Thursday, June 2, 2011

KREMATION “Let Them Hate And Fear” (Eastern Voice Production) – MALAYSIA



Kremation adalah sebuah nama yang gah dipersada dunia Death Metal tempatan di era 90-an. Dua material mereka iaitu “Reborn” kaset EP dan album penuh “To The End” terpahat sebagai rilisan death metal kebanggaan bumi kenyalang sehingga kini. Pernah berkolaborasi bersama Yazid, gitaris lagenda dari BLACKFIRE sebagai penerbit EP mereka dahulu, kini mereka muncul semula setelah lama bermeditasi bersama ahli baru dan penerbit yang baru. Ketua mereka, Nasth Sheir yang kini telah beralih arah kepada unsur rohaniah dan jika dikaji komposisi beliau sebelum ini beliau banyak mendapat rujukan dari old skool Heavy Metal. Namun kali ini beliau lebih mengetengahkan riif-riff teknikal dan banyak gitar tapping yang kedengaran sangat buas sekali. Mungkin pengaruh dari muzik Black/Death era millennium seperti Behemoth, Krisiun, Crytopsy meyerap masuk dalam selera mereka.

Apa yang boleh saya kata cd ini sebenarnya adalah sebuah single untuk mengumumkan kedatangan mereka semula untuk menguasai pergerakan underground metal Sarawak bersama misi dan konsep ‘jihad’. 

Apabila saya dihubungi oleh Nasth Sheir meminta untuk saya sumbangkan bait-bait lirik untuk “Let Them Hate And Fear” saya sudah boleh menjangka ia pasti ditujukan kepada puak kafirun. Maka, dengan berbesar hati saya menulis sebuah lirik mengenai Islamophobia ciptaan Yahudi yang tidak masuk akal. Dalam ertikata lain, ia adalah sebuah isi hati menentang pergerakan Zionist. Saya bangga apabila lirik ini dilontarkan dengan baik bersama lagu yang cukup padat dan mengegarkan seperti letakan bom petrol di sekitar Palestine. Sungguh pun begitu, kerja-kerja mixing perlu dilakukan dengan lebih baik dimasa hadapan supaya apa yang cuba diperdengarkan jelas walaupun mereka telah hampir berjaya mendapatkan produksi yang bunyinya besar. Struktur muzik kadangkala hanyut dan lemas dek kepadatan yang belum serasi dan kurang selaras.

Kerja grafik oleh Apiz Karanaz untuk album dan label cd adalah ekstrim dan bertepatan dengan konsep single ini. Pada saya harga RM12 untuk single ini agak mahal walaupun didatangkan dengan pakej serba professional, namun bagi menyambut kedatangan mereka apa salahnya kita sumbangkan sedikit duit kita untuk membakar semangat mereka bagi menghasilkan sesuatu yang lebih dasyat dalam masa terdekat ini. Turut dimuatkan sebuah lagu berjudul “Weaponized Extermination” yang berdurasi lebih 7 minit sebagai bonus didalam cd ini. Dapatkannya menerusi:

Eastern Voice Productions, No.35 Sunflower 2, Desa Ilmu Phase 18, 93400 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.

Tel: +60168765462
Kunjungi page mereka disini

No comments:

Post a Comment