Tuesday, January 1, 2013

TRENDY, POSER, WIMP, GROUPIES (PART II)



Post sambungan dari topik Trendy & Poser yang lalu dan mendapat sambutan hangat. Hehe! Isu trendy & poser ini sebenarnya timbul dalam fikiran aku bukan kerana dek kebencian, ia timbul bermula dari perbualan chillax (chill and relax) dengan seorang teman.

Bermula dari pertanyaan mengenai cetakan baju kumpulan Thrash metal beliau dan penjualan cd. Aku berkongsi cerita mengenai jualan produk Faithcraft. Penjualan t-shirt AU REVOIR dan WRECKÄR adalah diluar jangkaan. Boleh dikatakan ratusan t-shirt-t-shirt kedua-dua kumpulan dibawah Faithcraft Productions tersebut terjual menjangkaui penjualan dan edaran cd kami!!! Disebabkan aku sendiri yang menguruskan tempahan dan proses penghantaran, adalah amat pasti kebanyakan yang membeli t-shirt-t-shirt kami tidak pun mempunyai cd kami. Aku berkata begitu kerana kami tidak mempunyai distro rasmi kecuali kedai uncle di Campbell Complex. Aku tersenyum memikirkan perkara ini, terfikir aku adakah mereka ini pernah mendengar AU REVOIR atau WRECKÄR? Sekurang-kurangnya muat turun lah lagu-lagu mp3 kami dari mana-mana laman web ya?!

Bagi aku tiada masalah dalam hal ini. Sekurang-kurangnya, ada orang menyokong dengan membeli baju dengan jenama kami. Promosi dari segi imej dan jenama. Mungkin minat terhadap muzik akan menyusul kemudian. Duit tetap masuk! Ahha!

Teringat pula aduan Dave Thesein, pemilik label Feudal Throne (Jerman) yang menerbitkan piring hitam BLACKFIRE “Lahir Dari Api” memaklumkan sambutan yang dingin diterimanya oleh metalheads Malaysia, tetapi yang ajaibnya Dave berkata t-shirt BLACKFIRE yang dicetaknya laris macam pisang goreng pulak!? (Dave pandai pulak guna perumpaan Melayu! Hehe) Dave berkata dia hairan mana diletaknya keistimewaan piring hitam tersebut berbanding sehelai t-shirt? Templak Dave lagi, why a record? You can't run around and show that you have it!

Pengalaman menganjurkan sebuah gig di ibu kota tempoh hari juga membuatkan kami ketawa terbahak-bahak. Kawan-kawan otai dan true ini, mana mereka mahu buat kerja. Kalau turun gig mereka tidak masuk, sekadar melepak dikedai mamak cari groupies. Kalau tidak bagi free tiket, tak mahu depa masuk gig!



 Sekarang timbul pula demam kaset. Kalau terbitkan album dalam bentuk kaset baru true? Hehe! Maka, banyaklah kumpulan-kumpulan baru pun berlumba-lumba mahu terbitkan album dalam kaset. Memang benar, bunyi yang dihasilkan kaset lebih panas dan ada nilai vintage tersendiri. Hakikatnya, apa yang membuatkan banyak label underground kembali kepada kaset. Kos pengilangannya lebih murah dan boleh dikilangkan dalam kuantiti yang sedikit. Ia praktikal. Ia sekadar format. Apa yang true nya dalam kaset, cd atau piring hitam?

Mengenai zaman revolusi thrash, death metal, black metal, Swedish metal, American metal, apa-apalah! Jika sesiapa yang terasa hati, sebenarnya apa yang aku maksudkan sebelum ini semuanya fesyen. Bukan death metal sahaja. Apa yang aku ceritakan sebelum ini, dari pengalaman sendiri, ditempat sendiri. Mungkin di era atau tempat anda perkara yang lain berlaku. Tetapi aku pernah melalui zaman yang aku tahu semua kumpulan baru yang ditubuhkan adalah death metal. Sehinggalah demam muzik black metal bermula apabila pemuzik-pemuzik Norway melabelkan death metal membosankan. AMPUTATION jadi IMMORTAL, DARKTHRONE ubah arah, lahirnya BURZUM, SATYRICON, ENSLAVED.. munculnya NEBIRAS, ARADIA, BAZZAH… sebenarnya ia sama sahaja. Cuma lebih menarik dan ektrim.

Teringat lagi suatu ketika dalam sebuah gig, seorang editor zine yang kira true lah. Dia bertanya, eh! Kau pakal seluar pendek? Metal mana bleh macam ni.. denim, leather, spikes baru metalhead. Aku kalau band perform pakai seluar pendek pun aku fuck! Metal apa macam tu!!.

Ha! Baru tau. Memang ada fashion police yang akan periksa dress code dan sebagainya untuk jadi true! Dan jangan ingat ini gurauan. Sang editor tadi menegur dengan serious tanpa sedikit senyum pun. Ini soal akidah. Hehehe! Aurat tersingkup.

Sebenarnya, post kali ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri masing-masing. True atau poser, anda tetap cool. Anda seorang manusia, setiap manusia itu unik. Dan pasti ada keistimewaan tersendiri. 

 Am I metal? I am metal? I am a wimp.
Metal asshole!

No comments:

Post a Comment