Monday, May 4, 2009

KL METALCAMP II




KL Metalcamp’ II – MCPA HALL, 2hb Mei 2009 

1hb Mei 2009 - 9.00 malam Hari pekerja, rata-rata orang kembali ke kampung halaman manakala aku telah 2 hari berada di KL merapu ke sana sini atas nama riadah. Kami selesai dari menonton X-Men origin: Wolverine di Gallery Ampang dan terus bertolak ke Restoran NZ Wangsa Maju untuk berjumpa dengan Azmi ( vokalis Black Fire), aku cadangkan tempat itu kerana rindu dengan rasa ‘chicken wings’nya yang begitu nostalgia. Syed dan Mat Kodeng terus berlalu meninggalkan aku sekoq-sekoq disitu menuju ke destinasi mereka untuk melampias nafsu di Klang. Azmi tiba di NZ pada jam 9.30 mlm bersama anaknya, kami berbual-bual mengenai projek split piring hitam bersama Sabbat yang semakin hampir menemui dateline pada Julai ini. Berbuai mengenai kehidupan masing-masing sehinggalah ke dunia politik dan keruntuhan akhlak Melayu yang berlaku di hadapan kami, di NZ. Dalam masa yang sama, betul-betul dibelakang meja aku krew-krew dari Astro sedang membuat rakaman sitcom yang diterajui salah seorang finalis Raja Lawak. ( menurut Azmi- aku takda siaran Astro kat umah). Dari situ aku dapat lihat, betapa lemahnya sitcom Malaysia yang masih mengetengahkan lawak-lawak bising dan hanya satu kamera untuk satu-satu babak diperlukan. Bagaimanapun lokasi yang dipilih memang bertepatan kerana rata-rata manusia disitu memang ‘happening’ dan mampu memahami lawak yang diketengahkan kecuali aku.... Dalam pada itu, chicken wings yang kami tempah tidak mengecewakan dan kami ratah sehingga ke titisan terakhir. 

10.45 pm Tarabaz datang menjemput aku di NZ untuk ke Barritone Studio di Desa Pandan, untuk jamming suka-suka menghabiskan masa terluang. Sampai saja di Desa Pandan, aku lihat studio berkenaan di penuhi oleh metalheads dari Ipoh. Aku rasa boring terus, marah pun ada pada Si Redza kerana memilih lokasi yang dipenuhi oleh kumpulan-kumpulan ‘mega’ yang akan beraksi pada esok hari. Walaupun telah booking pada jam 11 malam, kami terpaksa menunggu Vociferation Eternity yang sedang berlatih didalam studio. Kerana aku seorang yang tidak pandai bermesra dan berkasih sayang, mood aku untuk jamming telah hilang. Jadi apabila Redza dan Tarabaz masuk ke studio untuk berlatih, aku ke Mc Donalds berdekatan untuk menyokong perniagaan Yahudi berkenaan. Sekurang-kurangnya akulah satu-satunya pelanggan waktu itu, hidangan yang sedap, tempat yang selesa dan berhawa dingin. Berkali-kali aku cuba hubungi Syed dan Mat Kodeng. Panggilan aku tidak berjawab. Mungkin mereka sedang asyik dengan khidmat yang diberikan.



2hb Mei 2009 - 12.30 mlm Aku terima panggilan dari Syed dan Mat Kodeng, tugas mereka dah selesai dan mereka dalam perjalanan balik dari Klang. Menurut Syed mereka terperangkap didalam kesesakan lalulintas yang melambatkan perjalanan mereka. Aku dah bosan di Mc Donalds. Aku berehat dan lepak di kaki lima jalan dengan penuh tekanan. Terfikir juga bertapa silapnya aku tidak ke Klang bersama Syed dan Mat Kodeng menikmati saat-saat gembira.

1.30 pagi Syed dan Mat Kodeng tiba di Desa Pandan sambil perli aku tentang keseronokan ‘program’ pada malam ini. Kami tiba di rumah Mat Kodeng kira-kira jam 2.00 pagi, menurut Mat Kodeng, beliau sendiri dah tidak pulang ke rumahnya selama 3 minggu! Selepas mandi, Mat Kodeng ajak kami layan filem komedi Sex Drive. Kami disuruhnya tengok filem, manakala beliau tidur dengan buas sekali. Inilah pengalaman pertama aku tidur bersama-sama Mat Kodeng, jika sebelum ini aku sekadar mendengar mitos sahaja tentang dengkuran Mat Kodeng. Kini aku dapat tengok secara ‘live’. Sangat menakutkan!! Lebih ngeri lagi Mat Kodeng mengigau dan meracau yang bukan-bukan. Pada jam hampir 3.00 pagi aku terpaksa keluar tidur diruang tamu kerana takut dengan dengkuran Mat Kodeng. Aku tabik kepada Syed kerana dapat tidur bersama Kodeng Dondeng.

