Tuesday, May 29, 2012

CARBURETOR DUNG “Inginku Rejam Raksasa Kejam” (Ricecooker Recording) –MALAYSIA


Apabila melihat sahaja tema Kerbau pada kulit album dan poster mereka, saya terus teringatkan sebuah kumpulan lagenda etnik Rock/Blues Thailand iaitu CARABAO yang turut lantang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan. Joe Kidd dan rakan-rakan Central Market beliau memang terkenal dengan produk-produk D.I.Y yang mempunyai keunikan dalam illustrasi dan packaging. Lihat sahaja packaging “Inginku Rejam Raksasa Kejam” ini dimuatkan dengan sebuah poster gergasi, sticker, patches semuanya dijual dengan harga RM25 sahaja.

Bagi yang tidak tahu kumpulan punk kontroversi ini ditubuhkan pada tahun 1991 dan penah mengeluarkan 2 album penuh sebelum ini iaitu “Songs For Friends” dan “The Allure of Manure”. Ahli terkini adalah Alak – penyanyi, Fendi – Bass, Joe Kidd – gitar, Tom Bollock – gitar dan Bullet – dram.


Lagu-lagu didalam cd ini sebenarnya telah lama dirakamkan secara langsung di Dreamwalk, Gombak (adakah ini studio yang digunakan LANGSUIR untuk merekodkan kaset EP “Eastern Cruelty” mereka?) pada Jun 2007 lalu. Menjalani proses mastering di Mammoth Sound Mastering, California oleh Dan Randall dan diterbitkan oleh mereka sendiri pada Februari 2012. Album ini turut boleh didapati dalam bentuk piring hitam dari F.A.M.E.D Records, Berlin.

Semua lagu-lagu yang dirakamkan ini mudah dicernakan dan mempunyai tona bunyi yang sangat ‘panas’. Riff-riff 3x3 atau 2x2 dipandukan dengan D-beats yang bertenaga dan ringkas telah menjadi hala tuju Dung kini. Nyanyian Alak yang lebih serak dan mentah, serta ketiadaan unsur ‘mellow’ lagi, menjuruskan mereka ke genre hardcore and crusty. Manakala perjuangan mereka dalam hak individu dan kebebasan individu masih utuh kedengaran di dalam setiap lirik mereka. Semua yang menyokong Bersih patut beli cd ini. Hehehe!

thericecookershop@gmail.com

No comments:

Post a Comment