Perasaannya pada waktu itu sama seperti melihat poster filem seperti The Fog, Fright Night, Leprechaun, The Stuff, Demons atau Hellraiser. Visual pertama itu mendebarkan.
Foto tonggak utama Arckanum iaitu Shamaatae mungkin lucu kini tetapi ia telah mempengaruhi banyak juga kumpulan black metal lain yang mula memakai jubah buruk dan bertongkat kayu atau kapak sebagai identiti terutamanya jika mereka memilih tema sihir, ilmu hitam dan kisah tahyul. Kumpulan seperti Emperor turut muncul dengan jubah, pelita raya minyak tanah dan tongkat duri pada waktu yang sama. Ini tidak pelik kerana Mortiis, pemain bass (yang juga minat kisah fantasi dan tahyul) masih mencurahkan ideanya kepada Emperor. Mungkin kalian tak perasan, di rantau ini kumpulan seperti As Sahar, Impiety dan seangkatannya turut hadir dengan gaya yang sama.



No comments:
Post a Comment