Sunday, July 22, 2012

PUTREFIED REMAINS “Eerie: Spread The Hate” MCD (METAL PORN PROD) –MALAYSIA




Menurut fakta Putrefied Remains ditubuhkan pada tahun 2011 oleh pemuzik-pemuzik Underground berpengalaman yang turut atau penah menganggotai kumpulan-kumpulan seperti INFERNAL VOID, DIED, DARK CHRONICLES dan HELLSCREAM. Saya mengenali Muniff , pemain gitar ritma mereka kerana beliau mengikuti perkembangan blog ini sebelum saya mengetahui beliau adalah pemilik Metal Porn Productions dan seorang aktivis pegerakan scene metal tanahair yang tegar menyokong sesiapa sahaja yang memperjuangkan seni bawah tanah tanpa mengira genre.

Kumpulan ini menurut kulit cd ini berdiri sebagai menghormati perjuangan Putrefied Remains Zine dan Infernal Void secara am nya. Mereka dianggotai oleh 5 orang metal rockers yang memuja keagungan metal dari negara kelahiran ‘DEMOKRASI’. Muzik metal bawaan Greek sememangnya sudah sebati dengan jiwa metalheads Melayu sejak awal 90-an lagi. Hampir keseluruhan kumpulan metal dari Malaysia pada era 1992 ke 1995 ‘disampuk’ demam muzik atmospheric black metal dari Greek yang dipelopori ROTTING CHRIST, diikuti oleh VARATHRON, NECROMANTIA, THOU ART LORD, ZEPHYROUS, SEPTIC FLESH dan banyak lagi.

Kenapa istimewanya muzik mereka ini? Muzik ciptaan mereka terutamanya ROTTING CHRIST bermula EP “Passage To Arcturo “ ( sebelum itu mereka sebuah band tipikal death metal) adalah gabungan dan pertembungan unik muzik Hard Rock dan Death Metal. Mempunyai atmosfera yang suram, hening, bermelodi namun tidak membuang elemen gelap, kejam serta ektrim yang menjadi teras muzik mereka. Muzik metal dari Greek adalah antara yang original di dunia. Ia seolah-olah cinta pandang pertama bagi metalheads nusantara pada ketika itu.

Kini tiada lagi kumpulan dari Malaysia yang membawakan muzik sedemikian setelah kegilaan black metal dari Norway mula menguasai dunia muzik ektrim. Ia hanyalah sebuah kisah nostalgia.

P.R muncul ditengah-tengah demam Thrash Metal dan American Metal yang melanda serata pelosok tanahair. Saya yakin mereka tidak penah putus harapan dengan idola terbesar mereka iaitu ROTTING CHRIST dan ia adalah satu bentuk keberanian yang besar untuk muncul dengan produk 100% adalah hak pahlawan gladiator! Dan mereka melakukannya dengan baik sekali.

Maaf sahabat, saya terpaksa berkata jujur. Tiada satu benda didalam “Spread The Hate” adalah tulen dan mempunyai jatidiri. Tetapi ingin saya tegaskan dari segi faktor lain, saya memutarkan 3 lagu ini, lagi dan lagi sehingga sahur pagi tadi disebabkan penulisan lagu-lagu mereka yang tersusun rapi, kualiti rakaman yang tidak boleh perlekehkan dan mutu mastering cd ini adalah antara yang terbaik pernah saya dengar dari kumpulan black metal tempatan. Dan memandangkan ini produk sulung mereka. Ia adalah rakaman yang boleh dibanggakan.

Saya menyimpulkan album ROTTING CHRIST dari album “Non Serviam” ke “The Mighty Contract” adalah rujukan paling kuat untuk mengambarkan apa yang terkandung di dalam cd ini. Mereka turut mempunyai nama-nama samaran seperti Necromorbidfire, Jie Mutilator, Nekroshaman dan Thalexi Maslha serta mengukir logo yang sangat mirip kepada kumpulan lagenda serta penuh kontroversi berkenaan.

Cd ini perlu di dapati jika anda meminati muzik metal Greek yang tradisional, kerana kumpulan-kumpulan lagenda tersebut pun telah berevolusi dan menjadi progressif sekarang ini. Mereka sendiri pasti terkejut jika mendengar cd ini. Teringin saya hendak mendengar ulasan dari Sakis dan Stephen Necroabyssious….

Dapatkan cd ini menerusi: metalporn666@gmail.com

No comments:

Post a Comment