Tuesday, May 29, 2012

BLOOD LEGION “Promo 2012” (self-released) - MALAYSIA



Kumpulan death metal kental yang dianggotai oleh hampir 60% ahli berbangsa India ini telah lama saya kenali. Saya pernah membuat ulasan untuk demo sulung mereka “Exsanguination” (2008) untuk sebuah zine indie yang tidak terbit-terbit hingga sekarang ini. Blood Legion ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini telah lengkap untuk menerbitkan album sulung yang bakal diterbitkan pada tahun hadapan.

Jai, gitaris mereka adalah sahabat lama saya sewaktu beliau tinggal di Kangar dahulu. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya mempelawanya untuk melihat The Ravens melakukan latihan di M.A Studio yang akhirnya menjerumus beliau ke kancah dunia Black/Death metal yang gelap dan hina ini. Rasanya itulah kali pertama beliau masuk studio puaka tersebut dan terus merasuk dia hingga gila. Hahaha!

Saya menyukai demo sulung mereka dahulu, dan kali ini mereka menganas lagi. Secara muzikalnya, Blood Legion tidak berganjak sedikit pun dari pegangan orthodox mereka. Ia tu death metal tepu. Muzik mereka old school death metal yang sangat dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan veteran dari Florida, USA. Mendengar sahaja lagu pertama “God Of Lies” seolah-olah mendengar cover song dari DEICIDE, memang itu yang terus terbayang di dalam otak saya. Bukan bermaksud negatif, memang dari aspek ketulenan kurang diketengahkan, tetapi jatidiri death metal mereka tidak boleh diperlekehkan walau sedikit pun. Riff-riffs yang dimainkan Jai kedengaran crunchy, mudah dihadam, dipadu dengan tone bass yang keras dan drumming yang kedengaran menghempap dari runtuhan konkrit serta gauman vokal yang sangat liar. Mereka tidak begitu teknikal tetapi meresap bagai virus yang tiada vaksinnya.

Produksi bunyi mereka menyamai rakaman-rakaman lama dari Obituary, Slayer, Vader dan Entombed. Maknanya Raiffique Hashim yang menjadi jurutera rakaman di Village Roof Studio itu telah melakukan yang terbaik bagi mereka.

Saya mendengar kumpulan HUMILIATION yang memainkan irama old school death metal telah mendapat perhatian sewajarnya dari pengemar muzik ekstrim tanahair. Apakata anda beri peluang kepada Blood Legion jika benar anda membenci perihal perkauman dan peminat death metal sebenar! Dapatnya cd ini secara percuma melalui:

Bloodlegion666@yahoo.com

No comments:

Post a Comment