5.00 pagi Mat Kodeng bangun bagi aku selimut dan bantal. Terharu jugak. Tapi entah apa dah terjadi dengan Syed aku pun tak tau dalam bilik tu.

10.00 pagi Kami bangun dan habiskan filem Sex Drive. Syed ceritakan aku pengalaman ngeri bersama Mat Kodeng malam tadi. Menurutnya, Mat Kodeng hempap 2 belah kakinya atas dada Syed. Haha! Selesai mandi kami ke Pertama Complex makan chinesse food kat Uncle Wink. Seterusnya kami ke MCPA kerana Mat Kodeng perlu ke Johor atas urusan audit beliau di sana.


2.30 petang Mat Kodeng tinggalkan kami di MCPA, terserempak dengan Hailul (vokalis Voilator) kami ke kedai makan berhampiran bersama Ein & co. Banyak yang kami bualkan, sebaliknya bukan bualkan tetapi mendengar kerana Hailul memang mulutnya macam mesin. Habis diceritakannya dari krim pemutih Fair & Lovely, hair rebonding, kumpulan indie pujaannya, material baru Violator, sehingga ke awek chattingnya. Hailul memang gila. Hahaha! Dalam masa yang sama Vociferation tengah beraksi. Aku pernah tengok mereka beraksi sebelum ini, jadi masa ini aku habiskan dengan rakan-rakan lama dahulu. Lagipun memang tujuan aku datang pun hanya hendak tengok aksi dari Aradia, Fluer Du Mal dan Brain Dead aja.




4.00 petang Aku jumpa Jaei di pintu masuk, dan cuba minta diskaun untuk tiket masuk. Rasanya inilah kali pertama bayaran sebanyak RM30 dikenakan untuk gig kumpulan-kumpulan tempatan. Kalau dulu rasanya dengan tiket berharga RM18 – RM25 dah dapat tengok kumpulan ‘mega’ main kat pub. Diskaun yang diminta tak dapat, kami masuk dengan ekspresi yang buruk ke dalam dewan berkenaan. Kehadiran aku lihat mungkin dalam anggaran 300 orang. Disebabkan Brain Dead sedang bersiap sedia untuk memulakan persembahan aku terus mara ke depan. Semenjak reunion mereka, Brain Dead dilihat sering menerima undangan untuk bermain di sekitar KL. Namun, bagi aku inilah kali pertama aku dapat lihat mereka setelah reunion. Persembahan mereka masih mantap dan bertenaga walaupun tanpa Shahrin. Dan kini posisi pemain drum diisi oleh Lan Bye. Memilih untuk cover lagu “Angel Of Death” dari Slayer membuatkan aku terus menggila di dalam mosh pit. Bagi aku, persembahan Brain Dead yang bersahaja petang itu amat menghiburkan. Penghawa dingin tidak dibuka di bahagian depan stage, membuatkan kami rasa macam dalam ketuhar, sekali lagi membuatkan aku rasa rugi dengan harga tiket yang dibayar. Kami ke kedai mamak berhampiran untuk minum dan pekena mee goreng. Kami habiskan masa berbual-bual dengan rakan-rakan lama di situ. Dalam masa itu, aku perhatikan ramai mereka-mereka yang merasakan diri mereka ‘rockstar’ berpeleseran di sekitaran kedai mamak dan halaman dewan menayang muka tanpa berharap untuk mendapat kepuasan muzik yang dipersembahankan, sebaliknya mendapat kepuasan apabila diri mereka menjadi perhatian dan perbualan orang. Aku ingat spesis ini hanya wujud di show One In A Million sahaja. Rupanya membiak ke gig metal juga. Lantaklah, hidup lah dengan dunia khayalan hangpa.....

6.15 petang Syed ajak aku kembali ke dalam untuk melihat aksi Nuclear Strikes. Sememangnya beliau teruja dari awal lagi untuk melihat pesembahan kumpulan tersebut yang menampilkan kesemua ahli Antacid kecuali vokalis. Aku hanya duduk di meja Tarabaz menjual merchandises. Tarabaz pun dah kelihatan macam orang Pattani datang jual beras pulut. Mungkin bahang panas yang makin terasa. Dari pesembahan mereka aku lihat mereka cuba mengetengahkan Heavy Metal bermelodi persis Helloween, Iron Maiden, dan Riot. Persembahan mereka sangat padu hasil dari latihan yang kerap dan konsisten. Para penonton kelihatan begitu terhibur dengan persembahan mereka. Susuan muzik yang baik dan mudah untuk dilayan. Aku puji Nuclear Strikes dari segi muzik, namun dari segi haluan dan penampilan mereka masih menjadi tanda tanya...

