Sunday, December 30, 2012

TRENDY, POSER, WIMP, GROUPIES KENA ADA!


Aku penah melalui zaman underground metal/punk yang tiada kemudahan i.c.t, zaman itu segala yang berkaitan muzik ektrim hanya dipelopori dan diterajui oleh puak-puak tertentu sahaja. Mari kita buka lipatan sejarah dan kembali ke zaman dinosaur

Di zaman sekolah memang mereka-mereka ini lebih ‘hebat’ karektor nya dari yang lain. Jika mereka tidak popular, mereka pastinya lebih ganas dari budak-budak lain. Mereka ‘TRUE’. Apa itu ‘true’ yang aku maksudkan? Aku tidak mahu kaitkan dengan istilah true Norwegian black metal dan sebagainya yang tidak lain tidak bukan lebih kepada fahaman Satanism. Apa yang aku mahu kongsikan di sini berbentuk menyeluruh tanpa kira cabang-cabang muzik ektrim. 

Slayer zine - photo credit Demolition.wordpress

Zaman aku sekolah, mereka yang ‘true’ ini, bagaikan sindiket. Mereka macam kongsi gelap. Dan hanya dari kelompok mereka zine-zine, flyers-flyers beredar. Mereka mempunyai pengetahuan hebat dalam sejarah muzik bawah tanah, mampu membandingkan dan mengkategorikan sub genre, mengetahui berita terkini ataupun sejarah kumpulan-kumpulan yang diminati, mereka hanya memakai t-shirt original, lagipun pada masa itu t-shirt bootleg yang ada SLAYER, METALLICA dan IRON MAIDEN sahaja, mereka tidak akan memakai t-shirt band yang mereka tidak mempunyai kaset atau tidak mengetahui sejarah asal usul band tersebut kerana senior yang lebih true juga akan buat quiz soal jawab kalau bertemu mereka memakai t-shirt tersebut. Leceh nanti! 

Era revolusi thrash metal ke zaman kegemilangan death metal dari Florida, USA lebih kepada fesyen sebenarnya. Sehinggalah munculnya kumpulan-kumpulan black metal dari Norway yang lebih berfalsafah dan unik. Kumpulan metal Norway naik mendadak kerana buas dari segi muzik dan membuktikan dengan cara hidup. Dari sini mereka-mereka yang true menjadi lebih elit. Mereka yang mempunyai rangkaian dengan kumpulan-kumpulan ini diangkat tinggi. Imej mereka kelihatan begitu memberontak. Pakaian hanya berwarna hitam. 

Hanya beberapa orang berani memakai t-shirt yang mempunyai inverted cross ketika itu! :)

MAYHEM adalah ketakutan. DARKTHRONE adalah ketakutan. IMMORTAL adalah ketakutan. Kini mereka semua badut kan? Hehe! 

Klimaknya, mereka-mereka yang true ini berakhir dengan menubuhkan kumpulan mereka sendiri dan merakamkan beberapa lagu atau album, berkahwin, beranak pinak dan pencen dari muzik sebagai penjawat awam, jurutera, ulama, tentera, pensyarah, peguam, tukang masak, mekanik, bomoh, pesilat, doktor, dan sebagainya. 

Jadi, pada zaman dinosaur tersebut, sesiapa selain dari puak Quraisy akan digelar poser dan trendy kerana belum tepu dah berani berfesyen dan mempamerkan diri dengan imej seorang metalhead. Bani Quraisy pasti marah. 

Hehehe! 

KISS dan groupies tidak boleh dipisahkan!

Kita kembali ke alaf ini. Siapa trendy, poser, wimp, groupie sekarang ini? Budak mana yang tidak tahu black metal sekarang ini? Budak mana tidak faham atmospheric? Gothic? Techical death? Brutal death? Bay area? Gothenberg death? Teutonic Thrash?. Anak pelakon Nicolas Cage pun seorang penyanyi kumpulan black metal! Siapa lagi yang tidak ada pengetahuan, jahil tentang sub-genre, sejarah, latar belakang, berita terkini tentang muzik ektrim? Tanya sahaja pada tuan guru Google.com. 

Jika dulu anda sahaja yang memiliki segala stuffs pelik-pelik. Kini segalanya hanya boleh dibeli secara online sekelip mata, apa yang pelik boleh didapati di e-bay, hanya perlu rajin mengadap komputer. Malah budak-budak kini lebih hebat dari anda, jika dulu anda lebih dewasa, anda rasa hebat kerana mampu menyaingi kanak-kanak poser kerana mereka hanya remaja sekolah. Tetapi kini budak-budak dah kaya, kalau i-phone dan android pun mereka mampu beli. Inikan pula setakat LP sulung BLASPHEMY!?! Hah! Tiada siapa heran. 

Dahulu kala anda pakai baju original hanya dari Razmataz, anda tidak basuh sebulan dan pakainya setiap hari kerana megah. Kini bayi yang baru lahir pun dah ada suit KREATOR, DIMMU BORGIR dan sebagainya dari berpuluh-puluh syarikat muzik gergasi yang menyokong muzik ektrim. 

Dahulu anda berbangga mempunyai kumpulan dan merakamkan lagu trek ke trek secara analog atau menjadi yang terawal menerbitkan material dalam bentuk digital dan cd. Remaja kini hanya muat turun perisian dan merekodkan lagu dalam bilik tidur membuatkan kita cemburu tak sudah! Namun itu kaedah moden untuk berkarya dan mempromosi muzik tanpa batas. 

Anda megah jika dahulu anda penah mengunjungi gig-gig bawah tanah setahun sekali atau dua. Remaja sekarang pergi gig tiap-tiap minggu. Malah mereka dah ke festival-festival besar di luar negara bukan untuk melihat lagi tetapi membuat persembahan dengan kumpulan mereka. Haaaa! 

Dulu anda seorang sahaja berani minum beer sambil headbang layan IMPIETY. Kini boleh kata semua remaja minum beer baru boleh headbang layan gig. Siapa true sekarang ini abang? 



Dulu kalau ada remaja-remaja perempuan turun gig, kemaruk blowjob kumpulan-kumpulan yang dah rekod album. Mereka dikatakan groupies sebab gilakan pemuzik. Kini remaja-remaja yang asalnya groupies pun jatidiri mereka dah meningkat, dah gilakan muzik lebih dari pemuziknya hingga mereka sendiri pun dah tubuhkan kumpulan yang tidak kurang hebatnya dari lelaki-lelaki pujaan mereka sebelum itu. 

Siapa true? Apa itu pergerakan muzik bawah tanah kini? 

Apa pun anda anggap mereka yang anda rasa jelik ini sebagai poser, attention seeker, wimp, trendy, groupies. Pada zaman ini, mereka bukan parasit atau bodoh lagi. Mereka adalah fenomena muzik itu sendiri. Merekalah yang menyokong kamu, muzik kamu, membeli cd-cd kamu, membayar tiket untuk gig-gig kamu, membeli t-shirt kamu, mempromosi page fb kamu, melayari sesawang kamu, memuaskan nafsu kamu dan sebagainya. 


Tiada apa yang true. Semuanya plastik.

No comments:

Post a Comment