Thursday, May 30, 2013

INSIDE “Rehearsal 2013” promo CDR (KIMAR RECORDS) – SABAH


Saya menyukai black/thrash metal bawaan INSIDE sejak dahulu lagi, mereka boleh mengabungkan elemen rocking dan thrashy dengan bersahaja serta bergaya. Walaupun hanya 3 lagu “Hempasan Kegilaan”, “Unholy Chains and Sacrifice” dan “Rockng Demon”dirakamkan secara amatur iaitu dengan mengunakan telefon bimbit dan disunting menjadi fail audio, ia masih kedengaran baik dan berbisa.

Sayang sekali mereka tidak berusaha untuk merakamkan lagu-lagu ini secara professional, atau mungkin mereka sudah kurang aktif lagi kerana lagu-lagu ini dipetik dari latihan mereka 4-5 tahun lalu. Silalah jawab Adiek (pemberi CDR ini, penyanyi, pemain bass serta pemilik Kimar Records)!?

INSIDE adalah satu sebuah kumpulan metal berpotensi besar dari Sabah yang masih kekal bermaharajalela jauh dibawah tanah. Mereka perlu diberi perhatian dan disokong agar tidak berkubur begitu sahaja.

Hubungi: Rithzali Nasir, P.O BOX 17159, 88872 Kota Kinabalu, Sabah
Email: kimaregiment@ymail.com

No comments:

Post a Comment