Saturday, May 25, 2013

SHARON EHMAN, PEMILIK BUTIK TOXIC VISION

"I want Toxic Vision to become mainstream — in the sense that the whole world would be wearing tight leather pants and crazy motorcycle vests"

Musik dan fesyen adalah satu seni yang mencorak zaman. Benarkan? Contohnya, bila kita mendengar lagu Carpenter. Lunak suara dan merdu melodinya membuatkan gambaran warna di minda kita menjadi Sepia kerana aura 70-an dari lagu-lagu mereka. Atau pun jika kita terlihat poster Twisted Sister, kita tersenyum sendirian memikirkan bagaimana kelahiran hair metal menjadi pujaan pada awal pertengahan 80-an?.

Menjadi pereka fesyen atau pereka melodi yang kreatif adalah sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh mereka yang benar-benar berbakat dan berani mendalami sesebuah lapangan baru. Samada berjaya atau tidak ia bergantung pada usaha, kesungguhan dan takdir.

Sharon Ehman, seorang remaja wanita Yahudi dari negara yang telah melahirkan banyak kumpulan-kumpulan metal yang unik dan tersendiri telah berjaya membuktikan kesungguhan dalam melakukan sesuatu menjadikan beliau ikon di usia yang sangat muda. Kanada adalah negaranya dan beliau baru sahaja mencecah usia 26 tahun. Mungkin kebanyakan dari anda penah melihat foto-foto beliau atau pernah menjadikan foto beliau sebagai screen savers komputer peribadi anda tanpa mengetahui latarbelakang beliau. Anda mungkin mengganggap gadis tersebut hanya seperti kebanyakan model jelita yang anda pernah lihat di internet. Tepat sekali! Pinggul beliau adalah diantara figura paling popular di dunia siber. Anda pasti setuju kan?


Sharon Ehman adalah seorang gadis yang meminati metal ektrim yang akhirnya menjadikan kecintaan terhadap muzik tersebut sebagai kerjayanya dan berjaya. Beliau tidak pernah mengikuti sebarang pengajian fesyen dan fabrik secara formal, dan hanya menjadikan lagenda metal seperti Alice Cooper, Rob Halford, Dee Snider sebagai inspirasi kerja-kerjanya. Dengan itu, semua pakaian-pakaian yang beliau hasilkan adalah berpaksikan dunia muzik berat sepenuhnya yang tidak pernah diceburi oleh mana-mana pereka fesyen sebelum ini.


Toxic Vision adalah syarikat yang beliau tubuhkan ketika berusia 17 tahun, pada tahun 2004 dan telah menjadi sebuah gedung fesyen online popular dikalangan peminat metal serta fesyen yang dijana olehnya. Sharon Ehman dan Toxic Vision adalah jenama yang berjaya dipasarkan melalui laman sosial terutamanya melalui facebook. Hebatnya Sharon Ehman, beliau mencipta, menjahit, memperagakan mempromosi dan menjual pakaiannya sendiri! 

Sehingga hari ini Sharon telah mendapat perhatian tidak kira dari dunia fesyen dan muzik kerana jati diri yang dimilikinya. Gadis kecil molek ini gembira dengan apa yang dilakukan setiap harinya; bangun seawal 7 pagi ke gym, menjahit 6-7 jam, mendengar muzik dan mempromosi syarikat miliknya sendiri. Bahagiakan hidup sepertinya?! 




Diantara kumpulan kegemaran Sharon adalah Watain, Ghost, Skullfist, Cauldron dan sebagainya. Dan diantara kebanggaan gadis ini apabila diberi kepercayaan untuk rekaan pakaian pentas kepada kumpulan hebat seperti MORBID ANGEL, DIMMU BORGIR dan ICED EARTH! 

No comments:

Post a Comment