Tuesday, October 23, 2012

DAMOKIS “Grinding Mother Whore” (Grundar Prod/Ograsmatron Prod) –MALAYSIA



DAMOKIS adalah seekor gergasi Grindcore dari selatan Malaysia yang telah keluar dari sarangnya setelah berehat kekenyangan selama beberapa tahun, kali terakhir saya mendengar rakaman dari mereka adalah split tersohor bersama grinder yang juga dari Johor, iaitu ARGON yang diterbitkan oleh Broken Noise pada 2002.

DAMOKIS adalah sebuah kugiran Grindcore tegar namun terdapat elemen death metal yang menjadikan muzik mereka tidak mendatar dan hanya meletup membabi buta. Ia groovy, moshable, headbangable! Sudah pasti mereka amat menghiburkan jika mendendangkan lagu-lagu ini secara ‘live’. DAMOKIS juga dikenali dengan element humor dan sampling pada setiap lagunya, dan tradisi ini masih dikekalkan dalam album sulung mereka ini. Jika sebelum ini mereka mempunyai lagu-lagu humor yang ganas dengan judul-judul seperti “Monsters fight over lunch”, “Popeye the grinding man”, “Minute burp of satisfaction” dan sebagainya. Kini judul-judul lagu mereka lebih serius dan lebih kental mesejnya.

Secara muzikal, mereka lebih terarah kepada grindcore atau deathcore puak-puak dari Eropah. Jadi jika anda memahami muzik kisaran yang bingit dari sana. Adalah satu kemestian bagi anda untuk dimiliki cd ini. Saya menyukai keseluruhan album ini yang memuatkan 17 lagu-lagu penuh tenaga dan kegilaan.


Maaf jika saya salah menelah, rakaman yang dibuat untuk trek gitar dibuat secara direct line-in bukan miking? Ia kes yang sama seperti kumpulan HIDING FEAR. Seperti yang saya katakan sebelum ini teknik ini memudahkan proses edit dan rakaman itu sendiri. Tetapi hasilnya agak buzzy dan kedengaran robotic. Betulkan saya jika saya tersalah? Mujurlah, mereka berjaya mengadun keseluruhan lagu-lagu mereka dengan baik sekali. Saya pasti ia proses yang memerlukan penuh kesabaran dan ketelitian.

DAMOKIS kini dalam proses membuat persediaan bagi mempromosikan album ini dengan tour intensif ke seluruh negeri. Anda pasti tidak mahu ketinggalan jika mereka datang untuk bermain di bandar-bandar berdekatan. Sokong mereka kerana ini bukan hasil halai-balai!

Dapatkan album sulung DAMOKIS ini dengan harga RM20 (termasuk kos pos) atau dapatkan boxset terhad yang mengandungi t-shirt, poskad, patches, stiker, cd dan beg hanya dengan harga RM75 (termasuk kos pos) melalui: Grundar Production, PO BOX 1028, Pusat Mel Larkin, 80350 Johor Bahru, Malaysia. Email: grundarprod@gmail.com

No comments:

Post a Comment