.
Festival ini telah berlangsung dengan jayanya walaupun hujan lebat turun pada sebelah petangnya. Kami sendiri tiba pada jam 2.30 petang disebabkan kesesakan dilebuhraya Utara-Selatan menghala ke Kuala Lumpur (maklumlah Hari Raya Korban ke-3, mungkin dah habis cuti).
Jus botol yang tengah duk booming pun ada jual!
Kami menyiapkan burger ini sebaik selesai Subuh. Saudara Ar Seth tolong promosi
Tahniah & terima kasih kepada pasukan Gheyuh Ghendah Festival kerana sudi menjemput kami.
No comments:
Post a Comment