Monday, October 7, 2013

MENYUNDAL DALAM METAL (PART II)


Berbalik kepada bab-bab menyundal, aku bagi contoh terkini pada apa yang terjadi pada kami sendiri memandangkan WRECKÄR mendapat beberapat undangan pada setiap bulan hingga penghujung tahun ini.

Dua hari lagi kami akan mengadakan persembahan di bandar Hatyai, Celeb Pub diatas undangan promoter di sana. Dengan jujur beliau menyatakan konsep Wreckär bersesuaian dengan gig punk/crust yang dianjurkannya namun beliau memaklumkan budgetnya terhad dan tidak mampu untuk membayar kami kerana hampir 8 kumpulan akan membuat persembahan pada malam tersebut dan hanya mampu meraikan kami dengan jamuan dan party sebaik sahaja acara tamat. Memikirkan prospek, jajahan baru dan bentuk muzik baru yang kami bawakan. Harus bagi kami untuk ke sana bagi hubungan dua hala, persahabatan dan perwakilan muzik underground Malaysia yang lebih berani dan advance.

Kami menerima beberapa undangan dari Borneo dan Semenanjung Malaysia dari promoter-promoter sahabat lama untuk bermain pada bulan-bulan seterusnya. Ini yang menarik. Ia datang dari sahabat-sahabat sendiri. Undangan dari Borneo, memang dah lama kami terima, mereka sanggup memberi saran kepada kami sepanjang berada di sana tetapi ia sangat dingin malah tarikh dan jadual pun tidak dikemaskini. Memandangkan jadual perjalanan dan kos memerlukan perancangan awal. Kami tolak dengan baik. Sebabnya, tiada minat dan perghargaan di tunjukan. Tiada follow-up, hanya tiba tiba bertanyakan confirmation walaupun dipihak mereka tiada due-date? Seorang sahabat dari Pahang lebih dedikasi dan menunjukkan minat dan penghargaan terhadap kami malah sanggup mengubah tarikh gig anjurannya demi membawa kami ke sana. Itu sudah cukup buat kami terharu untuk membantunya menjayakan gig tersebut. In shaa Allah, kami akan hadir walaupun anda menjemput kami bermain di rumah nenek anda sekalipun jika ada penghargaan dan kejujuran dalam diri anda untuk melihat kami di sana.

Wreckär bukanlah sebuah band mega malah kami tertubuh asalnya sebuah party band. Tetapi ia tetap melibatkan passion, melibatkan perhubungan di antara sahabat, melibatkan juga wang untuk merealisasikan material dan persembahan. Promoter, label dan organizer harus melihat itu semua pada kami dan juga band lain di luar sana. Jangan ingat usaha anda mengumpulkan band dan membuat gig itu terlalu besar, kerana dalam scene muzik underground mengarang muzik itu sendiri lebih besar! Oleh sebab itu band seperti Darkthrone tetap mempunyai pengikut dan berkembang walaupun tanpa bermain gig yang lebih bersifat ‘kaedah tradisional’ untuk menjadi rockstar!

Seorang rakan menjemput kami, yang pada mulanya kami beranggapan gig yang akan berlangsung adalah anjuran beliau. Beberapa hari lalu kami berbual dan mendapat tahu, dia hanya perunding cara malah tidak pun hadir pada gig tersebut. Tiada sebarang bayaran janjikan malah tiada secawan kopi panas pun. Sebelum ini kami setuju atas dasar persahabatan dan mahu menyokong aktivitinya. Namun, penganjur sebenar langsung tidak menghubungi kami, langsung tidak memberikan reaksi pada kami untuk gig ini. Ini benda paling lawak. Kita mahu membina persahabatan tetapi kita perlu juga menghargai orang yang kita gunakan/pergunakan untuk menjayakan program kita. Itu hukum alam.

Seperti yang aku cakap belum ini, tertubuhnya sesebuah kumpulan muzik disebabkan keghairahan terhadap muzik, kelangsungan dalam mengorbankan wang (minyak petrol pun ada sumbangan kat band! Haha, takda duit nak boh minyak camna nak naik motor pi jamming, nak jamming lagi la mau pakai duit!), dan kesefahaman antara rakan-rakan. Jika dah kerahkan semua ini, orang masih tidak hargai kita lagi. Jangan menyundal lah! Bukan ada faedah apa pun. Best ke jadi band bitchy?!

No comments:

Post a Comment