7.10 malam Kumpulan yang ditunggu-tunggu ramai malah aku sendiri. Kumpulan yang dicemburi oleh lelaki-lelaki macho yang merasakan kumpulan mereka adalah yang paling brutal dan ektrim. Aku sempat berbual lucah dengan Black (cameraman rasmi show tersebut) tentang penampilan seksi drummer mereka. Hahaha! Walaupun tanpa sebarang material rasmi diterbitkan, semua hadirin tahu mereka memainkan irama Brutal Death Metal yang aggresif dan teknikal. Mereka gagal memberikan showmanship yang baik tetapi dapat memainkan muzik dengan baik sekali. Yep! Gadis-gadis berkenaan mampu membawakannya. Semua yang hadir kelihatan kagum dengan kemampuan mereka. Turut memainkan covers dari Suffocation dan Decapitated disamping lagu original mereka. Apa yang mebuatkan aku kagum dengan mereka adalah arah muzik yang dipilih. Mereka tidak memainkan tipikal death metal sebaliknya teknikal brutal Death metal persis Immolation, Morbid Angel, dan Incantation. Tidak semua awek buleh layan tuh!!! Malam itu menampakan perubahan line-up, rasanya Nana telah mengambil alih posisi vocalis dan pemain bass diisi oleh anggota baru.



8.16 malam Aradiakh ataupun sebelum mereka menyepi dikenali sebagai Aradia naik ke pentas untuk memulakan persembahan. Aku penah melihat 2 kali persembahan mereka ( ataupun sebahagian dari mereka) dibawah nama Ravenlord. Namun inilah kali pertama aku lihat persembahan mereka tanpa spikes dan leather. Mungkin semangat mereka dah kendur, persembahan mereka dimulakan dengan ucapan salam dan diteruskan dengan paduan muzik black metal yang kental. Walaupun persembahan mereka mempunyai banyak kecacatan, aku tetap berpuas hati. Ini kerana Aradia adalah antara kumpulan ektrim metal Malaysia yang mampu menulis muzik dengan kreativiti dan kualiti yang setanding kumpulan Scandinavia sezaman dengannya. Jadi pesembahan yang diberikan tanpa latihan yang cukup tetap mengibas kembali zaman kegemilangan mereka walaupun tanpa sebarang album penuh direkodkan. Memainkan lagu-lagu lama dan diselang-seli dengan covers dari Emperor “I Am The Black Wizard”, Mayhem “Freezng Moon” dan Darkthrone “Cromlech” jelas menunjukan hala tuju muzik mereka sehingga ke hari ini. Mereka menyudahi persembahan dengan lagu “As I am thy heir of the throne” , satu komposisi dan susunan muzik yang cemerlang.

9.00 malam Misi aku dah tamat rasanya, aku terus meninggalkan MCPA. Dalam perjalanan aku terselisih dengan Syafik dan Yen dari Antacid atau Nuclear Strikes. Dua orang individu yang aku kenal sejak mereka hanya ada rehearsal tape. Dan kini menjadi 2 ikon muzik retro Kuala Lumpur. Syafik dan Yen masih merendah diri macam dulu jugak. Aku cuma harap mereka dapat pergi jauh lagi dengan karier muzik mereka. Aku dan Syed mengambil teksi ke Puduraya. Sepatutnya aku akan kembali ke Kangar esok hari, disebabkan rasa bosan yang amat sangat aku balik sekarang juga. Manakala Syed bermalam di rumah Hashim di USJ.

9.30 malam Bertolak dari Pudu sambil berfikir mungkin aku akan berehat dari melihat gig-gig metal untuk masa yang panjang kali ini. Rasanya excitement untuk berkelana dari Kangar semata-mata untuk ‘headbang’ di gig-gig metal sudah mula hilang dari aku.

Disebabkan aku telah tempah tiket untuk gig di Sabah pada 12 Jun ini, maka terpaksalah aku berkunjung ke sana juga. Harapnya, gig-gig di kepulauan Borneo tidak hambar seperti disini.

Klik sini untuk melihat rakaman video:

No comments:

Post a Comment